Saturday, September 25, 2010

pengumuman sbm bahasa malaysia (20hb september2010)

Saturday, September 25, 2010 |

Jawatankuasa Komunikasi dan Assessibiliti

Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Komunikasi dan Assessibiliti sedang mengkaji fungsi unit audio di pertubuhan ini bagi memenuhi keperluan ahli-ahli dengan lebih berkesan. Anda boleh menghantar serta mengutarakan cadangan ke alamat e-mail hq.audio@sbm.org.my ataupun menghubungi Encik Ng Eu Khoon, juruteknik audio SBM di talian ibu pejabat SBM, 03-22746162 pada waktu pejabat. Cadangan-cadangan anda hendaklah sampai pada kami sebelum hari sabtu, bersamaan 30hb Oktober 2010. Jaminan kami adalah setiap cadangan akan diberi pertimbangan sewajarnya. Oleh itu, bantulah kami untuk membantu anda.

Iklan Jawatan Setiausaha Esekutif SBM

Permohonan adalah dipelawa daripada warga cacat penglihatan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan setiausaha esekutif di Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM). Syarat-syarat kelayakan ialah memiliki sekurang-kurangnya diploma, boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik serta berkemahiran mengendalikan komputer (sekurang-kurangnya Microsoft office). Gaji yang ditawarkan berdasarkan kepadda kelayakan dan pengalaman. Kepada yang berminat, sila hantarkan surat permohonan anda beserta dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan dan menyatakan jumlah gaji yang dipohon kepada Setiausaha Agung, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia, No.40A, Jln Padang Belia, 50470 Brickfields, Kuala Lumpur. . Permohonan anda hendaklah sampai sebelum atau selewat-lewatnya pada hari jumaat, bersamaan 15hb Oktober 2010.

Terima kasih.



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog