myMetro
bullet
Setempat
Perlu peka atasi risiko
KUALA LUMPUR: Langkah menempatkan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU)
mengikuti proses pembelajaran bersama pelajar normal mampu
mendatangkan risiko sekiranya
penuntut istimewa itu gagal dikawal.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional
(PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, walaupun pelajar
terbabit menunjukkan
tahap kepintaran tinggi, dia tak wajar 'disatukan' jika tahap
kesihatannya kurang baik.
"Pihak sekolah sepatutnya peka mengenai isu ini kerana kita tak mahu
apabila pelajar OKU ditempatkan bersama pelajar normal akan
menimbulkan perkara tidak
diingini terutama jika pelajar berkenaan mengamuk atau masalah lain lagi.
"Walaupun kes seperti ini mungkin terpencil, ia tetap tidak boleh
dipandang ringan dan semua pihak terutama kementerian bertanggungjawab
perlu melakukan
sesuatu untuk menanganinya.
"Seperti terjadi kepada pelajar tingkatan dua itu (dihempap meja),
pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) kena siasat secara menyeluruh,"
katanya.
Beliau mengulas mengenai kejadian menimpa seorang pelajar tingkatan
dua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik, Ampang dekat sini yang
dihempap meja dipercayai
dibaling dari tingkat empat bangunan sekolahnya.
Click Here
Akhbar semalam melaporkan kejadian Rabu lalu itu menyebabkan Asyraf
Sabiq Samad, 14, cedera di beberapa bahagian badan dan menerima empat
jahitan di dahi,
manakala hidungnya turut tercedera.
Laporan menyebut ibunya, Mariam Kamarudin, 42, sebagai berkata, dia
diberitahu pengetua sekolah perbuatan terbabit dilakukan seorang
pelajar OKU yang dikatakan
mengganas selepas gagal mendapatkan bekalan ubatnya, malah pelajar
berkenaan ditempatkan dalam kelas normal bukannya kelas khas.
Bagaimanapun, katanya pihak sekolah menghubungi suaminya (Samad
Masaan, 58) memaklumkan kejadian itu tidak disebabkan pelajar OKU
terbabit, namun dia dikenakan
tindakan gantung sekolah.
Berikutan kekeliruan itu dan kejadian menimpa anaknya, satu laporan
polis dibuat di Balai Polis Pandan Indah.
Mengulas lebih lanjut, Mohamad Ali berkata, selain siasatan, semua
pihak juga perlu bertenang dan mengadakan perbincangan secara
bersemuka bagi membolehkan
masalah diketahui dengan jelas.
"Kita tak mahu ada kisah saman menyaman, sebab itu perkara ini perlu
siasatan rapi dan menyeluruh termasuk menilai tahap kesihatan pelajar
yang menjadi
mangsa dihempap meja, juga pelajar OKU yang dikatakan tidak mendapat
ubat hingga dia bertindak ganas.
"PPD kena mengadili kes ini sebaiknya dan pihak berkuasa itu jugalah
yang perlu temukan keluarga pelajar (mangsa), pelajar OKU dan pihak
sekolah untuk
berbincang," katanya.

0 comments:
Post a Comment