Saturday, March 21, 2009

Jalan amal rasai kepayahan orang buta

Saturday, March 21, 2009 |


PETALING JAYA 11 Mac - Tidak mudah untuk menyelami dan memahami perasaan orang kurang upaya (OKU), apatah lagi merasai sendiri kepayahan mereka menjalani kehidupan sehari-hari.

Namun, jika anda seorang yang prihatin dan ingin menyelami perasan golongan OKU khususnya yang cacat penglihatan, sertailah program amal Blind Leading the Blind Charity Walk.

Pengarah program itu, Mak Siew Fong berkata, acara tahunan itu akan diadakan pada 19 April ini di Dewan Sivik Petaling Jaya.

Katanya, para peserta yang menyertai program itu akan ditutup matanya dan akan dipimpin oleh pasangan mereka dari kalangan orang cacat penglihatan bagi memulakan perjalanan amal itu.

Jelasnya, ini adalah untuk memberi pengalaman kepada peserta bagaimana golongan cacat penglihatan mengharungi dunia yang penuh kegelapan setiap hari.

Beliau memberitahu, aktiviti amal itu juga adalah untuk meningkatkan kutipan dana bagi mereka yang memerlukan.

"Terima kasih kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kerana sanggup menjadikan program ini sebagai aktiviti tahunan," katanya.

Siew Fong memberitahu, sehingga kini, kutipan dana yang diperoleh melalui program amal tersebut telah melebihi setengah juta ringgit.

Dalam pada itu, ujarnya, pihaknya mendapat kerjasama Hospital Mata Kebangsaan Tun Hussein Onn bagi memberi bantuan kepada golongan kurang berkemampuan.

"Setakat ini, sebanyak 8,000 pemeriksaan mata telah dijalankan dan daripada jumlah itu, hampir 800 pembedahan katarak telah dilakukan.

"Kebanyakan mereka yang terlibat adalah dari golongan miskin dari kawasan luar bandar," katanya.

Beliau berharap orang ramai akan memberikan sokongan terhadap program itu untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan.


Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog