Tuesday, November 21, 2017

Pengumuman SBM 20 November.

Tuesday, November 21, 2017 |

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

Pengumuman Mingguan 20 November, 2017

Salam bahagia daripada kami semua dari Ibu Pejabat.

Terdapat empat pengumuman untuk minggu ini. Satu dari Ibu Pejabat, satu dari SBM Cawangan perak dan dua dari SBM Cawangan KL/Selangor. Yang selebihnya merupakan pengumuman ulangan atas permintaan.

Pengumuman dari Ibu Pejabat

Maklumat Pertandingan Membaca Braille Peringkat Kebangsaan NCBM 2017

NCBM ingin mengucapkan terima kasih kepada para gabungan keahliannya yang telah membantu dalam penyediaan wakil-wakil pertubuhan masing-masing ke pertandingan Membaca Braille Peringkat Kebangsaan NCBM yang bakal diadakan seperti ketetapan berikut:--

Tarikh: 23 November 2017;

Tempat: Bilik Serbaguna, Bangunan Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia;

Masa: 9:00 pagi hingga 1:00 tengahari.

Upacara akan dimulakan dengan kudapan pagi dan berakhir dengan makan tengahari.

Seramai 20 orang peserta akan mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Bas akan disediakan untuk perjalanan pergi-balik membawa peserta dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menghadiri upacara tersebut. Sila mendaftar dengan memberi nama anda di talian 03,2276 2973, 2276 1046 pada waktu pejabat. Kerjasama anda akan membantu kami untuk menyediakan makan minum yang mencukupi.

Jumpa anda di sana. Anda diminta untuk berkumpul di perhentian teksi berhampiran dengan Sentral Vista pada 9:00 pagi pada hari tersebut.

Pengumuman Ulangan:

Pertandingan Membaca Braille Peringkat Kebangsaan SBM 2017

Program ini telah dijalankan di Pusat Aktiviti SBM, Wisma SBM pada hari Sabtu, 11 November yang lalu. Berikut adalah keputusan pertandingan tersebut:

Bagi kategori Pertandingan Membaca Braille Bahasa Melayu:--

Johan: Cik Alfa Nur Aini BT. Herman Afendi;

Naib Johan: Puan Romainun BT. Zakaria; dan

Tempat Ketiga: Puan Lilian Chan.

Bagi kategori Pertandingan Membaca Braille Bahasa Inggeris:--

Johan: Puan Lilian Chan;

Naib Johan: Puan Romainun BT. Zakaria; dan

Tempat Ketiga: Cik Alfa Nur Aini BT. Herman Afendi.

Dengan ini Cik Alfa Nur Aini BT. Herman Afendi dan Puan Lilian Chan akan mewakili SBM ke Pertandingan Membaca Braille Peringkat Kebangsaan Majlis Kebangsaan Orang Buta Malaysia (NCBM) pada 23 November ini yang akan diadakan di Perpustakaan Negara Malaysia.

Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang. Kepada yang Lain, jangan putus asa masih ada peluang.

Selamat bertanding kami ucapkan kepada kedua-dua wakil SBM itu.

SBM akan menyiarkan upacara pertandingan tersebut secara langsung di Radio SBM.

Pengumuman Dari Cawangan/Kawasan SBM

Pengumuman dari Zon Utara:

pengumuman dari SBM cawangan Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan SBM cawangan Perak akan mengadakan kursus android pada 25 dan 26 November 2017, bertempat di tingkat 1 premis SBM cawangan Perak mulai jam 9 pagi hingga 5 petang. Yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM15 seorang.

Ahli-ahli yang berminat untuk menyertai kursus tersebut sila berdaftar dengan Cik Zabariah bt Zakaria

di talian 013 393 3872 atau kerani SBM cawangan Perak di talian 05-253 3029 sebelum tarikh program tersebut.

Pengumuman dari Zon Selatan:

Tiada Pengumuman.

Pengumuman dari zon Tengah

Pengumuman dari SBM Cawangan KL/Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. program gunting rambut bulanan.

SBM KL/Selangor menawarkan perkhidmatan mengguting rambut bulanan secara percuma kepada semua ahli dan anak-anak ahli.

Bagi bulan November, ianya akan dijalankan pada 26 November 2017 (Ahad).

Lokasi: Premis SBM Cawangan KL/Selangor;

Masa: 10:00 pagi;

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi pengerusi SBM KL/Selangor di talian

012-216 3354 atau 012-288 7676.

2. Program Warga Emas 2017.

Peringatan kepada semua wargamas yang telah berdaftar untuk menyertai Program Warga Emas anjuran SBM Cawangan KL/Selangor pada 25 November 2017 (Sabtu).

bertempat di Pusat Aktiviti Tingkat 1, Wisma SBM, Brickfields. Penyemakan pendaftaran bermula pada pukul 8:30 pagi. Mereka yang hadir sahaja yang akan diberi sumbangan RM50.00

pada hari tersebut.

Untuk Sebarang bertanyaan sila hubungi Pn. Lele Suyarni Omar Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, keluarga dan Komuniti (JPWK) di talian 010-225 4524.

Penjualan T-Shirt.

SBM KL/Selangor ada menjual T-Shirt Sambutan Hari Tongkat Putih Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Edisi ke-8/2017. Harga sehelai T-Shirt ialah RM30.00.

1 unit tongkat putih akan diberi secara percuma kepada sesiapa yang membeli satu atau lebih T-Shirt tersebut.

Oleh kerana stoknya terhad, siapa cepat dia dapat. Bagi sebarang pertanyaan sila hubungi

En. Muhamad Adha Bin Shamsuri, Pembantu Tadbir SBM KL/Selangor di talian 03-2276 5276

pada waktu pejabat.

Pengumuman dari Pantai Timur

Tiada pengumuman.

Pengumuman Dari Sabah dan Sarawak

Tiada pengumuman

Iklan

Explora 7 Online

Louis Prem akan menyiarankan satu bulitin mingguan yang dinamakan Explora 7 Online. Ini adalah perkhidmatan berita kepada orang ramai. Ia mengandungi artikel, berita, iklan dan banyak lagi. Sesiapa yang ingin mengiklankan produk mereka, perkhidmatan urut dan lain-lain, sila hantar iklan atau pengumuman anda melalui e-mel kepada

louisprem63@gmail.com

atau hubungi Subra di 03-2272 2677 MAB.



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog