Sunday, February 28, 2021

Info Pertis Khamis, 25 Febuari 2021.

Sunday, February 28, 2021 |
pengumuman pertis minggu ini. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Berikut adalah pengumuman daripada PERTIS Pusat. Pengumuman PERTIS ini juga boleh didapati di talian tele info PERTIS, 03-22603950. Terdapat 2 pengumuman baru dan 7 pengumuman ulangan untuk minggu ini: Pengumuman baru: 1. PERTIS melalui Biro Pendidikan dan Dakwah akan mengadakan kelas Tafsir Pimpinan Ar-Rahman seperti ketetapan berikut: Tarikh: 26 Februari 2021, Jumaat. Masa: 9:00 malam. Tempat: Atas talian. Penceramah: Ustaz Mohamad Fathullah Bin Ishak (Penceramah Pengajian Kitab Munyatul Musolli dan Faridatun Faraid anjuran Kelab Rabu dan PERTIS). Kelas ini akan dilaksanakan secara bulanan pada Hari Jumaat minggu keempat setiap bulan. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas ini sila sertai Group Wass App melalui link berikut: https://chat.whatsapp.com/FP52N0Y6owOH6fPXIiu5Ol 2. Sumbangan daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Pihak PPZ MAIWP akan memberikan sumbangan kepada ahli PERTIS yang tinggal di Wilayah Persekutuan. Oleh itu, kepada ahli PERTIS yang tinggal di Wilayah Persekutuan dan masih belum mengemaskini maklumat terkini mereka, sila kemaskini maklumat terkini anda. Kepada OKU Penglihatan Islam yang tinggal di Wilayah Persekutuan yang masih belum menjadi ahli PERTIS dan kepada ahli yang ingin mengemaskini maklumat anda, anda boleh menghubungi Puan Ruslina di talian 018-9081911. Pihak PERTIS akan menghantar senarai nama kepada PPZ MAIWP yang telah dikemaskini sahaja. Maklumat ahli boleh juga dikemaskini melalui link berikut: https://forms.gle/EnAUAVveWRzJujXc7 Pengumuman ulangan : 1. Maklumat Ibu Tunggal. PERTIS ingin mengumpulkan data ahli PERTIS yang menjadi ibu tunggal di seluruh Negara. Sila hubungi Puan Ruslina di talian 018-9081911. Sila berikan nama penuh, Nombor Kad pengenalan dan nombor telefon anda. 2. Pertis melalui Biro Pembangunan Wanita Dan Kesejahteraan Ummah ingin mengumpulkan data saudara baru. Oleh itu, diminta untuk saudara baru mengisi Google Forms di link berikut: https://forms.gle/9UcfmfgkBjTMeWyT8 atau, sila hubungi atau whatsapp kepada saudari Saliza Binti Jusoh ditalian +60142796553. Maklumat yang diperlukan adalah: • Nama penuh • No. Kad Pngenalan • No. Tel. • Tahun memeluk Islam • Email • Alamat terkini Maklumat dan data yang dikumpul adalah bertujuan untuk pendidikan dan kebajikan anda. Sebarang maklumat anda akan dirahsiakan.. 3. Biro pembangunan modal insan PERTIS sedang MENGEMASKINI data-data para OKU penglihatan yang terlibat dalam bidang pengajian islam umumnya dan tahfiz khususnya baik peringkat persijilan, diploma, ijazah ataupun kelulusan-kululusan yang lain. Tujuannya ialah memudahkan pihak kami membuat perancangan-perancangan di masa akan datang bagi manfaat bersama. Justeru, Biro Pembangunan Modal Insan PERTIS membuka pendaftaran bagi tujuan tersebut. Bagi memudahkan urusan kemaskini, pihak PERTIS memohon setiap ahli untuk mengemaskini melalui link Google Form yang diberikan. https://forms.gle/rJsUntgeNQFoQTW96 Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung dengan Ustaz Muhamad Firdaus bin Hairi di talian pejabat PERTIS cawangan brickfields di talian : 0322762634 Pada isnin hingga jumaat waktu pejabat. Anda juga boleh (whatsapp) beliau di talian : 0192021931 Kerjasama anda amat kami harapkan 4. Kemaskini maklumat ahli. Pihak PERTIS sedang mengemaskini maklumat ahli. Maklumat yang perlu dikemaskini adalah seperti di link berikut: https://forms.gle/EnAUAVveWRzJujXc7 Kepada ahli yang tidak dapat mengemaskini melalui link tersebut, sila hubungi atau Wass App Puan Ruslina Binti Mat Ghani di talian 018-9081911. 5.SOP baru di pejabat PERTIS Pusat Berdasarkan arahan kerajaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pihak PERTIS telah menggariskan beberapa SOP di pejabat PERTIS Gombak dan Brickfields. Berikut adalah SOP tersebut: i. Waktu bekerja adalah dari pukul 9:00 pagi hingga 4:00 petang. ii. Hanya AJK PERTIS dan kakitangan sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam pejabat. iii. Ahli yang ingin berurusan dengan pejabat PERTIS perlu menghubungi kakitangan berkenaan terlebih dahulu sebelum datang ke pejabat. SOP ini tertakluk kepada sebarang pengumuman daripada pihak kerajaan dan keadaan semasa. 6. Kad Keahlian Seumur Hidup PERTIS. Kepada ahli PERTIS yang telah menjadi Ahli Seumur Hidup PERTIS, anda boleh mendapatkan Kad Keahlian Seumur Hidup anda di Pejabat PERTIS Brickfields pada waktu pejabat bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang. Bagi ahli PERTIS wilayah, sila berhubung dengan pengerusi wilayah masing-masing. Sebarang masalah mengenai keahlian, sila hubungi Puan Ruslina di Ibu Pejabat PERTIS Gombak di talian 03-40212631. 7. Penghantaran Al-Quran Braille, terjemahan Al-Quran Braille dan Kitab-Kitab Agama. Pihak PERTIS akan memberikan Al-Quran Braille, Terjemahan Al-Quran Braille serta kitab kitab agama terpilih secara percuma kepada ahli PERTIS. Caj penghantaran untuk bahan bacaan terpilih ini akan diberikan secara percuma juga. Bahan bacaan selain bahan bacaan tersebut akan dikenakan caj penghantaran. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saudari Raihah di Pejabat PERTIS Brickfields di talian 03-22762634. TAJUK-TAJUK BUKU KITAB YANG BOLEH DIPEROLEHI SECARA PERCUMA KEPADA OKU PENGLIHATAN 1. Al-quran double sided 6 jilid single sided 15 jilid 2. Muqaddam- Double sided 1 jilid Single sided 1 jilid 3. Yasin & Tahlil- Half double 1 jilid half single 1 jilid Double sided 1 jilid Single sided 1 jilid 4. Solat Sunat Tarawih & Witir- Double sided 1 jilid Single sided 1 jilid Half double1 jilid Half single 1 jilid 5. Koleksi Kertas Kerja Kursus Perkahwinan & Kekeluargaan Islam (Usahasama Pertis & Unit Perunding & Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan- Double sided 1 jilid 6. Ibadat Haji Umrah Dan Ziarah Double sided 3 jilid 7. Iqra Double sided 6 jilid Single sided 6 jilid 8. 40 Hadith Tentang Peristiwa Akhir Zaman; Double sided 1 jilid 9. 75 Doa-Doa Rasulullah; Double sided 1 jilid 10. Apa Itu Taubat; Double sided 1 jilid 11. Bengkel Solat; Double sided 1 jilid 12. Doa Amalan Suci; Double sided 1 jilid 13. Forty Haadeeth Qudsi; Double sided 1 jilid 14. Hak-Hak Wanita Dalam Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia; Double sided 1 jilid 15. Asma Al-Husna; Double sided 1 jilid 16. Ilmu Terus Dari Allah; Double sided 1 jilid 17. Panduan Menyelenggarakan Mayat & Persoalannya; Double sided 1 jilid 18. Kesilapan Ketika Sembahyang; Double sided 1 jilid 19. Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran & Khasiatnya; Double sided 1 jilid 20. Kisah Wali-Wali Allah; Double sided 2 jilid 21. Koleksi Rencana-Rencana Islam; Double sided 1 jilid 22. Ke Arah Memahami Al-Makthurat; Double sided 1 jilid 23. Memasuki Gerbang Perkahwinan; Double sided 2 jilid 24. Himpunan Nama-Nama Islam; Double sided 1 jilid 25. Penawar Bagi Hati; Double sided 2 jilid 26. Persoalan Solat dan Penjelasannya; Double sided 1 jilid 27. Perukunan Romanise; Double sided 1 jilid 28. Prinsip Pembentukan Personaliti Muslim; Double sided 1 jilid 29. Himpunan Mutiara Selawat; Double sided 1 jilid 30. Surah-Surah Pilihan; Half double 1 jilid Double sided 1 jilid SINGLE SIDED 1 jilid 31. Syaitan & Jin; Double sided 1 jilid 32. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman: Double sided 30 jilid 33. Pelajaran Tajwid; Double sided 1 jilid 34. The Qur-an & Modern Science; Double sided 1 jilid 35. Mengumpat (Ghibah) Yang Dicela & Yang Diharuskan; Double sided 1 jilid 36. Himpunan Wirid-Wirid & Doa-Doa Double sided 1 jilid 37. Madinah Munawwarah & sejarah; Double sided 1 jilid 38. Peristiwa Isra’ Mi’raj Double sided 1 jilid 39. Meyaqini Malaikat Dalam Kerajaan Allah Dan Kehidupan Manusia Double sided 2 jilid 40 Risalatul Muawanah Double sided 2 jilid 41. Nabi muhammad SAW Double Sided 2 jilid 42. Rahmad Di sebalik Dugaan Double Sided 2 jilid 43 Kursus belajar bahasa arab Double Sided 4 jilid 44 Kitab munyatul musolli Double Sided 2 jilid 45 Fiqh Syafi’i jilid 1 Double Sided 6 jilid 46 Faridatul Faraaid Double Sided 1 jilid 47 40 Hadith An-Nawawi 1 jilid 48 Alquran, sejarah dan kaedah Double Sided 2 jilid 49 Modul Pembelajaran Ilmu Tajwid Double Sided 2 jilid 50 Kaifiat dan Fadhilat Puasa Sunat Double Sided 1 jilid 51 Ruqyah Double sided 1 Jilid 52 Kefahaman Asas Mengenai Sifat 20 Doublel Sided 1 Jilid 53 Perkongsian Bijak Dalam Pengurusan Rumahtangga. Half Double Sided 1 Jilid 54 Siri Ilmu Tasawuf Syarbul Muntaha Half Double Sided 1 Jilid Sebarang pengumuman daripada ahli PERTIS atau NGO lain hendaklah sampai ke email Setiausaha Agung PERTIS, setiausaha.pertis@gmail.com atau whatsapp di talian 013-4315539 sebelum atau pada setiap Khamis pukul 4:30 petang. Sekian, terima kasih.


Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog