Friday, April 15, 2016

Teley Info Pertis.

Friday, April 15, 2016 |

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS),
membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 11 April 2016 Masihi, bersamaan 03 Rejab 1437 Hijrah Isnin.

Pengumuman Terkini.

1. Pengumuman dari ibu pejabat PERTIS.

1.1 Ucapan Ribuan Terima Kasih.
PERTIS menerusi Biro Muslimah, Kebudayaan dan Kesenian Pusat,
Merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah hadir ke program ceramah Nikah, kahwin, rujuk dan cerai yang telah diadakan pada 02 Rejab 1437 Hijrah
bersamaan 10 April 2016 (Ahad. Semoga apa yang disampaikan oleh penceramah tersebut memberi manfaat dan pedoman kepada kita semua.

1.2 Pengumuman daripada Setiausaha Agung PERTIS.
Notis Mesyuarat Agung Tahunan Ke-21/2016.

Assalamualaikum.
Dengan segala hormat dan takzimnya adalah dimaklumkan bahwa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)kali yang ke-21/2016
akan diadakan seperti berikut:
Tarikh:
20 dan 21 Sya’ban 1437 Hijrah bersamaan 27 dan 28 Mei 2016 (Jumaat dan Sabtu)
Tempat:
City Villa Hotel,
No. 69 Jalan Raja Hussein off Jalan Tuanku Abdul rahman,
Kuala Lumpur.
No. Tel: 03-2692 6077.
Masa:
3.0 Petang 20 Sya’ban 1437 Hijrah bersamaan 27 Mei 2016 Masihi (Jumaat)
Hingga 05.00 Petang 21 Sya/ban 1437 Hijrah bersamaan 28 Mei 2016 Masihi (Sabtu)

1. Syarat-syarat Untuk Menyertai Mesyuarat Agung Tahunan Ke-21/2016.
Berikut adalah syarat-syarat untuk menyertai Mesyuarat Agung Tahunan Ke-21/2016.
1.1 Ahli PERTIS sahaja.
1.2 Telah menjelaskan segala yuran keahlian sama ada yuran semasa atau yang tertunggak.
1.3 Telah menjelaskan pembayaran yurant penyertaan ke mesyuarat.
1.4 Tarikh akhir untuk menjelaskan yuran tahunan bagi tahun 2016 ialah pada 21 Rejab 1437 Hijrah bersamaan 29 April 2016 Masihi (Jumaat)

2. Yuran Penyertaan.
2.1 Untuk yang menginap: RM50.00
2.2 Untuk yang tidak menginap: RM20.00
2.3 Kanak-kanak atau bukan ahli RM150.00
2.4 Untuk ahli PERTIS wilayah bayarannya adalah sama seperti PERTIS Pusat.
Walau bagaimana pun sekiranya terdapat kos tambahan ianya adalah tertakluk kepada pengerusi Wilayah masing-masing.

3. Penyertaan dianggap sah setelah segala pembayaran yang berkaitan selesai dilunaskan.

4. Tujuan Pendaftaran dan Pembayaran:
4.1 Bagi ahli Pusat, Sila hubungi En. mMohd Azim Pembantu pentadbir Kewangan PERTIS di talian 03-4021 2631 pada waktu pejabat.
Atau En. Jasmadin Ahli Jawatankuasa Pusat di talian 016-331 5707.
4.2 Bagi Ahli Wilayah, sila hubungi pengerusi atau pembantu tadbir wilayah masing-masing.
4.3 Tarikh tutup pendaftaran atau pembayaran seperti berikut:
Bagi ahli PERTIS Pusat ialah 28 Rejab 1437 Hijrah bersamaan 06 Mei 2016 Masihi (Jumaat)
Bagi ahli PERTIS Wilayah ialah 27 Rejab 1437 Hijrah bersamaan 05 Mei 2016 Masihi (Khamis)
4.4 Pendaftaran atau pembayaran yang dilakukan selepas tarikh yang tersebut di atas tidak akan dilayan.
4.5 Semasa membut pendaftaraan sila nyatakan sama ada perlu penginapan atau tidak.

2. Pengumuman dari lain-lain organisasi.

Hari Keluarga & Mesyuarat Agung Pertubuhan/Koperasi Orang Kurang Upaya Penglihatan Perak Berhad

Majlis ini akan diadakan pada 30 APRIL sehingga 2 MEI 2016 bertempat di Pusat Latihan UiTM Sungai Galah, Tanjung Tualang Perak. Bagi ahli-ahli pertubuhan ini yang ingin menyertai majlis tersebut hendaklah mendaftarkan diri sebelum 20 APRIL 2016. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 60.00 (DEWASA) dan RM 40.00 (KANAK-KANAK DI BAWAH 12 TAHUN KE BAWAH). Pengangkutan bas akan disediakan. Bertolak dari perkarangan M.A.B pada 30 APRIL 2016 jam 8.00 pagi dan bertolak balik pada 2 MEI 2016 jam 11.00 pagi.
Untuk mendaftar dan membuat pembayaran, sila hubungi
ENCIK YUSOF B ABDULLAH : 013 – 3404406 PN JAMALIAH BT SIDI : 016 – 6984414
Atau terus kepada
EN AHMAD NIZAR B YEOB AHMAD : 012 - 5251190

Peringatan:

1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950), sila maklumkannya kepada Pn. Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-4021 2631 pada waktu pejabat.

2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti emel atau ke peti SMS Setiausaha Agung PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat. alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut,
rosmelati60@gmail.com,
dan no. telefon 012-216 3354/013-261 7278
atau 03-2034 7007 Pada waktu pejabat.

Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog