Tuesday, May 7, 2019

Teley Info Pertis Isnin, 6 Mei, 2019.

Tuesday, May 7, 2019 |

PENGUMUMAN-PENGUMUMAN TELI MAKLUMAT PERSATUAN ORANG-ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (PERTIS)

Assalamualaikum wbt.

Pengumuman 1.

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan
Islam Malaysia (PERTIS) akan menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan Kali
Ke-24.  Berikut adalah butiran lanjut mengenai mesyuarat tersebut:
Tarikh :  13 Julai 2019, Sabtu.
Masa :  8:30 pagi hingga 5:00 petang.
Tempat :  Hotel Putra KL, Lot 149, Seksyen 87, Jalan Tun Razak, 50050
Kuala Lumpur
Sehubungan dengan itu, semua ahli PERTIS adalah dijemput untuk
menghadiri mesyuarat tersebut.  Bagi ahli yang hendak menginap di
hotel tersebut, anda dikehendaki mendaftar masuk ke hotel sebelum
pukul 4:00 petang pada 12 Julai 2019, hari Jumaat.
Berikut adalah yuran pendaftaran untuk mesyuarat tersebut:
Ahli yang menginap: RM 70.
Bukan Ahli yang menginap: RM 150.
Ahli yang tidak menginap: RM 30.
Bukan Ahli yang tidak menginap: RM 70.
Ahli yang ingin menyertai mesyuarat tersebut boleh berdaftar dengan
Puan Ruslina Binti Mat Ghani di Ibu Pejabat PERTIS Gombak di talian
03-40212631 pada waktu pejabat.  Tarikh tutup pendaftaran adalah pada
31 Mei 2018.

Pengumuman 2:
PERTIS melalui biro Pendidikan dan Dakwah akan menganjurkan program
Ihya' Ramadhan bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai program tersebut:
Tarikh:  25 - 26 Mei 2019 bersamaan 20 - 21 Ramadhan 1440 (Sabtu - Ahad).
Masa:  2:30 petang hingga 7:00 pagi.
Tempat:  Kompleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur.
Pelbagai aktiviti akan disediakan dalam program ini.  Berikut adalah
aktiviti yang akan dianjurkan:
1. Tadarus dan Khatam Al-Quran (terhad untuk 30 orang peserta sahaja).
2. Jamuan berbuka puasa (terhad untuk 200 orang sahaja).
3. Solat sunat Tarawih berjemaah dan tazkirah Ramadhan.
4. Qiamulail
Untuk pendaftaran, sila hubungi Puan Ruslina di Ibu Pejabat PERTIS
Gombak melalui talian 03-4021 2631.  Sila nyatakan aktiviti yang ingin
disertai.

Pengumuman 3:

PERTIS akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai program tersebut:

Tarikh:  16 Jun 2019 (Ahad).
Masa:  8:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.
Tempat:Kompleks MAB.
Peserta:  300 orang sahaja.
Yuran: RM 3 untuk ahli dan kanak-kanak (12 tahun ke bawah) dan RM 5
untuk bukan ahli.
Untuk pendaftaran, sila berhubung dengan Puan Ruslina di Ibu Pejabat
PERTIS Gombak di talian 03-4021 2631.

Pihak kami juga mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk kewangan
atau makanan daripada ahli
Sekian, terima kasih.


--
Muhammad Shahril Azrie bin Zainudin
Setiausaha Agung
Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog