Thursday, July 12, 2018

Pengumuman SBM 9 Julai 2018.

Thursday, July 12, 2018 |

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia
Pengumuman Mingguan 9 Julai, 2018
Salam bahagia daripada kami semua dari Ibu Pejabat.

Terdapat empat pengumuman baru pada minggu ini.  Satu dari Ibu Pejabat dan tiga dari SBM Kawasan Negeri Sembilan.  Yang selebihnya adalah peringatan-peringatan atas permintaan.

Pengumuman dari Ibu Pejabat


Senarai Pengerusi Jawatankuasa Utama
Berikut adalah Jawatankuasa-jawatankuasa Utama dan pengerusinya setelah dipersetujui pada Mesyuarat Pra-Majlis Presiden yang telah diadakan pada 7 Julai yang lalu:--
Pengerusi Eksko:  EN. MOHD FEKKERI B. MAT JUSOH;
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan (JPMI):  DR. AHMAD SHAMSURI BIN MUHAMMAD;
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia (JPB):  CIK SITI HURAIZAH BINTI RUSLAN;
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti (JPWK):  DR. WONG HUEY SIEW;
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Advokasi dan Hak Asasi (JAKAHA):  EN. MOHD MOKTAR SOON;
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan (JPS):  EN. MAZNAN BIN MOHD ZAIN;
Pengerusi Jawatankuasa Pekerjaan dan Pembangunan Ekonomi (JPPE):  EN. MOHD MUSTAZA MOHAMAD ZAIN;
Pengerusi Jawatankuasa Kewangan (JK):  EN. LOH KONG KEN dan
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kebudayaan, Kesenian dan Sosial (JKKS):  EN. KHAIRUL AZWAN BIN WAHAB.
Peringatan-peringatan dari Jawatankuasa Utama dan Ibu Pejabat

Pengumuman dari Ibu Pejabat


Pertubuhan kita Baharu sahaja selesai mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan ke-12 di Ipoh Perak.  Berikut adalah barisan keanggotaan Majlis Presiden yang telah dipilih:--

HJ. MOHAMMED NAZARI HJ. OTHMAN, Presiden;

EN. MOHD FEKKERI B. MAT JUSOH, Timbalan Presiden;
EN. ROSHAM BIN SIDEK, Setia Usaha Agung;

MDM. JASMINE KHOO, Bendahari Kehormat;

DR. AHMAD SHAMSURI BIN MUHAMMAD, Ahli Majlis Presiden;

CIK SITI HURAIZAH BINTI RUSLAN, Ahli Majlis Presiden;

DR. WONG HUEY SIEW, Ahli Majlis Presiden;

EN. MOHD. MOKHTAR SOON, Ahli Majlis Presiden;

EN. MAZNAN BIN MOHD ZAIN, Ahli Majlis Presiden;

EN. MOHD MUSTAZA MOHAMAD ZAIN, Ahli Majlis Presiden;

EN. LOH KONG KEN, Ahli Majlis Presiden dan

EN. KHAIRUL AZWAN BIN WAHAB, Ahli Majlis Presiden.
Pengumuman Dari Cawangan/Kawasan SBM
    Pengumuman dari Zon Utara:
PENGUMUMAN SBM CAWANGAN KEDAH

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Saya mewakili Ahli Jawatankuasa SBM
Cawangan Kedah ingin membuat pengumuman. Iaitu:-

pada 21 Julai 2018 bersamaan hari Sabtu, Melalui Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Komuniti SBM Cawangan Kedah akan menganjurkan Kelas Masakan dan Pembuatan Kraf tangan. Program ini akan bermula pada jam 10:00 pagi. Pada program ini, akan diajar cara masakan makanan berasaskan mee dan kraf tangan berasaskan manik. Saya menjemput semua ahli SBM Cawangan Kedah hadir untuk menjayakan program ini.


    Pengumuman dari Zon Selatan:
Pengumuman Dari SBM Kawasan Negeri Sembilan
1.        SBM Negeri Sembilan akan mengadakan Majlis Makan Tengah Hari bersempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada 15.hb Julai 2018 (Ahad) bertempat di pejabat SBM Negeri Sembilan bermula pada pukul 9  pagi. Ahli-ahli dan anggota keluarga dijemput menghadhiri majlis tersebut. Walau bagaimanapun ahli-ahli yang berminat untuk hadir dikehendaki berdaftar untuk urusan makanan. Sila hubungi En. Abdul Hamid Abdul Rahman di talian 019-203 5419 untuk pendaftaran dan penerangan lanjut. Anda boleh juga menghubungi no. tel. pejabat SBM Negeri Sembilan di 06-762 8548 pada hari Selasa dari pukul 10:00 Pagi hingga pukul 2:00  petang.  SBM Negeri Sembilan terletak di
47, Jalan Era Square 3,
Terminal 2,
Seremban.  Ianya bertentangan dengan Institut Perhotelan.
2. SBM Negeri Sembilan akan menjalankan kursus asas memperbaiki paip seperti cara memasang kepala paip dan memasang bebola tandas. Ahli-ahli yang berminat sila hubungi En. Abdul Hamid di talian seperti tersebut di atas. Tarikh kursus tersebut akan di maklumkan kemudian.
3. Kepada semua ahli SBM Negeri Sembilan adalah dimaklumkan, pejabat SBM Negeri Sembilan akan dibuka pada setiap hari Selasa mulai bulan Julai. Untuk mereka yang ingin melakukan sebarang urusan berkaitan SBM boleh hadhir atau pun menelifon no. talian pejabat iaitu 06-762 8548 dari pukul 10:00 Pagi hingga 2:00 petang. Pembantu tadbir puan Vasanthi akan bertugas pada hari tersebut.
    Pengumuman dari Zon Tengah
Pengumuman dari SBM Cawangan KL/Selangor
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
SKIM BANTUAN PENDIDIKAN  ANAK-ANAK AHLI BAGI SESI PERSEKOLAHAN  2019.
Borang Skim Bantuan di atas boleh diperolehi di pejabat SBM Cawangan KL/Selangor bermula pada 2 Julai 2018 (Isnin). Sila baca dengan teliti  dan patuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Borang yang telah siap diisi hendaklah dikembalikan ke pejabat SBM Cawangan KL/Selangor sebelum atau pada 7 September 2018 (Jumaat)
Promosi Barangan
Kepada mana-mana ahli SBM  yang mempunyai sebarang kemahiran seperti kraf tangan, membuat kuih-muih atau biskut untuk dipasarkan atau dipromosikan, sila hubungi pengerusi SBM Cawangan KL/Selangor di talian 012-216 3354 / 012-288 7676. Suatu program akan dijalankan dalam bulan Ogos 2018 di Kompleks MAB bagi memperkenalkan barangan buatan golongan OKU penglihatan.
       Pengumuman dari Pantai Timur
Tiada Pengumuman.
     Pengumuman Dari Sabah dan Sarawak
Pengumuman dari SBM Kawasan Sabah
Assalamualaikum dan salam SBM.  
SBM Kawasan Sabah akan menjadi tuan rumah untuk Program Sambutan Hari Tongkat Putih Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Edisi ke-9 pada 19 hingga 21 Oktober 2018  bertempat di Likas Square Apartment Hotel dan Pertandingan Bakat Seni Suara SBM Peringkat Kebangsaan pada 20 Oktober 2018  bertempat di Auditorium Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Sabah. Perarakan Sambutan Hari Tongkat Putih ialah pada 20 Oktober 2018 pada waktu pagi, manakala Pertandingan Bakat seni suara diadakan pada 20 Oktober 2018  pada sebelah malam.
Yuran penyertaan untuk kedua-dua program ini ialah:
a. Ahli Biasa dan ahli bersekutu RM200.00;
b. Bukan ahli RM400.00;
c. Anak ahli yang berumur 17 tahun ke bawah RM200.00.
Tarikh tutup pendaftaran bagi Negeri Sabah ialah pada 30 April 2018. Manakala tarikh tutup bagi Negeri Sarawak dan semenanjung Malaysia ialah pada 31 Mei 2018.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Puan Catherine Mery Ringegon, pengerusi SBM Kawasan Sabah di talian 019-222 9992 atau pejabat SBM Kawasan Sabah di talian 088-495 675 pada waktu pejabat.
Iklan
Tiada Iklan.

Sekian, terima kasih.



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog