Sunday, September 6, 2020

Teley MAB Sabtu, 5 September 2020.

Sunday, September 6, 2020 |
Tele MAB no. 841 Sabtu, 5 September 2020 No. tel.: 03-22722687 Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terdapat 3 pengumuman baharu dan 1 pengumuman buku, 1. Eskalator Monorail. Eskalator ini dari tingkat tanah ke tingkat mezanin di Stesen Monorail Tun Sambanthan telah rosak. Oleh itu, para penumpang OKU Penglihatan dinasihatkan untuk menggunakan eskalator di sebelahnya untuk naik ke atas dari mesin slot kad di tingkat tanah ke tingkat mezanin. 2. SelangKad - Satu Kad istimewa Kod QR. Selangkah Selangor menjemput OKU Penglihatan bagi mendapatkan SelangKad, Kad Istimewa Kod QR secara percuma, sebagai suatu alternatif apabila memasuki premis-premis. Kad ini ialah satu alternatif bagi OKU Penglihatan yang menghadapi masalah dalam mengimbas Kod QR atau mengisi buku log. Kakitangan di premis-premis tersebut boleh menggunakan kad ini bagi menolong semasa proses pengimbasan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En, Sam, juruteknik komputer kami di samb. 143. 3. Klinik Low Vision. Klinik ini akan dibuka pada setiap hari Selasa, dari pukul 9.00 pagi untuk imbasan mata. Untuk membuat janji temu, sila hubungi Pn. Santhana di samb. 318. 4. Di sini ada sebuah buku Audio Bahasa Inggeris untuk dibaca. Tajuknya adalah This End of The Rainbow oleh Adibah Amin. Untuk meminjam buku ini, sila hubungi Cik Lynette di samb. 150. Terima kasih, Ikhlas: En. Godfrey Ooi Cik Roslina Mohamed. Tele MAB no. 841 Saturday, 5 September 2020 Tel. no.: 03-22722687 Hello friends, There are 3 new and 1 book announcements, 1. Monorail escalator. The escalator from the ground floor to the mezzanine floor of Monorail Station Tun Sambanthan has broken down. Therefore blind passengers are advised to use the next escalator to go up from the slot card machine at the ground floor to the mezzanine floor. 2. SelangKad- The QR Code special card. Selangkah Selangor invited the blind to get the SelangKad, the QR Code Special Card FOC, as an alternative when entering the premises. This card is an alternative for the blind who face the difficulty in scanning The QR Code or filling up the log book. The staff at the premises can use this card to help when scanning. For more info, you can call Mr. Sam, our computer technician at ext. 143. 3. Low Vision Clinic. This clinic will be opened every Tuesday from 9.00 am for eye screening. To make an appointment, please call Mrs. Santhana at ext. 318. 4. Here’s an English Audio book to read. The title is This End of The Rainbow by Adibah Amin. To borrow the book, please call Ms. Lynette at ext. 150. Thank you, Regards: Mr. Godfrey Ooi Ms. Roslina Mohamed.


Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog