Friday, February 13, 2015

Talian Maklumat PERTIS 09 Februari 2015

Friday, February 13, 2015 |

Talian Maklumat PERTIS 09 Februari 2015

            Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan
Islam Malaysia (PERTIS),

membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 09 Februari
2015 bersamaan 19 Rabiul-akhir 1436 Hijrah.
Pengumuman Terkini

Pengumuman dari ibu pejabat Pertis.

1.1 Biro Pendidikan dan Dakwah Pusat PERTIS.
Biro Pendidikan dan Dakwah PERTIS akan mengadakan Majlis Sambutan
Maulidur-Rasul SAW 1436 Hijrah.
Majlis  tersebut akan dijalankan seperti berikut:
Tarikh:
24 Rabiul-akhir 1436 Hijrah bersamaan  14 Februari 2015 (hari sabtu.)
Tempat:
di Dewan Dr. Ismail Salleh, Kompleks MAB, Kuala Lumpur.
Masa:
majlis akan bermula jam 9.00 pagi dan dijangka berakhir
pada jam 01.00 tengah hari.
seramai 100 orang peserta dijemput untuk hadir ke majlis tersebut.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menghadiri majlis tersebut,
Bolehlah mendaftar dengan Cikgu Wan Mohd Suhaimi, pengerusi Biro Pendidikan
dan Dakwah, di talian 0134030531.
pendaftaran melalui pihak lain dianggap tidak sah.

1.2 biro latihan dan pembangunan PERTIS
Sukacita dimaklumkan bahawa Biro latihan dan pembangunan akan mengadakan
kursus Braille kepada mereka yang berpenglihatan (celik).
Kursus ini ditawarkan kepada ahli bersekutu, anak-anak ahli yang celik dan
sesiapa sahaja yang berminat dalam kalangan yang berpenglihatan.
Sijil akan dikeluarkan oleh pihak Pertis.
Kursus ini akan diadakan secara bersiri pada hujung minggu di ibu pejabat
PERTIS Malaysia. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi En Zamzuri
selaku pengerusi biro di talian 019-3869700.

1.3 PROGRAM  AKADEMI PENGAJIAN SAHABAT INSANI.
Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar-pelajar OKU penglihatan lepasan
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),
bagi menyertai program-program kendalian AKADEMI PENGAJIAN SAHABAT INSANI
sebagaimana berikut:
a.  Sekolah Menengah Islam Integrasi Tahfiz Insani
(Sahabat Insani Penglihatan)
B.  Program Persijilan Lepasan SPM
(Persijilan Islam Sahabat Insani)

Sekolah Menengah Islam Integrasi Tahfiz Insani
(SMIITI Sahabat Insani Penglihatan)
Sekolah yang menyediakan pendidikan peringkat menengah rendah dan menengah
tinggi dan berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan ini
dikhususkan untuk:
1. Pelajar lelaki dan perempuan lepasan sekolah rendah/UPSR
2. Pelajar yang menghadapi masalah penglihatan
3. Pelajar yang berminat untuk mendalami ilmu agama
dan menghafaz Al-Quran
Kelebihan SMIITI Sahabat Insani Penglihatan:

1. Menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum
Bersepadu Tahfiz (KBT)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
2. Mempraktikkan pendekatanPendidikan Berasaskan Atribut (Attribute Based
Education)
3. Membentuk pelajar yang seimbang kemahiran dunia dan akhirat
4. Menyediakan kemudahan asrama
5. Mempunyai Pakar/Penasihat Pendidikan berwibawa
Program Persijilan Lepasan SPM (Persijilan Islam SahabatInsani)
Program ini merangkumi:
1. Sijil Pengajian Al-Quran
2. Sijil Pengajian Syariah
3. Sijil Pengajian Usuluddin
4. Sijil Tahfiz al-Quran
Program yang diadakan dengan kerjasama Pusat Pengajian Berterusan Universiti
Malaya (UMCCED) ini dikhususkan untuk:
1. Pelajar lelaki dan perempuan lepasan sekolah menengah/SPM
2. Pelajar yang menghadapi masalah penglihatan
3. Pelajar yang berminat untuk mendalami ilmu agama dan menghafaz Al-Quran.

Kelebihan Persijilan Islam Sahabat Insani:
1. Menggunakan program persijilan yang berakreditasi
2. Mempunyai Pakar/Penasihat Pendidikan berwibawa
3. Membuka peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi terus Yang Dipertua Pertis,
Encik Mohammad FaizalBin  Che Yusof di talian 012 937 6539.

1.4  Yuran Tahunan:
Kepada semua ahli-ahli PERTIS sama ada ahli biasa atau ahli bersekutu
PERTIS,
anda boleh menjelaskan pembayaran yuran tahun 2015kepada bendahari Kehormat
PERTIS iaitu Encik Mohd Nasir Bin Mohd Yusoff mulai sekarang.
Talian bimbit beliau ialah 019394 1441
I. Untuk Ahli Biasa:
RM6.00(Enam Ringgit Malaysia)  Setahun.
II.Untuk Ahli Bersekutu:
RM3.00(Tiga Ringgit Malaysia)  setahun.
III. Untuk AhliTanggungan:
RM1.00 (Satu ringgit Malaysia) setahun.
Kepada mereka yang telah menjadi ahli PERTIS dan berhasrat untuk menjadi
Ahli SeumurHidupPERTIS, mereka perlu menjelaskan yuran bayaran seperti
berikut:
RM56.00 (Lima puluh EnamRinggit Malaysia.)
Walau bagaimana pun beliau perlu menjadi ahli PERTIS
sekurang-kurangnya setahun baru dibolehkan  memohon menjadi   Ahli
Semur Hidup PERTIS.
Tarikh akhir menjelaskan yuran tahunan ahli PERTIS
ialah pada 30 Jun setiap tahun.
Kepada mereka yang belum menjadi ahli PERTIS dan berhasrat untuk menjali
ahli PERTIS, mereka perlu mengisi borang keahlian.
Untuk yuran  kemasukan  di kenakan kepadaAhli Biasa sahaja
iaitu RM1.00 (Satu Ringgit Malaysia.)
Borang-borang tersebut boleh diperolehi di pejabat PERTIS
atau setiausaha Agung PERTIS.

1.5 Kepada sesiapa yang  menghantar pengumuman untuk dihebahkan,
Melalui email Setiausaha Agung PERTIS, sila SMS dan maklumkan bahwa anda ada
menghantar pengumuman tersebut kepada beliau.
Tujuannya supaya pengumuman tersebut tidak terlepas pandang. Disebabkan
kemungkinan   masalah email yang tak sampai atau sebagainya.

Peringatan:

1.   Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telian maklumat ini
menerusi talian telefon (03-40223950)
sila maklumkannya kepada Puan  Siti Haida Hamedan di talian
ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

2.     Sila ambil maklum,
semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah
tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS Setiausaha Agong PERTIS
selaku penyelaras talian maklumat ini, selewat-lewatnya
pada jam 8 malam setiap hari Jumaat.
alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut:
Email:  rosmelati60@gmail.com,
no. telefon 012 216 3354, 013 261 7278
atau 03 2034 7007 pada waktu pejabat.

Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa
yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman
pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului
dengan ucapan jutaan terima kasih.

Diselaraskan Oleh

Puan Rosnah Binti  Ahmad
Setiausaha Agung

Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog