Thursday, January 4, 2018

Pengumuman SBM 1 Januari 2018.

Thursday, January 4, 2018 |

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

Pengumuman Mingguan 1 Januari, 2018

Salam bahagia daripada kami semua dari Ibu Pejabat.

Terdapat dua pengumuman baru pada minggu ini.  Satu dari Ibu Pejabat dan satu dari SBM Cawangan Melaka. Yang selebihnya adalah pengumuman ulangan atas permintaan.


Pengumuman Dari Ibu Pejabat

Ucapan Tahun Baru Presiden Bagi Tahun 2018

Assalamu alaikum, salam sejahtera serta salam SBM serata-rata.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada semua ahli SBM, selamat tahun baru 2018. Kita harap dengan terbukanya jendela tahun 2018 ini, SBM akan bertambah maju. SBM akan bertambah cemerlang dengan saf kepimpinan yang ada.

Untuk makluman ahli-ahli SBM serta pendengar-pendengar tele info SBM, pada tahun 2018 ini, kita akan mengadakan dua program yang besar. Pertamanya, Mesyuarat Agung Dwi Tahunan bagi tahun 2018 yang akan kita adakan di Bandar Raya Ipoh. Saya ingin mengajak semua ahli SBM untuk hadir ke mesyuarat tersebut bagi merealisasikan impian SBM untuk kita memilih saf kepimpinan baharu bagi penggal 2018-2020.

Berikutnya, pada bulan Oktober nanti, kita akan merayakan satu program yang telah lama kita jalankan bermula pada tahun 2010, iaitu sambutan hari Tongkat putih antarabangsa yang akan kita adakan di Bandar Raya Kota Kinabalu, Sabah. Sengaja kita memilih Sabah kerana kita mahu memastikan supaya penggiliran dalam penganjuran program ini dapat kita zahirkan di Negeri Sabah, Negeri Di Bawah Bayu.

Akhirnya, saya juga ingin mengambil kesempatan ini supaya sama-samalah kita berdoa agar SBM terus dirahmati oleh Allah SWT dan semua ahli SBM akan terus istiqamah dalam memastikan SBM ini terus menjadi relevan kepada semua OKU Penglihatan di Malaysia.


     Pengumuman Ulangan:

Pengumuman dari Ibu Pejabat

Mesyuarat Agung Luarbiasa 2017.

SBM telah mengadakan Mesyuarat Agung Luarbiasa di Pusat Aktiviti, Tingkat 1, Wisma SBM pada 10 Disember 2017 yang lalu.  Tiga Usul telah dikemukakan yang mana ketiga-tiganya telah diterima oleh perhimpunan.  Usul-usul tersebut adalah seperti berikut:--

1.  Mesyuarat menerima usul menaikkan kadar pembelian premis SBM kepada Cawangan SBM yang belum memiliki premis sendiri daripada 500 ribu Ringgit Malaysia kepada 1 juta Ringgit Malaysia;

2.  Mesyuarat menerima usul untuk menukar nama daripada pemegang amanah kepada nama SBM sepenuhnya;

3.  Mesyuarat menerima belanjawan SBM sejumlah RM3,441,041.90 untuk tahun 2018 dan sejumlah RM3,357,769.97 untuk tahun 2019.

Mesyuarat Agung Luarbiasa diikuti dengan penyampaian anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada beberapa kakitangan SBM dan beberapa orang pelajar yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.  Anugerah-anugerah tersebut adalah seperti berikut:--

ANUGERAH STAF SBM CEMERLANG

1.    PAKHRIAH BT MOHD DAUD
PEMBANTU TADBIR SBM CAWANGAN KELANTAN
BERKHIDMAT SELAMA 20 TAHUN
MENERIMA HADIAH WANG TUNAI BESERTA SIJIL

2.    NUR ALIYA NATASYA
PEMBANTU TADBIR CAWANGAN SARAWAK
BERKHIDMAT SELAMA 16 TAHUN
MENERIMA HADIAH WANG TUNAI BERSERTA SIJIL


ANUGERAH PELAJAR OKU PENGLIHATAN CEMERLANG BAGI TAHUN 2016

1.    KATEGORI UPSR

NAMA : LEE XIN ER
ASAL : MELAKA
NAMA SEKOLAH : SJK ( C ) YU HWA
KEPUTUSAN : 7A 1B
MENERIMA HADIAH WANG TUNAI BESERTA SIJIL

2.    KATEGORI STPM

NAMA : TEH YONG SHING
ASAL : NEGERI SEMBILAN
NAMA SEKOLAH : SMK ST JOHN KUALA LUMPUR
KEPUTUSAN : 4.0
MENERIMA HADIAH WANG TUNAI BESERTA SIJIL

Pengumuman dari Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan (JPMI)

Pengangkutan untuk warga OKU Penglihatan berkunjung ke Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada Sabtu kedua setiap bulan.

Bagi membolehkan warga OKU Penglihatan menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PNM, sebuah van shuttle 8 kerusi telah disediakan untuk membawa warga OKU Penglihatan dari Stesen LRT/Monorel Titiwangsa ke PNM pada Sabtu kedua setiap bulan. Van akan bergerak meninggalkan stesen berkenaan pada pukul 11 pagi ke PNM. Van berkenaan akan bergerak dari PNM ke Stesen LRT/Monorel Titiwangsa pada pukul 3.30 petang.

Semua warga OKU Penglihatan adalah dengan ini dialu-alukan untuk menggunakan kemudahan ini untuk berkunjung ke PNM. Memandangkan tempat duduk dalam van berkenaan agak terhad, anda perlu menghubungi dan mendaftar dengan pegawai-pegawai PNM untuk menempah tempat duduk dalam van seperti berikut:
1.    En. Lai Sow Woon – tel. 03-2687 1891 atau 012-265 7075;
2.    Pn. Shafarah – tel. 019-222 2713;
3.    Cik Laura – tel. 017-303 3361;
4.    Pn. Anusia – tel. 011-2635 0739 atau
5.    En. Iskandar Borhan, pegawai pengiring dalam van – tel. 011-3317 0176.

Perkhidmatan yang disediakan untuk warga OKU Penglihatan di PNM adalah:
1.    Sudut maklumat untuk warga OKU;
2.    Penggunaan WIFI dan internet secara percuma di dalam bangunan PNM;
3.    Buku Braille, cetakan besar dan audio;
4.    Komputer yang dilengkapi dengan perisian pembaca skrin JAWS;
5.    Perpustakaan Bestari Samsung dan
6.    Kafeteria.


Pengumuman Dari Cawangan/Kawasan SBM

    Pengumuman dari Zon Utara:

Tiada pengumuman.


    Pengumuman dari Zon Selatan:

Pengumuman dari SBM Cawangan Melaka

Salam SBM,

Pengerusi SBM Melaka mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2018 kepada semua ahli SBM dan semoga tahun yang baru ini akan membawa banyak lagi kejayaan untuk SBM Melaka dan semua warga SBM


    Pengumuman dari zon Tengah

Tiada pengumuman.


      Pengumuman dari Pantai Timur

Tiada pengumuman.


     Pengumuman Dari Sabah dan Sarawak

Tiada pengumuman


Iklan

Explora 7 Online

Louis Prem akan menyiarankan satu bulitin mingguan yang dinamakan Explora 7 Online. Ini adalah perkhidmatan berita kepada orang ramai. Ia mengandungi artikel, berita, iklan dan banyak lagi. Sesiapa yang ingin mengiklankan produk mereka, perkhidmatan urut dan lain-lain, sila hantar iklan atau pengumuman anda melalui e-mel kepada

louisprem63@gmail.com

atau hubungi Subra di 03-2272 2677 MAB.

Sekian, terima kasih.



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog