hari ini aku didatangi oleh seorang insan istimewa atau ada juga menyebut orang kurang upaya (oku)yang ingin memohon pekerjaan. since ia kes khas, aku kena interview sendiri. secara jujur, aku tidak pernah menyisihkan mereka dalam pencarian pekerja, cuma wujud sesuatu kekangan yang menyebabkan proses pengambilan pekerja itu sukar.
dalam sejarah aku bekerja di 4 buat syarikat (banyak kali jugak ye aku berenti kerja rupenya), hanya satu syarikat je yang tidak menerima oku. tapi aku faham kenapa mereka tak terima... mereka jumud! even, orang perempuan Islam pakai tudung masa bekerja pun mereka tidak benarkan. harja betul!
berbalik kita ke pangkal jalan. proses interview kali ni tak le payah sebab aku dah biasa (hebat konon!). since calon tersebut oku pendengaran, kami main tulis-tulis atas kertas. aku tulis soalan, dia tulis jawapan. dia tulis soalan, aku tulis jawapan. since dia oku dan wife dia hadir sama, aku benarkan wife dia joint semangkuk dalam interview. no harm what! isteri beliau pun oku juga. sayu aku tengok ketabahan seorang isteri menemani suami mencari pekerjaan. dari pertulisan, beliau dulu normal, tapi lepas kemalangan jalan raya, beliau jadi bisu dan pekak. sadisnya! siapa yang dapat meramal ujian Allah pada kita. dan selepas 10 tahun berkhidmat dengan setia dengan satu syarikat, beliau kini menganggur.
since kami tak pernah ambik oku, aku perlu sedikit masa untuk yakinkan pengurusan tentang pengambilan oku disyarikat ini. since boss ni aku kenal dari syarikat lama, dia memang tak kisah. malah di apm dulu, cawangan kami sahaja ada 3 oku. malah mereka ini adalah golongan yang hampir tiada masalah baik masalah kerja mahupun disiplin. aku yakin keadaan ini didorang oleh keperluan kerja bagi mereka dan merekapun tak pandai mengumpat seperti pekerja lain(nak ngumpat amendenya, nak bercakappun mereka tak boleh).
aku masih ingat masa kerja disyarikat pertama dulu. sykt tu sejak kewujudannya mmg tak pernah ambik oku. tapi since aku masuk dan kebetulan ada beberapa oku mintak kerja, aku sanggup yakinkan boss aku untuk ambil mereka bekerja. tak silap aku dalam 5 orang. 4 perempuan dan satu lelaki dalam group mereka tu. since boss aku masa tu sayangkan aku yang sekulit dengannya, semua oku itu diambil bekerja. secara ikhlas, masa tu perasaan aku tentang adakah langkah aku mengambil mereka wajar, akupun was-was, maklumlah malam pertama, errr.... maksud aku pengambilan kali pertama.
yang membuat aku tekad membantu mereka ialah green light pada trafic light depan syarikat tu, err... maksud aku green light dari boss aku. apatah lagi aku tak sanggup melukakan, maksud aku menghampakan harapan oku tersebut. serius.... yang sorang tu memang comel. putih melepak, bertudung ayu, langsing, mata agak galak, dan yang paling tak tahan ialah bibir dia yang munggil itu. eee... geram betul! opsss.... aku salah tajukke??
lantaklah, yang penting aku ada membantu mereka. yang terfeeling tu biasalah sebab aku lelaki normal yang ada nafsu. masa tu pun aku masih bujang (makwe ada la...). terdetik jugak hati nakalku masa tu. kalaulah aku buat bini si ayu tu, tak delah susah2 aku nak dengar bebelan isteri2 (isteri-isteri??). kalau dia membebelpun mana aku faham, so buat derk je.... kuang3x....
ternyata langkah ambil mereka bekerja sangat betul. masa tu aku tempatkan mereka di kilang kotak di seksyen 15. tugas mereka cuma susun kotak atau gamkan kotak je. tak perlu bercakappun. dalam satu group perlu ada 4 orang, aku pecahkan mereka. rasional aku masa tu untuk pisahkan mereka ialah aku ada masa nak pergi tackle buadak kuit miut tu. ciss... mana ada la.... tu lawak je. rasionalnya aku mahu mereka bercampur masyarakat agar mereka sedar bahawa mereka tidak disisihkan. rasional kedua ialah aku tak nak kalau mereka dalam satu group, mereka akan buat kerja lambat, ye lah dah satu geng, mestilah nak berborak atau mengumpat. orang lain boleh mengumpat sambil bekerja, tapi mereka tak boleh. mereka terpaksa gunakan bahasa isyarat. kalau tangan digunakan untuk berkumunikasi, so siapa nak buat kerja? lagi satu rasionalnya ialah, mereka kerap berhubung pakai tulisan, kang habis kotak2 untuk eksport tu penuh tulisan komunikasi mereka. he.3x........
kepada geng2 HR, aku rekomenkan kalau korang nak cuba hire oku. mereka ni memang bagus. mereka memang perlukan kerja, dan kalau terpilih mereka selalunya akan kerja bersungguh2. cuma, kadang2 aku ralat juga sebab ada juga kes yang meminta gaji yang lebih tinggi yang tidak setimpal dengan kelayakan dan kemahiran mereka, hanya semata2 kerana mereka orang kurang upaya. mereka minta elaun itu dan ini kerana menurut mereka, mereka serba kekurangan, dan perlukan sedikit imbuhan bagi menampung beban persaingan dan kesusahan dalam pekerjaan.
Berkongsi Cerita dan Rasa
4 comments:
salam mr blogger...
sy ada sorg abang cacat pndengran+bisu. beliau tlh menganggur selama 4 thn smpi sekarang stlh bengkel tmptnya bekerja ditutup. kami dah sdaya upaya mencarikannya kerja brsama2, tp malangnya semua kilang dan syarikat yg kami aply tidak mau ambil oku sprtnya utk bekerja ats alasan 'masalah komunikasi'. Msih adakah peluang pkerjaan utknya di syarikat mr blogger? jika ada, mintak jasa baik mr blogger utk inform sy. my emel: yanie_86@yahoo.com. terima kasih
salam,
trima kasih utk info.kilang sy ada sorang OKU bisu, mula2 mmg mslh skit sbb nak kena tulis bila komunikasi, kerja rajin, attendance bagus. sy sbg HR di kilang kawasan penang berminat untuk mengambil OKU bekerja. sila emel saya: siti.hajar@novelcables.com
Tq cik siti.. Saya dah pun emelkan resume abg sy ke alamat cik siti. Harap cik siti dpt bantu. terima kasih.
salam kepada semua,
saya ingin mencari pekerjaan untuk adik perempuan saya org kurang upaya, (pekak dan bisu)berumur 27thn.. kalau dapat area selangor atau kuala lumpur, berkelulusan sekolah teknik khas bhgn penyejuk bekuan dan politeknik ungku omar bhgn sivil,
kalau ada sesiapa yg ingin mengambil adik saya sebagai pekerja sila email saya di gmie_bumitech@yahoo.com
Post a Comment