Thursday, September 4, 2014

Teley maklumat Pertis.

Thursday, September 4, 2014 |

Teley maklumat Pertis.

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam  Malaysia (PERTIS),  Membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 1 September 2014 Masihi,

bersamaan 6 Zulqaedah 1435 Hijriah.

 

Pengumuman Terkini  dari ibu pejabat PERTIS.

 

1. Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2014.

Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Melalui Biro Kesejahteraan dan

Kemasyarakatan PERTIS, akan menganjurkan program Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2014 Masihi

bersamaan 1435 Hijriah. Program tersebut akan di jalankan seperti berikut:

Tarikh:                  6 September 2014 Masihi, bersamaan 11 Zulqaedah 1435 Hijriah.Sabtu.

Bertempa:          Dewan Dr Ismail salleh, Persatuan Orang Buta Malaysia,

Malaysian Association For The Blind (MAB) Kompleks MAB, Jalan Tebing Of Jalan Tun Sambathan 4, Brickfields, Kuala Lumpur.

Masa:                    Dari pukul 11.00Pagi   hingga 5.00 Petang.

 

Berikut merupakan aturcara majlis.

 

11.00 pagi:          Ketibaan para jemputan dan diff-dif jemputan.

11.25 Pagi:          Kata-kata aluan daripada pengerusi majlis.

11.30 Pagi:          Bacaan ayat al quran.

11.40  Pagi           Ucapan dan perasmian daripada Yang Di Pertua PERTIS

En. Mohd Faizal Bin Che Yusof.

11.50 Pagi:          Ceramah daripada penceramah jemputan.

12.50 Tengahari:bacaan doa.

01.00 Petang:     Persiapan menunaikan solat zohor.

01.15 Petang:     Masuk waktu dan solat zohor berjemaah. di surau MAB.

2.00 Petang:       Majlis jamuan di mulakan Di KafateriaMAB.

 

Sehubungan dengan perkara tersebut, pihak PERTIS menjemput semua ahli dan bukan ahli PERTIS

termasuk yang bukan berugama islam, ke majlis tersebut.

Berbagai hidangan akan di sediakan. Di antara hidangan tersebut ialah,

Nasi kerabu kelantan, longtong,ketupat, rendang,  lemang, satay,

pulut kuning, bihoon atau mi goreng, kuih-muih dan buah-buahan.

 

2.  Pengumuman dari PERTIS Wilayah Negeri Sembilan.

                 PERTIS Wilayah Negeri Sembilan  dengan kerjasama Jabatan Agama  Islam Negeri Sembilan (JAIN)       akan mengadakan saminar pemantapan akidah dan sambutan jamuan hari raya Aidil Fitri.

Program tersebut akan di jalankan  seperti berikut:

 

Tarikh:                  7 September 2014 Masihi,bersamaan 12 Zulqaedah 1435 Hijriah.(ahad)

 

Bertempat:         Pejabat PWNSD di no. 16, Taman Syukor Ampangan, Negeri Sembilan.

 

Tempat adalah terhad kepada 40 orang  sahaja.  Sijil saminar akan di beri  kepada mereka yang hadir ke program tersebut.  Bas di sediakan dan akan berada di Kompleks MAB.

Pada pukul 8.00 pagi.

 

Perhatian:

sarapan pagi tidak di sediakan.   Untuk tujuan pendaftaran sila hubungi atau SMS nama di talian, 

013 6381327.

 

 

 

3. Saguhati Kepada Jema'ah Haji.

 

Setelah umat islam selesai menaikan rukun ketiga yakni puasa di bulan Ramadhan,

kini tiba masanya umat islam menunaikan rukun kelima iaitu mengerjakan haji.

Sehubungan dengan itu, pihak Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia,

PERTIS  akan memberi sedikit saguhati epada ahli-ahlinya yang akan berangkat menunaikan fardhu haji ke Tanah Suci bagi tahun 1435 Hijriah.

Oleh itu mana-mana ahliPERTIS  yang akan menunaikan fardhu haji,

sila hubungi pejabat dan bercakap dengan En. Azim kerani PERTIS.

Sila fotostatesalinan surat tawaran mengerjakan haji dan nombor akaun bank.

Pihak PERTIS akan memasukan wang tersebut ke akaun ahli tersebut.

 

 

Peringatan:

 

1.   Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950),

sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

 

2.  Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS Setiausaha Agong PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat.

alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut, rosmelati60@gmail.com,

no. telefon 012 216 3354/013 261 7278

atau 03 2034 7007 pada waktu pejabat.

 

Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

 

Diselaraskan Oleh

 

Puan Rosnah Haji Ahmad

Setiausaha Agung 

Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog