Friday, July 11, 2014

TeleMaklumat PERTIS (7 Julai 2014)

Friday, July 11, 2014 |

TeleMaklumat PERTIS (7 Julai 2014)
    Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam
Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang
bermula pada 7 Julai 2014, 9 Ramadhan 1435 Hijrah.


Pengumuman Terkini

Pengumuman dari ibu pejabat Pertis.

1.    Adalah dimaklumkan Pn. Norlita Hanim Binti Md Taha yang telah
dilantik sebagai Bendahari Kehormat Pertis pada 8 Jun 2014 telah
melepaskan jawatannya sebagai bendahari Kehormat berkuatkuasa 5 Julai
lalu.

Dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat pada 5 Julai 2014, Us. Mohd
Nasir bin Mohamed Yusoff telah dilantik sebagai Bendahari Kehormat
Pertis setelah Jawatankuasa Pusat Pertis menerima perletakan jawatan
oleh Pn. Norlita Hanim Binti Md Taha.

 

2.    Biro Pendidikan dan Dakwah

Kemuncak Program Ihya' Ramadhan Pertis diteruskan lagi dengan Majlis
Berbuka Puasa dan Solat Tarawih yang akan diadakan pada Hari Ahad, 22
Ramadhan 1435 Hijriah bersamaan 20 Julai 2014 Masihi. Majlis tersebut
akan diadakan di Kafeteria MAB bermula jam 4.00 petang hingga 11.00
malam. Ahli-ahli PERTIS dijemput untuk sama-sama mengimarahkan majlis
ini. bagi tujuan pendaftaran, anda bolehlah berhubung dengan pengerusi
biro di talian 0134030531. Hanya mereka yang berdaftar sahaja akan
disediakan hidangan berbuka puasa. Walau bagaimanapun, peserta Tadarus
al-Quran tidak perlu lagi mendaftar.

Antara aturcara bagi Majlis berbuka puasa ini ialah:

4.00 petang: kehadiran para tetamu.
4.05 petang: Zikir Munajat.
4.46 petang: masuknya waktu solat fardhu Asar bagi Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan solat Asar berjemaah.
5.00 petang: Ucapan alu-aluan pengacara majlis.
5.05 petang: Majlis Khatam Al-Quran.
6.30 petang: Ketibaan Tetamu Kehormat (perasmi)
6.35 petang: Acara Perasmian dimulakan - Ucapan alu-aluan pengacara majlis.
6.40 petang: bacaan doa.
6.45 petang: ucapan alu-aluan pengerusi program.
6.55 petang: ucapan perasmian program.
7.31 malam: masuknya waktu solat fardhu Maghrib dan waktu berbuka
puasa bagi seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
7.50 malam: Solat Fardhu Maghrib secara berjemaah.
8.05 malam tazkirah Ramadhan.
8.45 malam: masuknya waktu solat fardhu Isyak bagi seluruh Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.
-- solat Fardhu Isya secara berjemaah.
-- Solat Sunat Tarawih.
10.30 malam: jamuan moreh.
11.00 malam: majlis bersurai.
Semoga kita semua mendapat manfaat daripada Majlis ini Insya Allah.

3.    Kemas Kini Maklumat Ahli.

Ibu pejabat PERTIS memohon kerjasama daripada semua ahli agar dapat
mengemas kini maklumat mengenai keahlian masing-masing seperti alamat
tempat tinggal terkini, nombor telefon, alamat email dan
sebagainya.Semua maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada
pembantu hal ehwal pentadbiran/kewangan, En.Mohamad Azim firdaus di
talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat.

Peringatan:

1.    Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat
ini menerusi talian telefon (03-40223950),sila maklumkannya kepada Cik
Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631
pada waktu pejabat.

Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi
talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS
Setiausaha Agong PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini
selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat.alamat dan nombor
telefon beliau adalah seperti berikut, rosmelati60@gmail.com, dan no.
telefon 0122163354, 0129772341 atau 03 2034 7007.

Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada
masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan
pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua
pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


Diselaraskan oleh
En. Mohd Faizal Bin Che Yusof
Yang dipertua
Persatuan orang-orang cacat penglihatan islam Malaysia (PERTIS)



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog