Monday, May 24, 2010

Tak Ikhlas Jangan Beralasan dan Berjanji..

Monday, May 24, 2010 |

AHMAD zaharin Mohd. Saad (kiri) mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan dakwaan Pejabat Tanah Gombak tidak mesra golongan kurang upaya di Selayang.


SELAYANG 20 Mei - "Segala tuduhan yang dibuat adalah tidak benar termasuk keengganan saya bertemu dengan mereka.

"Saya juga melihat ia lebih kepada salah faham mereka tentang sistem pentadbiran kerajaan".

Begitulah penjelasan Pegawai Daerah Gombak, Ahmad Zaharin Mohd. Saad mengenai dakwaan sekumpulan orang kurang upaya (OKU) yang melakukan bantahan secara aman di perkarangan Pejabat Tanah dan Daerah di sini, pada Jumaat lalu.

Bantahan yang disertai kira-kira 25 orang OKU itu bertujuan meluahkan perasaan kecewa dan tidak puas hati mereka terhadap layanan yang diterima semasa mereka berurusan di pejabat PTG serta kegagalan bertemu dengan DO sehari sebelum itu.

Ahmad Zaharin berkata, sepanjang hampir 30 tahun bangunan itu beroperasi, itu bukanlah pertama kali agensi itu dikunjungi oleh golongan seumpama itu.

Bagaimanapun, katanya, itu adalah kali pertama rasa tidak puas hati dan dakwaan yang tidak tepat dibangkitkan.

"Saya tidak bersetuju jika mereka menyatakan PTG tidak mesra OKU sedangkan kami memberi layanan kepada mereka melebihi orang normal lain," ujarnya.

Pada sidang akhbar yang diadakan bagi menjelaskan isu tersebut, beliau berharap mereka tidak menjadikan perkara tersebut untuk mencari publisiti.

Ahmad Zaharin berkata, terdapat dua perkara yang ingin dijelaskan iaitu pertama berkaitan pengecualian cukai yang diminta dan kedua, keadaan fizikal bangunan PTG yang didakwa tidak mesra OKU.

Menerangkan lebih lanjut mengenai perkara pertama, beliau berkata, pihak PTG tidak mempunyai kuasa tersebut kerana ia tertakluk kepada Kanun Tanah Negara yang diputuskan pihak kerajaan negeri.

Katanya, kadar minimum RM1 dikenakan tetapi ia hanya bagi rumah ibadah dan masjid di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

"Sehingga kini, tidak ada peruntukan atau pekeliling pengecualian bagi OKU dikeluarkan oleh kerajaan negeri. Bagaimanapun, pengecualian boleh diperoleh sekiranya mereka mengemukakan surat permohonan seperti beberapa kes yang pernah dibantu oleh pihak kami sebelum ini," ujarnya.

Beliau menjelaskan, pentadbir tanah juga hanya mempunyai kuasa untuk mengurangkan cukai denda lewat sebanyak 50 peratus tetapi perkara itu juga hanya boleh diberikan jika ada permohonan yang lengkap dan mengikut prosedur.

Berkenaan dengan keadaan fizikal bangunan PTG, Ahmad Zaharin berkata, tuduhan kumpulan berkenaan adalah tidak berasas kerana kemudahan OKU seperti laluan serta tandas bagi OKU telah disediakan sejak bangunan itu dibina hampir 30 tahun lalu dan menjadi contoh kepada agensi lain.

Katanya, bagi memenuhi permintaan kumpulan tersebut sepenuhnya serta meletakkan kesalahan kepada agensi itu semata-mata, adalah tidak adil.

"Bagi agensi seperti kami, untuk membina kemudahan tambahan, ia bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kos yang tinggi selain perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan mendapat kelulusan," ujarnya.

Ditanya mengenai tindakan memanggil pihak polis semasa sesi bantahan pada hari itu, beliau berkata, seperti dijelaskan pegawai yang dipertanggungjawabkan, ia lebih kepada langkah berjaga-jaga bukan sahaja kepada pelanggan, tetapi juga kakitangan serta OKU itu sendiri.

Ahmad Zaharin menambah, pihaknya bersedia menerima apa juga cadangan pihak terlibat sebelum mengemukakannya kepada pihak atasan untuk tindakan selanjutnya. - Utusan

SELAYANG: Sekumpulan kira-kira 50 orang kurang upaya (OKU) yang mahu menyerahkan memorandum bantahan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) semalam kecewa kerana keengganan Yang Dipertuanya, Zainal Abidin Azim turun daripada pejabatnya untuk menemui mereka.Mereka yang datang berkerusi roda pulang hampa selepas menunggu lebih sejam di depan pintu bangunan MPS. Zainal hanya menghantar Pegawai Perhubungan Awam MPS, Helda Syima Abu Talab yang kelihatan turun naik sebanyak empat kali ke pejabat ketuanya itu di tingkat sembilan.Zainal Abidin ketika ditemui selepas kumpulan OKU dari Rawang, dekat sini itu beredar, berkata jika ingin berjumpa dengannya mereka perlu naik sendiri ke pejabatnya dan bukan beliau yang turun berjumpa mereka."Jika mereka ingin menyerahkan memorandum itu naiklah sendiri.Kenapa saya perlu turun ke bawah jumpa mereka kerana saya tidak menjemput mereka pun."Walaupun mereka OKU tetapi saya tidak perlu turun berjumpa mereka seperti yang diarahkan mereka," katanya.Kumpulan itu mahu menyerahkan memorandum berkenaan berikutan tindakan penguat kuasa MPS merampas motosikal roda tiga seorang OKU yang berniaga di tepi jalan, di Rawang pada 4 Januari lalu.Motosikal M Murugan Rajoo yang tidak mempunyai kaki sejak kecil dirampas kerana didakwa melanggar peraturan berniaga di tepi jalan yang dikatakan mengganggu lalu lintas.Walaupun sudah memohon lesen perniagaan sejak 2003, Murugan mendakwa tidak memperolehinya, menyebabkan beliau berniaga di situ bagi menyara keluarganya.Selepas kenderaannya dirampas, beliau ke pejabat MPS di Rawang bersama dua rakannya bagi mendapatkan motosikalnya. Ketika di situ, beliau mendakwa diejek seorang pegawai yang menunjukkan kakinya yang tak sempurna ketika bertanya lokasi tandas.Pegawai terbabit juga dikatakan enggan menunjukkan arah tandas,menyebabkan Murugan terpaksa membuang air kecil dalam seluar.Dalam memorandum yang hendak diserahkan semalam, Murugan dan kumpulan itu mahu menyatakan kekecewaan terhadap layanan yang diberikan pegawai MPS kepada OKU.Presiden Persatuan Warga Istimewa dan Rehabilitasi Anggota K9, Hospital Kuala Lumpur (Perwira K9 Malaysia), Ras Adiba Radzi yang turut hadir sedih dan kecewa dengan sikap Zainal Abidin yang enggan turun menerima memorandum itu."Sepatutnya beliau turun dan menunjukkan keprihatinan kepada OKU,terutama yang membabitkan kes Murugan. Beliau perlu sedar kami juga mempunyai hak seperti masyarakat Malaysia yang normal. Sikapnya seperti mempermain dan menghina OKU dan ini amat mengecewakan kami," katanya.Setiausaha Badan Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC), Gurdip Kaur,berkata MPS sepatutnya memberi lesen perniagaan dan menyediakan ruang berniaga kepada warga OKU bagi menyara kehidupan."OKU seperti Murugan bukan ingin meminta wang atau derma daripada MPS tetapihanya meminta lesen dan layanan baik daripada masyarakat," katanya.Sementara itu, peguam yang mewakili OKU bagi menyerahkan memorandum itu, N Surendran, berkata Murugan bukan saja tidak dibenarkan menggunakan
tandas,malah dibiarkan berada di pejabat MPS Rawang dari jam 12 tengah hari hingga 10.30 malam sebelum motosikalnya diserahkan semula."Ini menunjukkan sikap MPS yang tidak bertanggungjawab kepada masyarakat terutama OKU. Dalam usaha kerajaan memberi perkhidmatan terbaik kepada OKU,ada pihak masih memandang hina golongan itu dan ini amat mengecewakan," katanya.

P/S : Ini baru satu kes belum lagi kes2 lain yang tidak di hebohkan oleh media elektronik n media cetak,ape korang rasa ye bila korang jadi macam murugan ni.nampak sangat kan ramai pegawai atas yang lepas tangan dalam hal macam ni,dan pegai bawahan macam sial.mane perginya keadilan untuk golongan OKU.

"Tak guna je janji manis macam nak rak dalam media kalau x iklas.kecewaaaaaaa Betulll...."

Sila Jangan Jerit


Related Posts



1 comments:

Wake UP! said...

Adalah amat tidak professional tindakan pegawai itu yang mengejek kekurangan OKU.

Allah boleh membalasnya dengan melibatkan pegawai itu sendiri di dalam kemalangan yang akan membuatkannya tidak sempurna juga.

Members of Illuminati.

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog