Wednesday, November 26, 2014

Talian Maklumat PERTIS 24 November 2014

Wednesday, November 26, 2014 |

Talian Maklumat PERTIS 24 November 2014

    Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).  Membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 24 November  2014 Masihi bersamaan 1 Saffar 1436 Hijrah.(Isnin)

 

Pengumuman Terkini

    

1.            Pengumuman dari ibu pejabat Pertis.

 

1.1 Temuduga Jawatan Secara Kontrak.

Pihak PERTIS telah  mengadakan sesi temuduga untuk jawatan secara kontrak.

Temuduga tersebut telah di jalankan pada30 Muharram 1436 Hijrah  bersamaan  23 November (ahad)Bertempat di ibu pejabat PERTIS.

Empat orang calun telah hadir ke sesi temuduga tersebut.

Keputusannya akan diketahui insya Allah dalam masa  seminggu dua lagi.

 

1.2 Bengkel Smart Solat.

Sebagaimana yang telah di umumkan sebelum ini,

Bahagian Pembangunan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) dengan kerjasama  Biro Pendidikan Dan Dakwah PERTIS Pusat

akan menganjurkan  Bengkel Smart Solat. Bengkel tersebut akan di jalankan seperti berikut:

 

Tarikh:

6 Saffar  1436 Hijrah bersamaan 29 November 2014 Masihi.

Hari sabtu.

Tempat:

bertempat di Surau,

Persatuan Orang Buta Malaysia,

Malaysian association For The Blind MAB,

Kompleks MAB,

Jalan Tebing Of Jalan Tun Sambathan 4,

Brickfields, Kuala Lumpur.

Masa:

Bengkel akan bermula jam 7.30 pagi dengan pendaftaran para peserta

dan dijangka tamat pada jam 5.00 petang.

Bengkel ini juga akan melibatkan praktikal (amali) solat bagi memantapkan lagi solat kita.

 

Kepada mereka yang telah berdaftar untuk mengikuti program tersebut di harap dapat   hadirkan diri pada tarikh, tempat dan masa seperti yang tertera di atas.

Sebarang pertanyaan atau masalah

sila hubungi Pengerusi Biro Pendidikan dan Dakwah, iaitu

Encik Wan Mohd Suhaimi bin Wan Mohd Zawil Abidin

di talian bimbitnya, 013-4030531

 

1.3. Kelas Alquran Braille.

Pendaftaran untuk kelas Asas al-Quran Braille sesi baharu

anjuran Biro Pendidikan dan Dakwah PERTIS Pusat masih di buka kepada semua ahli yang berhasrat untuk mengikuti kelas tersebut.

 

Kelas Al quran  akan di mulakan pada awal  januari 2015.

sila  berdaftar dengan Pengerusi Biro Pendidikan Dan Dakwah, iaitu

encik Wan Mohd Suhaimi bin Wan Mohd Zawil Abidin di talian bimbitnya, 013-4030531 melalui panggilan telefon atau SMS.

Pendaftaran melalui pihak lain dianggap tidak sah.

 

2. Pengumuman dari PERTIS Wilayah.

2.1 PERTIS Wilayah Trengganu.

 

Ahli Jawatankuasa PERTIS Wilayah Trengganu Darul Iman

akan mengadakanMesyuarat Ahli JawatankuasaPERTIS Wilayah Trengganu.

Mesyuarat tersebut akan di jalankan seperti berikut:

 

Tarikh: 11 Saffar 1436 Hijrah.

Bersamaan 4 Disember 2014 Masihi.(Khamis)

Bertempat:

  Di bilik mesyuarat Pusat Kegiatan PERTIS Wilayah Trengganu.

Masa:

Pukul 10.00 pagi.

Di harap semua Ahli Jawatankuasa PERTIS Wilayah Trengganu dapat hadirkan diri ke mesyuarat tersebut harap maklum.

 

 

Peringatan:

 

1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950),

sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

 

2. Sila ambil maklum,

semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS Setiausaha Agong PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat.alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut,

rosmelati60@gmail.com,

  no. telefon 012 216 3354/013 261 7278

atau  03 2034 7007 pada waktu pejabat.

 

Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat, daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Diselaraskan Oleh

Puan RosnahBinti      Ahmad

 

Setiausaha Agung 

Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog