Gantikan 'Orang Kurang Upaya' Dengan 'Orang Kelainan Upaya'
KEMAMAN, 13 Jun (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek mencadangkan agar penggunaan istilah 'orang kelainan upaya' (OKU) diperluaskan bagi menggantikan 'orang kurang upaya'.
Menurut beliau istilah orang kelainan upaya lebih menggambarkan keistimewaan dan kelebihan golongan itu berbanding istilah lama yang memberi maksud lebih negatif dan seolah-olah merendahkan keupayaan golongan itu.
"Kita mungkin terlalu terikut dengan perkataan bahasa Inggeris 'disable' yang menggambarkan ketidakupayaan serta kelemahan golongan ini sedangkan sebenarnya mereka mempunyai kelainan dan kelebihan luar biasa yang kadang kala tidak terdapat pada orang normal.
"Contohnya, atlet paralimpik yang mempunyai semangat dan iltizam yang tinggi, serta kebolehan yang kadang kala manusia sempurna sendiri tidak mempunyai keupayaan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup program 'Higher Institution National Expedition and Camping (HINEX) 2009' di sini hari ini.
Katanya, golongan OKU juga tidak ketinggalan menyumbang jasa dalam pembangunan negara termasuk menjadi pembuat kraftangan, doktor, guru, pensyarah, serta ahli perniagaan.
Majlis itu turut dihadiri oleh Ahli Exco Majlis Pengakap Malaysia Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Rektor Kolej Universiti TATI, Dr Mohd Rozilan Mamat.
-- BERNAMA
Apa kata mereka?
1)Ulasan blog Amazing Syafiah
Sejak saya mendapat seorang cahaya mata terpilih, persepsi saya terhadap kehidupan ini berubah. Saya melihat mereka sebagai golongan yang hebat kerana kita tidak melalui apa yang mereka lalui. Kita tidak berada di atas meja bedah. Kita tidak rasa bagaimana kepala dijahit dan di'kopek'.
Apa ada pada istilah? Saya secara peribadi tak suka betul label dan perkataan OKU ni seperti mana saya tidak menggemari perkataan disable @ retard. Terfikirkah kita perbualan seperti ini mungkin wujud, "Ah.. dia tu OKU. Susah nak bergerak. Buat apa nak ambil dia bekerja?". Dengan wujudnya istilah ini, kita telah dengan tidak sengaja melabelkan/mengkategorikan golongan tersebut. Kelainan upaya dengan kurang upaya sama je. Tetap hasilkan label "OKU" jugak.
Inilah mentaliti masyarakat. Masyarakat perlu dididik untuk menghormati dan lebih sensitif terhadap golongan yang hebat ini. Ini tidak.. kadangkala segelintir yang educated pun pandang lain macam je bila orang² hebat ni lalu berhampiran mereka. Ada yang memandang sekali, banyak yang memandang banyak kali. Kepala anak saya mungkin saja nampak "kemek", dia mungkin saja tidak boleh duduk pada usia setahun lebih.. so what? Itu baru pandangan dan lirikan mata, belum lagi yang berkata-kata.
Di Indonesia misalnya, di penghujung bulan Mei 2009 golongan terpilih ini dikehendaki untuk memakai sign "for their safety". Perbincangan tersebut telah dibentangkan di dalam Parlimen Indonesia. Dan hasilnya, orang² terpilih ini telah mengadakan demonstrasi jalanan.
But it says something about a society when they think the onus is on the person with a disability to label themselves as such, rather than on the road users to take due care with ALL pedestrians.
Saya bersetuju dengannya. Sepatutnya masyarakat mengambil tindakan proaktif untuk menjaga satu sama lain ketika di jalanraya apatah lagi menjaga golongan yang terpilih ini.
Bagaimana pula dengan pendirian anda?
p/s : Sorry la... saya tetap beranggapan kepala "kemek" dan perangai Syafiah tu adalah satu yang normal. Ya.. normal untuk saya yang melaluinya.
Penggunaan istilah “Orang Kelainan Upaya” menggantikan “Orang Kurang Upaya” bukan sesuatu yang baru dalam kalangan ahli Kavyan.
Berbekalkan pengalaman saya sendiri bergaul bersama beberapa OKU, ternyata mereka bukan “kurang upaya” sebaliknya memiliki “kelainan upaya”.
Antara rakan-rakan saya yang secara kebetulan tergolong sebagai OKU ialah Sumitha Ramasami, Bathmavathi Krishnan dan Prakash Suriyamurthy.
Malah, saya mengenali Thivya, gadis dari Simpang, Taiping yang buta, pekak dan bisu sejak bayi tetapi jauh lebih berbakat daripada “Orang Upaya”.
“Kelainan” upaya golongan OKU ada juga saya “lahirkan” melalui beberapa cerpen yang turut dimuatkan dalam Kathakali.
Tentu sahaja “kelainan upaya” yang saya “lahirkan” melalui karya adalah berdasarkan kekaguman saya terhadap beberapa individu OKU yang saya kenali secara peribadi.
Apapun, tentulah hakikat OKU lebih sesuai disebut sebagai “Orang Kelainan Upaya” dan bukannya “Orang Kurang Upaya” tidak dipandang orang apabila dinyatakan oleh pihak Kavyan atau “Rakyat” atau OKU sendiri.
Beberapa OKU yang saya temui memang tidak setuju dengan label “kurang upaya” tetapi tentulah suara mereka tidak didengar oleh mana-mana media.
Sebaliknya, kenyataan itu menjadi berita penting apabila disebut oleh Menteri Belia dan Sukan, lalu dilaporkan oleh kebanyakan media pada 14 Jun 2009.
Siapalah Kavyan, siapalah OKU dan siapalah Rakyat berbanding menteri.
SuaraOKU Kata : Sokong istilah ini ditukar 100% !!!
0 comments:
Post a Comment