Thursday, January 28, 2010

Hina OKU: Pesuruhjaya SPRM didesak letak jawatan

Thursday, January 28, 2010 |

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Beberapa pemimpin bagi pertubuhan orang kurang upaya (OKU) melancarkan demonstrasi aman menuntut Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kasim Mohamed supaya meletakkan jawatan.

Desakan tersebut ekoran peguam yang mewakili SPRM, Datuk Abdul Razak Musa telah menghina peguam OKU yang mewakili mendiang Teoh Beng Hock, Karpal Singh di kamar perbicaraan minggu lalu.

"Dia (Abu Kassim) perlu letak jawatan, dia tidak layak memimpin SPRM. (Abdul) Razak perlu diambil tindakan kerana menghina seorang OKU.

"Penghinaan dia (Abdul Razak) ‘saya boleh duduk, tetapi kamu (Karpal) tidak boleh bangun’ ini suatu penghinaan kepada seluruh OKU di Malaysia," kata Setiausaha Badan Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC), Gurdip Kaur @ Rina pagi tadi.

Bercakap di depan Rumah Persekutuan yang menempatkan pejabat SPRM, beliau menganggap Abu Kasim dan Abdul Razak sendiri tidak menghormati hak asasi seluruh OKU di Malaysia.

"Sebagai penjawat kerajaan, sepatutnya beliau boleh menerima kunjungan kami. Kami sudah hantar surat (janji temu), tetapi mereka langsung tidak layan, seolah-olah tidak hormati hak kami" jelasnya.

Beliau turut berdoa supaya Tuhan membalas penghinaan terbabit.

"Suatu hari nanti, saya berdoa kepada Tuhan supaya mereka berdua (Abu Kassim dan Abdul Razak) duduk di atas kerusi ini kerana mereka tak tahu menghormati sensitiviti kami semua," katanya.

Turut mempertikai tindakan menghina oleh Abdul Razak dan Abu Kassim adalah Presiden Persatuan Terapi Bantuan Haiwan Untuk Warga Kurang Upaya dan Warga Emas, Malaysia (Perpositive).

"Mengapa begitu susah (Pengarah SPRM) turun (bertemu kami) di sini, mereka bukannya OKU.

"Dia (Abdul Razak) dan Abu Kassim begitu mudah menghina OKU di dalam mahkamah, mengapa begitu susah bersemuka dengan kami memohon maaf," katanya.

Beliau turut menuntut suatu tindakan disiplin dikenakan ke atas Abdul Razak.

Manakala, SPRM pula diminta memohon maaf secara terbuka kepada seluruh OKU serta berjanji tidak mengulangi diskriminasi tersebut.

Penasihat undang-Undang dan bagi badan Rakyat Anti-Diskriminasi ke atas OKU Malaysia (MADD), N. Surendran yang ditemui kemudian mengutuk layanan SPRM ke atas beberapa tuntutan para pemimpin OKU terbabit.

Sebelum pada itu, lebih sejam para pemimpin tersebut terpaksa melaung 'SPRM perlu minta maaf' dan 'jangan hina kami' sambil mengangkat beberapa kad protes.

Bagaimanapun, Pengarah SPRM, Hajah Azni Hamzah yang pada awalnya dilaporkan enggan melayan para pemimpin terbabit, akhirnya terpaksa menurut kehendak mereka.



Related Posts



7 comments:

Maiyah said...

terlajak perahu bleh undur terlajak kata tanggung le

Anonymous said...

ohh..ini perjuangan oku ke??pantang tersentuh..

Anonymous said...

Dah tak ada 'give and take' ke dalam prinsip hidup manusia..?Kesalahan macam itu pun nak diperbesarkan..bila dalam diri kita dah tak ada timbang rasa.,jangan menyesal kalau Allah SWT takdirkan hidup kita akan terus menerus kesusahan dan tak dipedulikan

Anonymous said...

dato razak dah minta maaf kat karal singh. Yang ko orang sibuk sibuk kenapa? Ko orang ni karpal bayar ke? Kalau bayar nak tahu jugak berapa?

Anonymous said...

Saya sendiri mempunyai seorang adik yang OKU (lumpuh sama seperti saudara Karpal Singh). Tetapi saya amat berbangga dengan adik kesayangan, walaupun seorang OKU tetapi telah berjaya dalam hidup dan tidak menganggap apa yang berlaku pada dirinya sebagai kelebihan yang ada dan bukan kekurangan.

Dan yang paling penting adik saya tidak menganggap segala kata-kata mereka yang tidak OKU sebagai perangsang walaupun bersifat negatif.

Kepada semua OKU, janganlah terlalu sensitif kerana dalam masa yang sama jika kami sentiasa menghulurkan bantuan ada yang menganggap diri mereka dihina seperti orang yang tidak boleh berdikari.

Namun begitu kepada pihak yang berkenaan, tidak jatuh maruah jika merendah diri meminta maaf. Itulah semulia-mulia sikap.

Pemerhati said...

Kita ni selalu sangat mengalah kpd kaum asing yg tidak sedar diri di M'sia ini!

http://selepas-oku.blogspot.com/ said...

ade jgak yang sokong 2 ekor tu lagi....?
knapa la sbb politik pun korg jd hina sampai mcm tu...cukup la 2 ekor tu jer yg dhina...moga semua OKU dmalaysia terus tabah dgn karenah mereka ni semua....amin

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog