Thursday, April 15, 2021
Teley MAB Selasa, 13 April 2021.
Tele MAB no. 868
Selasa, 13 April 2021
No. tel.: 03-22722687
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terdapat 1 pengumuman baharu dan 1 pengumuman buku,
1. Pengagihan Bakul Makanan Malabar Emas dan Berlian.
Malabar akan memberikan 200 bakul makanan kepada masyarakat orang buta pada hari Sabtu, 17 April 2021 di antara 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari di bawah kanopi di tempat letak kereta MAB. Sila berdaftar dengan penyambut tetamu di 03-22722677, dengan menyediakan nama dan no. telefon. Setiap keluarga mendapat satu bakul makanan. Sila bawa bersama salinan fotostat Kad OKU anda pada hari tersebut. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada hari Khamis, 15 April 2021. Hanya 200 orang pertama yang telah berdaftar sahaja yang akan menerima bakul makanan tersebut.
2. Terdapat 1 buku Braille Bahasa Inggeris yang baharu untuk dibaca.
Tajuknya adalah The Tower at Stony Wood oleh Patricia A. McKillip dalam 2 jilid. Untuk meminjam buku ini, sila hubungi Cik Lynette di samb. 150.
Terima kasih,
Ikhlas:
Cik Santhi Selvam
Cik Roslina Mohamed.
Tele MAB no. 868
Tuesday, 13 April 2021
Tel. no.: 03-22722687
Hello friends,
There are 1 new and 1 book announcements,
1. Malabar Gold and Diamond Food Basket Distribution.
Malabar will be giving 200 food baskets to the blind community on Saturday, 17 April 2021 between 10.30 am till 12.00 pm in the canopy of MAB car park. Please kindly register with the receptionist at 03-22722677, provide your name and contact number. Each family get one food basket. Bring along your Photostat copy of OKU card on that day. Closing date for registration is on Thursday, 15 April 2021. Only the first 200 persons who have registered will receive the food baskets.
2. There is 1 new English Braille book to read.
The title is The Tower at Stony Wood by Patricia A. McKillip in 2 volumes. To borrow the book, please call Ms. Lynette at ext. 150.
Thank you,
Regards:
Ms. Santhi Selvam
Ms. Roslina Mohamed.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment