Thursday, October 15, 2015

Talian Maklumat PERTIS 12 Oktober 2015

Thursday, October 15, 2015 |

 

 
 
Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS),

membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 12  Oktober  2015 Masihi, bersamaan 28  Zulhijjah  1436 Hijrah Isnin.

 
Pengumuman Terkini

 
Pengumuman dari ibu pejabat Pertis.

 
1.1   Talian Maklumat PERTIS.

PERTIS memohon kemaafan kepada mereka yang sering  mengikuti pengumuman melalui talian maklumat PERTIS. Di  Talian  4022 3950.Talian tersebut
  adakala  terganggu disebabkan masalah teknikal.

Usaha demi usaha  sedang  dijalankan untuk  memulihkan keadaan.

Walau bagai mana pun sesiapa yang mempunyai email dan berhasrat mengikuti pengumuman melalui email sila hantar email kosong ke alamat Setiausaha Agung
PERTIS
rosmelati60@gmail.com

Harap maklum dan  Terima Kasih.

 
1.2 Program Maal Hijrah Dan Forum Saudara Baru 2015.

PERTIS menerusi Biro Pendidikan Dan Dakwah dengan kerjasama JAWI akan menganjurkan program Maal Hijrah dan Forum Saudara Baru 2015.

Kedua-dua program tersebur akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh:

12 Muharram 1437 Hijrah bersamaan 25 Oktober 2015 (Ahad)

Tempat:

Dewan Dr Ismail Salleh,

Kompleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur.

Masa:

09.00 Pagi hingga 12.30 Tengah Hari:

Program Maal Hijrah 1437 Hijrah bersamaan 2015 Masihi.

12.30 Tengah Hari hingga 01.45 Petang:

Makan tengah Hari dan solat Zohor.

02.00 hingga 05.00 Petang:

Forum Saudara Baru.

Untuk mendapatkan kopon makan tengah Hari sila berdaftar dengan Ustaz Mohamad Noor Awang Ngah, Pengerusi Biro Pendidikan Dan Dakwah,

Di talian 012-342 8745/013-340 8510

Atau  talian pejabat PERTIS 2276 2634 pada waktu pejabat.

Sila bercakap dengan Pn. Siti Haida pembantu Pentadbir Unit Penerbitan PERTIS Brickfields.

Kopon akan diedarkan pada hari program dijalankan.

Untuk saudara baru sila ambil perhatian:

Kepada saudara-saudara kita sama ada yang sudah lama atau yang baru memeluk agama islam,

Diminta dapat menghubungi atau SMS  Pengerusi Biro Pendidikan Dan Dakwah yakni Ustaz Mohammad Noor Awang Ngah di talian seperti
yang tersebut di atas.

Disebabkan nombor telepon yang ada di PERTIS banyak yang telah tidak boleh digunakan lagi oleh itu sukar pihak PERTIS menghubungi mereka yang berkenaan.

Jika SMS sila tinggalkan Nama penuh dan no. Kad pengenalan.

Sesungguhnya kerjasama dari semua pihak amat diharapkan demi menjaya program yang akan dijalankan. Atur cara program terperinci  akan disiarkan dalam talian
maklumat PERTIS

minggu hadapan.

1.3 Kitab Surah Yasin dan Tahlil.

PERTIS mempunyai banyak Kitab Surah  Yasin Dan Tahlil untuk diedarkan kepada semua

ahli-aahli. Ianya diberi secara percuma.

Sesiapa yang berkehendakan kitab tersebut sila hubungi Unit Penerbitan Brickfields di talian 2276 2634 pada waktu pejabat dan brcakap dengan mana-mana
kakitangan yang bertugas.

 
2. Pengumuman dari lain-lain Organisasi.

 
2.1 Talian Baru SBM KL/Selangor.

Nombor Talian Baru SBM KL/Selangor ialah 2276 5276.

Oleh kerana  talian tersebut sekali dengan talian faks justeru itu adakala ianya akan masuk

ke talian faks.

2.2 Program Jarak Jauh ke Melaka Dan Sambutan Hari Tongkat Putih Antarabangsa Peringkat Kebangsaan SBM 2015 di Johor Baru.

Perhatian kepada ahli SBM KL/Selangor  yang telah berdaftar untuk mengikuti program Lawatan Jarak Jauh ke Melaka  dan Sambutan Hari Tongkat Putih Antarabangsa
Peringkat Kebangsaan SBM 2015 yang akan dijalankan di Johor Bahru:

1.        Anda dikehendaki  berkumpul di perkarangan Kompleks MAB pada  tarik danMasa seperti berikut:

Tarikh: 03 Muharram 1437 Hijrah bersamaan

16 Oktober 2015 Jumaat.

Masa:

pukul 09.00 Pagi.

2.        Sarapan pagi akan disediakan di kafateria MAB pada pukul 7.30 hingga 08.30  Pagi.

3.        Bas akan bertolak dari perkarangan MAB tepat  pada pukul 09.30 Pagi.

Terdapat duah bas dan kedua-duanya akan bertolak serentak.

Sila menepati waktu yang telah ditetapkan supaya  tidak ketinggalan bas.

4. Di Melaka semua peserta akan menginap  di Hotel Kobemas  Air Keruh Melaka.

5.       Semasa di Melaka semua para peserta akan di bawa melawat beberapa tempat yang menarik. Di antaranya  ialah Duck tours dan kilang koko mindar.

6.       Di Johor semua peserta akan menginap  di hotel Propical Inn Johor Bahru.

7.       Sila bawa bersama jika ada  seperti berikut:

1.       Seluar sukan,

2.       Kasut sukan.

3.
bagi wanita disarankan membawa bersama t-shirt dalaman berlengan panjang(inner) atau stongan )Sarung lengan)
  mengikut keperluan masing-masing).

4. Pihak SBM Johor akan memberi 2 helai T-shirt berlengan pendek. Sehelai berwarna biru untuk dipakai pada malam program dijalan
dan sehelai  berwarna kelabu untuk dipakai pada pagi ahad sebab ada aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut.

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut sila hubungi Pengerusi SBM KL/Selangor di talian 012-288 767 / 013 261 7278.

Jika SMS sila guna talian 012-216 7278

Atau Puan Jamaliah Binti Sidi Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Sosial Cawangan KL/Selangor
di talian 016-698 4414.

 
3. Pengumuman ulangan.

3.1 Bengkel Penulisan OKU.
Satu bengkel penulisan kepada OKU akan dijalankan.

Ia merupakan anjuran bersama Pusat Kebudayaan India (ICC)

Dan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)

Tarikh:

18 Muharram 1437 Hijrah bersamaan 31 Oktober 2015 (Sabtu)
Masa 9.00 pagi hingga 4.30 petang.
Tempat
ICC, Tingkat 17, Sentral Vista,

Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields Kuala Lumpur.

(Berdekatan Stesen Monorel Tun Sambanthan dan Kompleks MAB).

Tidak ada apa-apa bayaran dikenakan kepada peserta.

Sesiapa yang berminat perlu mendaftarkan diri beserta nama dan nombor telefon bagi tujuan rekod dan anggaran makan tengahhari.

Sila hubungi En. Mohd Rosli Ibrahim 012-310 1796 untuk pendaftaran dan pertanyaan lanjut.
3.2   Speaker Coner OKU.

Satu sesi speaker coner OKU dengan tema smart community.Ia akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh:

19 Muharram 1437 Hijrah bersamaan 1 November  2015 (ahad)
Masa:

8.30 hingga  10.00 pagi.
Tempat:

di hadapan white house coffie Brickfields Kuala Lumpur.
Anjuran:

OKU Bangkit 2012.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada masyarakat berkaitan isu-isu OKU. Dijangkan YB Nurul Izzah (lembah Pantai) akan turut hadir.

Semua individu OKU dijemput hadir. keterangan lanjut sila hubungi En.mohdr rosli Ibrahim

Di talian yang tersebut di atas.

3.3 BENGKEL PENULISAN CERPEN.

PERKUM PERTUBUHAN AMAL PEMBANGUNAN USAHAWAN OKU PENGLIHATAN MALAYSIA (PERKUM)
AKAN MENGANJURKAN AKTIVITI TERSEBUT DI ATAS SEPERTIMANA BUTIRAN
BERIKUT:
TARIKH:

2 DAN 3 SAFAR 1437 HIJRAH  BERSAMAAN  14 DAN 15 NOVEMBER 2015MASIHI.

(SABTU DAN AHAD)
MASA:

8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG.
TEMPAT:

IBU PEJABAT PERKUM,

NO. 20A, JALAN 4/21D, MEDAN IDAMAN,

53100 GOMBAK, KUALA LUMPUR
YURAN PENYERTAAN:

RM70.00 SEORANG.
MAB OHARA (CONSULTANCY BENGKEL) AKAN TURUT MEMBANTU DALAM PENERBITAN
ANTOLOGI CERPEN KARYA PENULIS OKU PENGLIHATAN. BAGI SEBARANG
PERTANYAAN ATAU TUJUAN PENDAFTARAN, SILA BERHUBUNG DENGAN CIKGU
SAIFUDDIN BIN MOHAMMAD, PPN, BENDAHARI PERKUM DI TALIAN, 013-364 3303
ATAU  PEJABAT PERKUM DI TALIAN, 03-2691 1911.

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN,
18 MUHARRAM 1437 HIJRAH  BERSAMAAN 31 OKTOBER 2015 MASIHI (SABTU).

SEKIAN, TERIMA KASIH.

 
4.        Perhatian:

Kepada mereka yang mengikuti pengumuman melalui talian maklumat  4022 3950:

4.1 Lain-lain organisasi pilh no. 6.

4.2 pengumuman ulangan  pileh no. 2.

 
 
Peringatan:

 
1.       Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-4022 3950),

sila maklumkannya kepada En. Mohd  Syafiq Arshad Pembantu Pentadbir  PERTIS Yunit Penerbitan Brickfields di talian 03-2276 2634 pada waktu pejabat.

 
2.       Sila ambil maklum:

semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti emel atau ke peti SMS Setiausaha Agung PERTIS selaku penyelaras
talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat. alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut,

rosmelati60@gmail.com,

no. Telefon: 012-216 3354 / 013-261 7278

atau 03-2034 7007 Pada waktu pejabat.

 
Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada
minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 
Diselaraskan Oleh

Puan Rosnah Ahmad

Setiausaha Agung

persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog