Monday, June 21, 2021

Pengumuman pertis 21 Jun 2021.

Monday, June 21, 2021 |
Pengumuman Terkini dan ulangan minggu ini. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera. Berikut adalah pengumuman daripada PERTIS Pusat. Terdapat 2 pengumuman terkini dan 3 pengumuman ulangan untuk minggu ini. 1. Jawatan Kosong sebagai Pembantu Tadbir Penerbitan PERTIS Pusat. PERTIS Pusat sedang mencari calon untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pembantu Tadbir Penerbitan PERTIS Pusat bertaraf kontrak. Berikut adalah kriteria yang diperlukan: 1. Warganegara Malaysia. 2. Berumur 18 tahun dan ke atas. 3. OKU penglihatan. 4. Mahir dalam penggunaan Dux Burry dan Microsoft Word. 5. Mahir menggunakan mesin embosser. Sila emailkan resume anda kepada setiausaha.pertis@gmail.com. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Setiausaha Agung PERTIS Pusat di talian 013-4315539. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2021. 2. Pengumuman dari Biro Pendidikan Dan Dakwah Pertis. Kelas Tafsir Pimpinan Ar Rahman bulanan Pertis akan diadaka pada 25.06.2021 (Jumaat) pada jam 9.15 malam. Kelas akan dipimpin oleh Ustaz Muhammad Fathullah Bin Ishak. Bagi yang ingin mengikuti jadual dan perkembangan kelas sila klik pautan group whatsapp : https://chat.whatsapp.com/FP52N0Y6owOH6fPXIiu5Ol. Pengumuman ulangan untuk minggu ini. 1. Pertandingan Resensi Buku Melalui Video. Dewan Bahasa Dan Pustaka dengan rakan kerjasama PERTIS , PPOBM dan MFD menganjurkan » *Pertandingan Resensi Buku Melalui Video bersempena dengan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK 2021).* Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia khusus kepada golongan kurang upaya penglihatan dan kurang upaya pendengaran yang berumur 18 hingga 60 tahun. Hadiah wang tunai menanti para pemenang! *Tarikh tutup penyertaan: 31 Julai 2021. Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, sila hubungi Setiausaha Agung PERTIS, Saudara Shahril Azrie di talian 013-4315539. 2. Kemaskini maklumat keahlian. Pihak PERTIS memohon kerjasama semua ahli untuk mengemaskini data keahlian anda bagi tujuan rekod kami. Mana-mana bantuan akan dirujuk melalui data ahli yang telah dikemaskini sahaja. Berikut adalah maklumat yang perlu dikemaskini: 1. Nama. 2. No. Kad Pengenalan. 3. No. Kad OKU. 4. No. Telefon terkini. 5. Alamat terkini. 6. Taraf perkahwinan. 7. Tanggungan. 8. Pekerjaan. 9. Pendapatan bulanan. Maklumat tersebut boleh di wass app ke nombor PERTIS, 013-7896639. Anda juga boleh mengisi google form berikut: https://forms.gle/EnAUAVveWRzJujXc7 3. PERTIS dengan kerjasama Love Quran Group akan mengadakan kelas Al-Quran Braille secara atas talian kepada OKU Penglihatan. Program ini terbuka kepada OKU Penglihatan di seluruh Malaysia. Untuk pendaftaran, sila wass app maklumat anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon ke nombor Pertis +60137896639. Sekian, terima kasih.


Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog