Wednesday, May 26, 2010

53 Tahun Merdeka : Buku Rujukan Braille Masih Terlalu Kurang?

Wednesday, May 26, 2010 |

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Heng Seai Kie (kanan) memperkatakan sesuatu kepada cucu kepada Tun Tan Cheng Lock, Tan Siok Choo (dua, kanan) ketika melawat galeri pada Program Mengenang Tokoh Negarawan Tun Tan Cheng Lock dan pelancaran Buku Braille di Memorial pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir di Melaka, semalam. Turut sama, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Datuk Sidek Jamil (kiri).

MELAKA: Arkib Negara akan mewujudkan Memorial Tun Tan Cheng Lock sebagai memperingati jasa tokoh negara yang juga Presiden pertama MCA.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Heng Seai Kie berkata bangunan Parlimen pertama di Jalan Dato' Onn di Kuala Lumpur, akan diubahsuai menjadi memorial itu yang melibatkan kos kira-kira RM10 juta, mulai tahun depan.

"Memorial Tun Tan Cheng Lock itu terletak berdekatan dengan Memorial Tunku Abdul Rahman iaitu Perdana Menteri pertama negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mengenang Tokoh Negarawan Tun Tan Cheng Lock dan pelancaran Buku Braille di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir di sini, semalam.

Heng juga berkata program mengenang tokoh negarawan anjuran Arkib Negara akan diperluaskan untuk memberi peluang kepada generasi muda mengimbas kembali sejarah perkembangan pembangunan negara ini.

"Sejarah perjuangan Tun Tan Cheng Lock bersama Tunku Abdul Rahman dan (Presiden pertama MIC) Tun V.T. Sambanthan dengan sendirinya dapat membuktikan kepada kita semua bahawa kewujudan struktur masyarakat Malaysia hari ini, terdiri daripada pelbagai kaum," katanya.

Beliau berkata dalam usaha memupuk sebuah masyarakat yang harmoni, rakyat khususnya generasi muda perlu memahami sejarah perjuangan tokoh negarawan berkenaan.

"Segala nilai dan prinsip tokoh-tokoh negarawan itu harus diperkembangkan demi kebaikan dan kepentingan negara serta perlu dicontohi oleh generasi sekarang," katanya.

Heng (lima, kanan) tertarik dengan set hidangan yang biasa digunakan oleh Tun Tan Cheng Lock pada perasmian Program Mengenang Tokoh Negarawan Tun Tan Cheng Lock dan Pelancaran Buku Braille di Memorial pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir di Melaka, semalam.

Mengenai buku braille untuk orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan, Heng berkata Arkib Negara menerbitkan buku braille Rukun Negara dan Jalur Gemilang yang akan diedarkan kepada 36 sekolah OKU cacat penglihatan dan persatuan golongan itu di seluruh negara.

Katanya inisiatif Arkib Negara itu berikutan terlalu kurang bahan rujukan dan bacaan dalam bentuk braille sedangkan jumlah OKU cacat penglihatan kini sebanyak 24,718 orang yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Beliau berharap pihak lain termasuk syarikat korporat turut menyumbang bagi menerbitkan lebih banyak buku braille kepada golongan berkenaan.


Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog