Monday, June 22, 2009

Guru Cacat Penglihatan Terima Anugerah Guru Cemerlang

Monday, June 22, 2009 |
       
BUKIT MERTAJAM, 18 Jun (Bernama) -- Cacat penglihatan bukan penghalang bagi seorang guru untuk menjadi pendidik cemerlang, sebaliknya ini membolehkannya lebih memahami pelajar-pelajar yang senasib dengannya.

Teow Cheng Poo, 49, guru Pendidikan Khas di SMK (P) St George, Pulau Pinang sudah sembilan tahun mengabdikan diri sebagai pembimbing kepada pelajar-pelajar cacat penglihatan sepertinya di sekolah berkenaan.

"Saya tidak pernah merasakan bahawa ianya sebagai satu beban untuk mengajar walaupun saya mempunyai masalah penglihatan dan menggunakan sistem braille dalam kelas," kata guru perempuan ini ketika dihubungi selepas menerima Anugerah Guru Cemerlang sempena sambutan Hari Guru Peringkat Negeri di sini, Khamis.

Anugerah itu disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di Dewan Mutiara Politeknik Seberang Perai.

Teow, yang cacat penglihatan sejak berusia 7 tahun, mengajar mata pelajaran Ekonomi, Bahasa Inggeris dan Sejarah untuk pelajar-pelajat Tingkatan Satu hingga Enam di sekolah berkenaan dan tidak pernah merasa terbeban dengan subjek yang sukar itu.

Selain mengajar pelajar cacat penglihatan, beliau juga mengajar kelas bimbingan untuk pelajar normal di luar waktu sekolah dan mendapat bantuan daripada rakan-rakan normal untuk memeriksa buku latihan mereka.

"Sekarang, dengan adanya teknologi canggih, sistem pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan kami banyak mengaplikasi sistem pendidikan melalui komputer yang mempunyai suara," katanya.

Beliau berkata, anugerah yang diterimanya itu akan menjadi pendorong untuk beliau lebih berusaha memperbaiki prestasi perkhidmatannya.

Selain anugerah guru cemerlang, majlis hari ini juga mengangkat tiga pendidik di Pulau Pinang sebagai Tokoh Guru Negeri dan mereka ialah pesara guru, Datuk Chuang Keng Kung, 71; Nora L. Isa, 58; dan K.Mohan, 64.

Chuang, yang pernah menjadi guru kanan pentadbiran di SJK (C) Kong Min Cawangan 2 berkata, kerjaya sebagai guru memang tidak dapat menjamin kekayaan tetapi ia memberikan kepuasan apabila murid-murid yang dididik berjaya dalam pelajaran dan bidang yang mereka ceburi.

Menurutnya, penglibatan beliau dalam bidang perguruan didorong oleh bapanya yang menganggap kerjaya guru itu adalah sesuatu yang mulia dan kerana itu tujuh daripada 12 adik beradiknya berkecimpung dalam bidang berkenaan.

Sumber: BERNAMA


Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog