Tuesday, April 28, 2009

Perbanyak kemudahan OKU

Tuesday, April 28, 2009 |

Tiada virus dikesan dalam mesej ini.
Checked by AVG - www.avg.com
Version: 8.5.287 / Virus Database: 270.12.6/2084 - Release Date: 04/28/09 06:15:00

di petik  dari utusan malaysia online

 

Perbanyak kemudahan OKU

MUAR 27 April – Kemudahan infrastruktur bagi orang kurang upaya (OKU) di premis-premis perkhidmatan dan perniagaan di negeri ini perlu diperbanyak bagi menjaga kebajikan golongan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Johor, Dr. Robia Kosai berkata, peranan tersebut perlu dilaksanakan sebagai langkah prihatin kepada golongan OKU.

Beliau berkata, walaupun nampak remeh, kemudahan seperti laluan berkerusi roda serta tempat letak kereta memberi makna besar bagi memudahkan kehidupan golongan berkenaan.

"Perkara ini sebenarnya perkara lama dan telah banyak kali diperkatakan, namun kita perlu lakukan mengenainya.

"Bagi saya, tempat yang kita boleh benar-benar contohi sebagai mesra OKU adalah Mekah yang menyediakan pelbagai kemudahan kepada golongan OKU," katanya semasa melancarkan n Pertubuhan OKU Muar di Hotel Sri Pelangi di sini, baru-baru ini.

Robia berkata, kerajaan negeri sentiasa menyediakan bantuan dan galakan kepada golongan OKU, bukan sahaja dari segi infrastruktur malah bantuan untuk berdikari dalam kehidupan.

"Kerajaan memberi peruntukan sebanyak RM12 juta setahun untuk memberi elaun pendidikan bagi kanak-kanak OKU yang bersekolah.

"Selain itu, pelbagai bantuan turut disalurkan termasuk latihan kerja, pemberian lesen memandu khas serta diskaun dalam pembelian rumah," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berbangga dengan inisiatif golongan OKU di daerah ini mewujudkan pertubuhan untuk saling membantu menaik taraf hidup golongan berkenaan.

Katanya, selaku Exco yang bertanggungjawab dalam perkara berkenaan, pihaknya sentiasa bersedia bekerjasama membantu melicinkan urusan pertubuhan yang sehingga kini telah mengumpul lebih 50 keahlian.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan OKU Muar, Salleh Jamal, pihaknya akan menjalankan usaha berterusan bagi melahirkan OKU yang berpendidikan dan berkemahiran serta mampu memberi sumbangan kepada masyarakat.




Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog