Wednesday, July 24, 2019

PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PERTIS MINGGU INI, 23 Julai 2019.

Wednesday, July 24, 2019 |
PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PERTIS MINGGU INI, 23 Julai 2019. Assalamualaikum wbt. Berikut merupakan pengumuman-pengumuman PERTIS minggu ini. PENGUMUMAN BARU PERTIS akan menganjurkan program MTQB 2019 buat kali yang ketiga. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai program ini: Tarikh: 6 hingga 8 Disember 2019 (Jumaat hingga Ahad). Tempat: Akan dimaklumkan kemudian. Kategori: 1. Tilawah Al-Quran BrailleKategori Lelaki. 2. Tilawah Al-Quran Braille Kategori Perempuan. 3. Tilawah Al-Quran Braille Kategori Saudara Baru. 4. Hafazan Al-Quran Kategori Lelaki. 5. Hafazan Al-Quran Kategori Perempuan. Yuran: RM 50 seorang. Untuk pendaftaran, sila berhubung dengan Puan Ruslina Binti Mat Ghani di talian 03-40212631. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Oktober 2019. Terima kasih. PENGUMUMAN ULANGAN Biro Kesenian Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) akan menganjurkan Festival Kesenian Islam PERTIS (FKIP) 2019 pada ketetapan berikut: Tarikh: 11-13 Oktober 2019 (Jumaat-Ahad). Tempat: Hotel Putra KL. Pada kali ini, FKIP akan mengadakan 4 acara yang dipertandingkan iaitu: 1. NASYID BERKUMPULAN. Syarat-syarat penyertaan: a. Keahlian - 4-6 orang. b. Pemilihan tajuk lagu - bebas. c. Tema lagu - berunsur ketuhanan & nilai positif. d. Durasi: 10 minit. e. Penggunaan minus one dibenarkan. 2. SKETSAH PARA NABI & SAHABAT. Syarat-syarat penyertaan: a. Keahlian - 3-5 orang. b. Tema - Kisah Para Nabi & Sahabat. c. Durasi - 10 minit. d. Penggunaan minus one & sebarang bahan bantu dibenarkan. 3. DAI. Syarat-syarat penyertaan: a. Individu. b. Tema - dakwah. c. Durasi - 5-7 minit. d. Penggunaan minus one & sebarang bahan bantu dibenarkan. 4. TARHIM & AZAN SUBUH. Untuk pendaftaran penyertaan, sila hubungi Pn. Ruslinah binti Md. Ghani ditalian 03-4021 2631 . Tarikh tutup penyertaan adalah pada 18 Ogos 2019. Caj yuran penyertaan akan dikenakan sebanyak RM50.00 seorang. Maksimum penyertaan bagi seorang adalah sebanyak 2 pertandingan. Sila pastikan anda telah menjadi ahli PERTIS. Sebarang pertanyaan & maklumat lanjut, boleh berhubung dengan En. Abul Faris bin Mohd Ali ditalian 017- 515 9764 (Pengarah Program). Penyertaan daripada anda amat dialu-alukan. Terima kasih. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIs) dengan kerjasama Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) akan menganjurkan Kelas Pengajian Alquran Braille khusus mereka yang tinggal di Negeri Selangor. Seramai 20 peserta diperlukan bagi mengadakan kelas tersebut. Para peserta akan diberi elaun tambang serta makanan dan minuman akan disediakan setiap kali sesi kelas diadakan. Kelas permulaan akan diadakan di Shah Alam. Oleh yang demikian, sesiapa yang berhasrat menyertai kelas pengajian Alquran Braille tersebut boleh berhubung terus dengan En Zamzuri bin Ghani (pengurus operasi PERTIS)di talian 019-3869700. Memartabatkan al-Quran, dalam kehidupan Terima kasih.


Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog