Wednesday, October 21, 2009

'Mereka bukan pengemis' - Jangan labelkan OKU jual tisu sebagai peminta sedekah

Wednesday, October 21, 2009 |


KUALA LUMPUR – Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) menyanggah pandangan orang ramai yang melabelkan golongan orang kurang upaya (OKU) yang menjual tisu atau kalendar dari meja ke meja sebagai pengemis yang mengikut telunjuk sindiket tertentu.

Bagi persatuan itu, kehadiran golongan itu yang biasa dilihat di kawasan awam dan gerai makanan tidak lebih sebagai jurujual.

Ahli Jawatankuasa MAB, Muhammad Fairuz Abdullah ketika dihubungi memberi alasan mereka menjual barangan dan bukan meminta wang dengan menghulurkan tangan kosong.

“Kalau mereka menjual tisu, kalendar, penanda buku macam mana boleh dipanggil pengemis?

“Mereka sama seperti jurujual lain cuma tidak ada lesen,” katanya ketika dihubungi.

Jabatan Kebajikan Masyarakat semalam dipetik sebagai berkata, tindakan OKU yang meminta belas orang ramai merupakan tindakan pengemis dan menyalahi Akta Orang-orang Papa 1977.-Kosmo


Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog