Sedikit kisah seorang oku buta dari Brunei Darussalam. Semoga menjadi pedoman.
Dari:
gaDiskecil <gadiskecil_leezza@hotmail.com>
gadiskecil_leezza@hotmail.com
Date:
Tue, Jun 23, 2009 5:12 pm
Assalamualaikum Pada kawan yang dikasihi dalam group ini. Dikongsikan pengalaman yang diceritakan emak pada saya baru-baru ini.
Sepertimana yang diketahui, aku dan kakak merupakan anak oku penglihatan dalam keluarga kami. Aku dilahirkan mengalami buta sejak kecil manakala kakak, tiga bulan barulah dia mengalami kecacatan seperti aku.
Aku tak tau sejarah dan kisah yang berlaku setelah diorang mak bapak tau anak-anak mereka cacat. Kami, bukanlah dilahirkan kembar, setelah akak dilahirkan, barulah aku lahir. Namun semua ini tidak pernah dipinta dan diharapkan oleh setiap ibu yang mengandungkan anak.
Anak mereka yang sulung, tidaklah cacat seperti kami. Kelahiran pertama, mereka cukup bernasib baik kerana anak yang normel jua yang dianugerahkan oleh tuhan. Alhamdulillah!
Namun kekuasaan tuhan amatlah luas. Semua telah ditakdirkan sejak azali lagi. Bila ibu mengandung seterusnya melahirkan kakak, nasib tidak menyebelahi mereka. Mereka rupanya dianugerahkan anak cacat jua! Pada mulanya, mereka tidak tau akak cacat. Tapi entah, aku tak tau macammana mereka sedari kekurangan akak. Aku tak tanya emak pun.
Aku yakin, mestilah mereka dukacita, tapi mereka terima jua anugerah itu.
Dipendekkan cerita, tibalah masanya ibu mengandungkan anak ke tiga yakni aku sendiri. Sama sekali ibu tidak menyangka, anak yang bakal lahir akan mengalami nasib sama macam akak dia. Ibu siang malam berdoa, mudah-mudahan anak yang bakal lahir, tidak lagi cacat sepertimana akak.
Tiba saat aku dilahirkan, ya Allah, mereka diuji lagi. Mulalah kedengaran umpatan dari saudara-mara yang mempersoalkan takdir tuhan pada ibu dan bapak. Apalah sialnya keluarga ini sehingga mereka dikurnia anak cacat yang bagi penyoal tidak boleh mendatangkan hasil? Namun begitu, mereka tidak mendengar dan hirau akan semua tohmah dan aku dan akak cukup bersyukur, kedua orang tua menerima kami dan memberi kasih sayang cukup-cukup. Kami ditatang bagai minyak yang penuh biarpun anak mereka dua orang ini cacat.
sedikit Tentang sejarahku menyebabkan mereka tau aku cacat, baby, selalunya akan dibawa bermain dan ketawa. Namun diriku, lain macam. Di bawak senyum, aku tak bagi respond, dibawa ketawa macamtu jugak. Pokoknya, semua yang normel pada seorang baby yang dilakukan, aku tak respond. Satu lagi, bila dorang pakaikan lampin, aku buka walau sekuat mana pun lampin itu dipakaikan. Ajaib bukan?
Sedari kecil, kami dibawak jalan-jalan tidak kira sama ada ke pasar raya membeli belah, ke pejabat dan mana-mana tempat tanpa rasa malu dan aib, kami dipimpin kiri-kanan oleh ibu dan kadang mak dibantu bapa yang selalunya memimpin akak.
Dalam majlis yang membabitkan kami, majlis kebajikan untuk oku kat sini, majlis-majlis yang berkaitan dengan seminar oku dan apa saja majlis,mereka berdua selalu hadir dari kecil sampai sekarang. Mereka selalu ada di sisi kami terutamanya ibu. Mereka cukup memanjakan kami dan melayan kerenah kami.
Tidak dinafikan, dalam kehidupan seorang insan bernama si buta atau oku, mempunyai dugaan dan pengalaman yang pahit untuk ditelan. Namun apa nak buat, kita insan oku harus hadapi ujian itu dengan rasa tabah dan sabar. Antara dugaan yang paling getir, ketika kecil, kami sesuka hati diperlakukan oleh saudara-mara yang tiada perasaan belas. Kata-kata kesat, hmm dah masak dan biasa kami dengarkan. Namun masa kecil, tak tau apa-apa, manalah nak ambik hati sangat.
Pernah satu ketika, mungkin saudara tu menyampah dengan kami sanggup berkata seperti ini. Masatu entah apa yang kami buat tak ingatlah mungkin masih kecil kot. "kenapalah orangtuanya tak nak hantar dorang buta dua orang ni kat pusat kebajikan? pusat jagaan kebajikan kan ada, kenapa mesti dorang ni menyusahkan diri pelihara anak yang tiada dapat memberi keuntungan dan hasil? bodoh mereka berdua (mak bapa) mereka ni. habis duit saja pelihara dorang ni, bukan dapat hasil pun"
Namun memandangkan diri masih kecil, perkara itu taklah diambil kisah sangat. Dah besarni terasa pulak. Kalaulah mereka luah perkataan tu masa besar-besar macamni, entah tak taulah.
Ok tu pengalaman ku dan akak sendiri. itu sebagai permulaan.
Dipendekkan cerita, setelah lebih kurang 5 tahun emak tidak mengandung, tiba masa mak mengandung. Masa tu orang yang paling gembira adalah bapak. Namun disebalik kegembiraan itu, terasa jugak ketakutan mereka kalau-kalau anak keempat ini akan cacat lagi seperti anak mereka yang dua orang ni.
Emaklah yang paling terasa sebab dia kalau boleh minta jauhkan mendapat anak seperti ini lagi. Siang malam setiap solat dia berdoa pada tuhan, agar anak yang lahir ini sihat, sempurna dan normel serta cukup sifat. Tak cukup dengan itu, emak sembayang hajat pulak minta tuhan perkenankan permintaan dia. Ya tuhan, perkenankan permohonanya, jangan kau beri dugaan yang tak mampu dia pikul!
emak bercerita lagi. Setelah cukup sembilan bulan, emak pun tiba masa melahirkan. Di saat itu, hanya tuhan saja yang tau debaran hati mak dan bapa. Bapa menunggu dengan debaran di hatinya. walau pun dia kerja waktu itu, dia tetap berdebar hatinya.
Emak melahirkan anak perempuan yang comel. Bertambahlah lagi kerisauan bapa. Dia segera balik memberitau nenek. Hajatnya, untuk membawa nenek ke hospital melawat emak dan adik dan cucu baru. Nenek pun apa lagi, takut. Tak sabar lagi rasanya dia nak sampai ke hospital. Kereta dipandu bapa terasa amat perlahan meskipun kelajuan kereta lebih dari had dibenarkan. Nasib baik waktu itu tak ada poles buat buat roblock, kalau tidak, hmm, tak tau lah.
Sesampainya di hospital, neneklah yang paling tak sabar melihat cucunya. Dia berulangkali bertanya pada nurse itu seakan tak percaya mak lahir anak perempuan. Dia bertanya, "anak dia perempuan lagi ke nurse? macammana keadaan dia? normel ke? akak-akak dia dah dua orang cacat, dia macammana? cacat ke?"
Bertubi-tubi soalan ditanya pada nurse. Nurse menjawab, "alhamdulillah makcik, anak makcik melahirkan anak normel, tak ada cacat pun kami dah periksa."
"Cuba buka dan periksa matanya nurse, tolonglah pastikan. saya tak nak cucu saya cacat lagi!" Dia masih tak yakin dengan penerangan nurse.
"sudah makcik, kami dah bukak matanya dan periksa, semuanya ok, makcik jangan bimbang".
Alangkah gembiranya nenek setelah penerangan dibuat. Sebagai tanda syukur, nenek memberi semua wang dalam dompetnya pada jururawat itu sambil mengucap terimakasih.
Jururawat itu pada mulanya menolak, namun nenek beria-ia memberinya ikhlas. Jururawat itu menjawab. "jangan berterimakasih pada saya makcik, berterimakasih pada Allah kerna semuani takdirnya jua, cacat ke tidak ke anak tu, itu anugera Allah pada setiap ibubapa"
Setelah begitu panjang lebar ibu bercerita, hatiku berasa tersinggung, kenapa nenek macamtu? kenapa mak tak nak anak cacat? jadi kami lahir hanya untuk menyusahkanlah dioranglah? Aku cuba memahaminya dan menyembunyikan rasa kesalku.
Dalam pada itu aku bertanya, kalaulah adik aku cacat lagi macam kami, adakah mak akan terima. Dia jawab, dia boleh terima dengan jiwa dan tangan yang terbuka. Dia tak kan kisah pandangan masyarakat dan saudara-mara terhadapnya.
Aku buang jauh-jauh perasaan yang tersinggung tadi, namun dalam hatiku cukup bersyukur, adikku tidak cacat seperti kami. adik bongsu pun, alhamdulillah tidaklah cacat.
Bukan baru sekali ini aku cuba mencongkel cerita sebenar dari emak, tapi sudah banyak kali. Entahlah aku tak tau kenapa sebelumni bila ku tanya, mak tak nak bagi tau sejarah lama itu. Kini barulah terbongkar semuanya. Alhamdulillah, terimakasih Allah, kau bukakan hati ibu untuk cerita pada aku. Sekurang-kurangnya, dapatlah aku tau cerita dulu.
Semasa mak bercerita, akak tak ada bersamaku. Kebetulan pada waktu tu, kami borak kosong, entah, macam mana boleh tercerita topik itu.
Walaupun di luar, saudara-mara ada yang berpandangan serong, tapi aku dan akak tak memperdulikannya, sebab kami ada tempat untuk mengadu dan berlindung. Kami tak mintak perlindungan dari mereka-mereka yang hanya tau cakap dan pandang serong. kami ada keluarga yang menyayangi kami.
Itulah, berkali-kali syukur ku panjatkan pada Allah, memang dalam keluarga tu tak semua baik tapi itu tidak memberi kesan pada kami berdua. Sekianlah serba sedikit pengalaman sejarah untuk renungan para ibu bapa dan kawan-kawan kat sini. Setiap kita tidak bernasib sama, jadi untunglah anak oku yang dapat keluarga penyayang, sebaliknya bersabarlah bagi anak oku yang punyai keluarga yang sebaliknya.
0 comments:
Post a Comment