Tuesday, November 2, 2010

pengumuman sbm bahasa malaysia (1hb November 2010)

Tuesday, November 2, 2010 |

Cawangan KL-Selangor

Adalah dimaklumkan bahawa SBM Cawangan KL/Selangor akan mengadakan aktiviti hari keluarga selama dua hari satu malam bertempat di Durani Bayu Resort, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor dari 5-6hb Disember 2010. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM80.00 seorang sahaja. Pendaftaran dibuka sekarang dan pendaftaran awal amatlah diutamakan kerana tempat adalah terhad. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi sama ada Encik Mohd. Yusof Bin Abdullah di talian bimbitnya, 0133404406 ataupun Encik Abdul Kadir Bin Mat Jailani di talian bimbitnya, 0123126078. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 28hb November 2010.

Pendaftaran dibuka sekarang untuk ahli-ahli SBM Cawangan KL/Selangor bagi menyertai acara Hari Tpongkat Putih Sedunia yang akan diadakan di Kolej Institut Help pada hari sabtu, bersamaan 20hb November 2010.  Bagi maksud tersebut dan untuk sebarang keterangan lanjut, sila hubungi pejabat cawangan ini di talian 0322742794 pada waktu pejabat.

Jemputan Perkahwinan

Sukacita dimaklumkan bahawa Encik Mohd. Bin Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Zaki ingin menjemput semua golongan OKU cacat penglihatan ke majlis perkahwinan anak saudaranya yang akan diadakan pada hari sabtu, bersamaan 6hb November 2010 bertempat di Sekolah Perempuan Methodis, Brickfields bermula dari jam 12.00 tengahhari hingga jam 3.00 petang. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi beliau di talian rumahnya, 096625185 ataupun menerusi talian bimbitnya, 0129664021.

Iklan-iklan.

Adakah bil elektrik anda melambung setiap bulan dan anda inginkan penjimatan elektrik yang berterusan? Kini, anda tidak perlu risau lagi kerana ada jalan penyelesaiannya. Smart Energy Saver dicipta khas untuk menstabilkan voltan, mengawal serta membantu memanjangkan jangka hayat peralatan elektrik anda, sekaligus mengurangkan kadar bayaran semasa bil elektrik anda. Mudah digunakan, dijamin selamat serta sah di sisi undang-undang, mempunyai jaminan SIRIM dan kad jaminan 12 bulan. Harga di pasaran adalah di antara RM250.00 ke RM300.00 seunit. Kini, anda boleh memiliki alat ini dengan harga serendah RM230.00 seunit. Untuk info lanjut serta tempahan, sila hubungi sama ada Encik Mohd. Mazlan Bin Mamat di talian 0122999364 ataupun Puan Fariza Hiezua Binti Abdul Rahman di talian 0123532528. Jimatlah bertahun-tahun dan tentunya berbaloi-baloi.

Hello rakan-rakan budiman sekalian, sertailah kami untuk urutan badan yang menyegarkan di samping urutan tapak kaki pada kadar perkhidmatan yang sungguh berpatutan. Waktu operasi kami adalah dari jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam. Beralamat di No.148-1, Jln Radin Anum Satu, Taman Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur. Untuk pertanyaan, sila hubungi kami di talian 03-90586644 ataupun menerusi alamat e-mail goldentouchblindmassage@yahoo.com.

Berita baik kepada anda yang ingin membeli bad ping pong di mana anda boleh memilikinya dengan harga serendah rm15.00 sahaja. Untuk keterangan lanjut serta tempahan, anda boleh menghubungi Encik Cheah Poh Keat di talian bimbitnya, 016-3232989.



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog