Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Sunday, January 3, 2010

Jawapan Email Pembaca-crocodylus niloticus(Pelajar Perubatan) 1 comments

Sunday, January 3, 2010 |

1) Adakah kehilangan sebelah mata tanpa terjejasnya fungsi sebelah mata dikategorikan sebagai OKU?

Buta sebelah mata tidak didaftarkan sebagai OKU.Rujuk sini.

2)Apakah keistimewaan yang diberikan daripada pihak kerajaan/swasta/NGO terhadap OKU bermula daripada usia muda hingga ke tua?

Pelbagai keistimewaan tetapi dengan syarat perlu berdaftar dengan JKM. Rujuk sini.

3) Adakah kehilangan penglihatan akibat penyakit(diabetic retinopathy,etc) melayakkan pesakit saya menuntut keistimewaan sebagai OKU?

Ya.

4) Dimanakah pendaftaran terhadap OKU boleh dibuat jika saya ingin mendaftarkan pesakit saya sebagai OKU?

Boleh daftar di JKM. Rujuk sini.

5) Apakah agensi-agensi berkaitan yang boleh saya hubungi jika inginbertanyakan lebih lanjut berkenaan OKU?

Banyak, di bawah hanya sebagai contoh :

Agensi Kerajaan

Yayasan Kebajikan Negara Malaysia (YKN) merupakan sebuah tabung kebajikan yang ditadbirkan oleh Lembaga Pemegang Amanah dan dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beberapa bantuan untuk OKU juga dapat diperolehi dari YKN


Elaun Insentif Pendidikan Khas juga dibayar kepada murid OKU yang bersekolah


SBGP-OKU adalah satu program kerajaan di bawah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia untuk "bantu usahawan OKU membantu OKU mendapatkan pekerjaan"

Agensi Swasta


Unit Kebajikan, MAB ditubuhkan pada tahun 1998 untuk memberi bantuan kepada golongan kurang upaya penglihatan secara sistematik dan praktikal


Malaysian Information Network on Disability, suatu Projek BAKTI mempunyai pautan kepada agensi-agensi berkaitan bantuan untuk OKU


Laman web ini mempunyai direktori dan pautan kepada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan tentang bantuan dan sokongan untuk OKU


Anda ada pertanyaan? Sila emailkan pada kami di suaraoku@gmail.com. :-)

read more

Thursday, August 27, 2009

Senator, profesor OKU terhebat meninggal 1 comments

Thursday, August 27, 2009 |


Pakar ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal hari ini.

Menurut pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Prof Dr Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi.

Hospital itu kini dalam proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian, katanya ketika dihubungi Bernama.

Allahyarham Dr Ismail, 61, mencipta sejarah sebagai senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia.

Beliau juga ialah bekas timbalan ketua pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS).

Bapa kepada enam orang anak itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Beliau dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 Sept, 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian, antaranya, anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah.

Ucap takziah

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengucap takziah kepada keluarga allahyarham Dr Ismail.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya melihat Dr Ismail sebagai seorang ikon yang berjaya walaupun dalam keadaan kurang upaya.

"Namun peranan serta semangat beliau melebihi daripada orang kebiasaan.

"DPP menghargai peranan beliau terutama dalam memperjuangkan nasib serta hak golongan orang kurang upaya di Malaysia dan berharap agar kerajaan melaksanakan segala usaha dan peranannya sebagai satu tanda penghargaan kepada beliau," tegas Nasrudin.
sumber: Malaysiakini.com

read more

Wednesday, August 12, 2009

Prihatin OKU-Ziarah dan Sumbangan Untuk Keluarga En Fadil 0 comments

Wednesday, August 12, 2009 |



Lokasi: Flat Sri Pahang
Tarikh: 12 Januari 2009
Masa: 10.30am

Alhamdulillah hari ini Muslim Aid Asia dapat menyalurkan sumbangan untuk En Fadil sekeluarga. Kami bersyukur kerana mendapat respon yang bagus sejak berita tentang keluarga En Fadil ini disiarkan dalam blog saya bulan lepas. Kali ini dengan hasil sumbangan orang ramai, untuk tabung OKU Muslim Aid Asia, kami dapat menghantar barangan mentah seperti beras, minyak masak, ikan bilis, vitamin C, telur, bawang kecil, susu tepung, susu pekat dan air Musoffa (menurut En Fadil, dengan titisan air Musoffa, alhamdulillah penglihatan anaknya dapat menjadi terang sedikit).

En Fadil dan isterinya Pn Norasmawati merupakan OKU penglihatan. Mereka mengharapkan jualan tisu pada siang hari untuk menampung keperluan sekeluarga. En Fadil dan isterinya dikurniakan dua orang anak iaitu Nur Ain, 4 tahun dan Firdaus, 3 tahun. Kedua dua anaknya ini juga mengalami masalah penglihatan, dan telah disahkan bahawa Firdaus kini mengidap katarak.

En Fadil begitu bersungguh-sungguh untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Walaupun dengan penglihatan yang hanya 15% nampak, ia tidak menghalang untuk En Fadil dan isteri untuk terus menjual tisu di kawasan Chow Kit dan sekitar. Menurutnya lagi, buat masa ini hanya dengan menjual tisu sahaja mereka dapat peroleh pendapatan.

En Fadil dan isterinya berharap untuk memulakan perniagaan kecil, seperti menjual surat khabar, prepaid, gula-gula, dan mereka berdua amat memerlukan sebuah tapak stall perniagaan. Kawasan yang pernah dipohon oleh En Fadil seperti di Putra LRT, KL Sentral tetapi tidak mendapat respon yang memberangsangkan.

Kami di Muslim Aid Asia berharap kepada pembaca blog ini, yang ingin membantu En Fadil untuk memulakan perniagaan, agar dapat menghubungi kami di 03-2288 1996. Pada yang ingin menghulurkan sumbangan, juga boleh hubungi saya di nombor tersebut. Jutaan terima kasih juga pada sukarelawan Muslim Aid Asia, Nizam dan Eyta juga pada penaja yang telah membantu memberi maklumat dan telah membantu mendapatkan barangan sumbangan ini.

Muhammad bin Kamarulazizi
Muslim Aid Asia

Sumber : Muslim Aid Asia

read more

Kebajikan Atlet Pekak Malaysia dijaga oleh YAKEB-MSFD 0 comments


Mengapa penulis menulis tajuk ini? Berita Baik - YAKEB bekerjasama dengan MSFD untuk mengumpul data maklumat altet Pekak dan bekas atlet Pekak Kebangsaan mengambil bahagian dalam Sukan Orang Pekak Asia Pasifik dan Sukan Deaflympics.

Dato' Paduka Dr. Mumtaz Begum Abdul Jaffar sebagai Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) telah berjumpa dengan Presiden MSFD dan penulis selaku mantan SUA MSFD di Konsvensyen Sukan Kebangsaan 2008 diadakan di PWTC, Kuala Lumpur pada 11-12 November 2008.

Zana Ujang Azizul berjaya mengutip pingat EMAS acara olahraga 110m lari berpagar di Sukan Deaflympics Rome 2001. kejayaannya disebabkan oleh Dr. Mumtaz jurulatih Olahraga Malaysia Rome 2001.

Jadi, penulis minta NGO Pekak tolong 'ketuk' pintu rumah ahli-ahli NGO Pekak terutama atlet Pekak Kebangsaan & Bekas atlet Pekak Kebangsaan sahaja) untuk mengisi borang pendaftaran keahlian YAKEB supaya dimajukan kepada MSFD kemudian dihantar kepada YAKEB.

Sila menghubungi En. Murshid Alaidin EXCO MSFD untuk mendapatkan borangnya jika ahli-ahli NGO Pekak tiada talian internet.

Sila klik borang pendaftaran keahlian YAKEB di bawah:-

(1) Borang Pendaftaran - Atlet Aktif

(2) Borang Pendaftaran - Atlet Bersara

INFORMASI::

Latarbelakang YAKEB
Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan telah didaftarkan di Kuala Lumpur di bawah Akta Pendaftaran Syarikat 1965 pada 25hb Julai 2007, sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan

Objektif YAKEB
Pada dasarnya, penubuhan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan ini berperanan untuk menguruskan hal ehwal kebajikan atlet dalam pelbagai aspek yang sesuai untuk mencapai matlamat memberi manafaat kepada para atlit negara sama ada yang masih lagi aktif menyumbangkan tenaga, ataupun yang telah bersara termasuk atlet yang kelainan upaya (OKU) yang selama ini telah berkorban dengan mengerahkan keringat untuk mengharumkan nama negara di pentas kejohanan sukan antarabangsa.

Fungsi-Fungsi YAKEB
1. Pusat Sumber Strategik untuk Atlet Negara
2. Pengumpulan Dana
3. Pembangunan Pendidikan dan Kerjaya
4. Kemahiran Keusahawanan
5. Bimbingan dan Kaunseling
6. Kebajikan Am

Faedah-Faedah Ahli
sila melayari Jasamu Dikenang dalam laman YAKEB

Sumber : Blog Harapan Warga Pekak Malaysia

read more

DAP vs MFD-MSFD 0 comments

Pada ulasan penulis, DAP (Deaf Action Party) sebagai Pakatan Pekak boleh dijemput menghadiri perbincangan rasmi dengan MFD sebab DAP ada rasional kukuh menyelesaikan 4 isu TERHANGAT yang blog Presiden MFD timbulkan:-

a) 25 Jun 2009 - Kegagalan Pelajar Pekak Dalam Akademik
b) 29 Jun 2009 - Kejohanan Futsal Belia Pekak Malaysia ke 2, 2009
c) 2 Julai 2009 - One Deaf One Malaysia
d) 6 Julai 2009 - Mengapakah Orang Pekak Tidak Boleh Menguasai Bahasa Melayu?

Penulis baru-baru mengetahui kepimpinan DAP dianggotai oleh Penasihat (Kedah), Ketua (Kedah), Timbalan Ketua (Sabah), Setiausaha (Selangor) dan Bendahari (Terengganu). Maaf penulis tidak boleh dedahkan nama sebenar mereka sebab DAP belum berdaftar dengan ROS. Aktiviti DAP ialah DAP bergaya al-Robin Hood ingin menghalang kegiatan MFD-MSFD (Kerajaan Pekak).

Oleh itu DAP telah menuduh MFD merampas geran duit negeri kecil derita dalam blog & facebook yang ditadbir oleh Ketua DAP (Bakal Presiden KDA). DAP juga menuduh MSFD membelakangi SKOP.

Punca penubuhan DAP ialah MFD-MSFD tiada unit TV MFD-MSFD macam Kerajaan Persekutuan mempunyai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk menyampaikan berita kepada Rakyat Malaysia setiap masa.

Presiden MFD boleh mengumumkan kenyataan rasmi dalam laman web MFD.org.my ataupun blog Presiden MFD.
Siapa Pengerusi JK Perpaduan MFD?
Siapa Pengerusi JK Projek MySL?
Siapa Pengerusi JK Pendidikan MFD?
Siapa Pengerusi JK Kebajikan MFD?
Siapa Pengerusi JK Tabung Amanah MFD?
Siapa Pengerusi JK Pembangunan Usahawan MFD?
Siapa Pengerusi JK Hubungan Luar MFD?
Siapa Pengerusi JK Pentadbiran MFD?
Siapa Pengerusi JK Pusat Komunikasi (PUSKOM) MFD?

Sekarang Rakyat Pekak Malaysia masih tidak tahu latarbelakang Ahli Majlis MFD sebab Rakyat Pekak Malaysia baru-baru ini teruja dengan kepimpinan DAP.

Ketua DAP ingin menerima cabaran HANGAT ialah Ketua DAP berdebat dengan Ketua UBPM. Penasihat DAP juga berdebat dengan Presiden MFD.

Bukti Gambar DAP menuduh MFD tentang isu 1 & isu 2, DAP juga menuduh MSFD (isu 3)

Untuk makluman semua, penulis tidak melibatkan kegiatan DAP sebab penulis telah nasihat Ketua DAP jangan berperang dengan MFD-MSFD beberapa kali. Ketua DAP bercita-cita menjadi Ketua Pembangkang MFD-MSFD.

Sumber: Laman Ketua DAP, Facebook DAP, Facebook Deaf World III,

Sumber artikel : Blog Harapan Warga Pekak Malaysia

read more

Tuesday, August 11, 2009

ILTC CHARITY BAZAAR - FOOD, FUNFAIR & CHARITY SHOW 0 comments

Tuesday, August 11, 2009 |

On the 4th July ILTC organised a ILTC CHARITY BAZAAR – FOOD & FUN FAIR 2009:
(Together With A Blood Donation Campaign) at Padang Sekolah Kebangsaan Rawang.

The purpose is that we are raising funds for maintaining the training centre.
We had over 30 stalls ranging from a variety of food, toys, clothes, books, games, face paintings as well as selling ILTC products and also motor show. We had a colouring competition sponsored by Nestle Malaysia and two clown entertaining the children. We also had a with many fantastic prizes for games. There were lots of volunteers to help out with the stalls and we had a famous emcee to entertain everyone as well as made announcements.
There was a St Johns ambulance standing by just in case anyone needs medical attention.
We set up an information counter so that if anyone is interested to know more about ILTC we were able to answer their questions.
End of the day we made some money but we fail to achive our target

On the behalf of committee and staff I would like to thank all the volunteers, sponsors and friends for helping us sell coupons, sponsor products, and helping out at the Fun Fair. We could not have done it without all your support.
Thank you also to the organising committee who has work very hard to make this a successful event: Mr. Packya Narayanan, Mr. Krishna, Mr. A. Subramaniam, Ms. Santriga, Mr. Sathiah and Mr. Arasu

Source : ILTC Malaysia

read more

KM kesal JKM lewat salur bantuan OKU 0 comments

MELAKA 5 Ogos - Proses bantuan kebajikan yang diberikan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) di negeri ini perlu dipercepatkan kepada mereka yang layak menerima bantuan itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, beliau tidak berpuas hati kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih lewat menjelaskan pembayaran yang sepatutnya mereka terima.

Sehubungan itu, beliau menggesa pegawai berkenaan supaya memudahkan lagi permohonan OKU di negeri ini untuk mendapatkan bantuan kerajaan.

"Saya tidak puas hati kerana banyak kelewatan dilakukan JKM. Kalau dah nampak OKU lumpuh, tunggu apa lagi terus bagi bantuan.

"Tak perlu tunggu sampai sebulan dua, hari ini kita lawat esok dah patut boleh bagi bantuan. Tak ada duit, beritahu kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan pagi kerajaan negeri anjuran Perbadanan Sungai dan Pantai Melaka (PSPM) di Seri Negeri di sini baru-baru ini.

Menurut Mohd. Ali, beliau kecewa dengan cara JKM yang mengambil masa lama untuk menghulurkan bantuan kepada OKU.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri menyalurkan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada kira-kira 500 buah keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir kilat di tiga daerah pada 27 Julai lalu.

Katanya, tiga daerah terlibat adalah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Menurut beliau, kejadian banjir kilat yang berlaku itu tidak dapat dielakkan kerana penerimaan kadar hujan luar biasa dalam tempoh empat jam.

"Dalam tempoh itu, jumlah hujan dicatatkan adalah sebanyak 115 milimeter (mm) berbanding 100 mm dalam tempoh sebulan.

"Keadaan diburukkan lagi apabila paras air laut pasang penuh setinggi 2.1 meter berbanding paras sungai 1.1 meter pada hari kejadian," katanya.
-Utusan

read more

Peniaga pasar tani terkejut anak terima Anugerah Pelajaran Diraja 0 comments


Ahmad Tarmizi Mahmud dan Nurul Khairunissa Esman (dua dari kanan) menunjukkan pingat emas yang diterima, manakala Husniyah Salaeh (kiri) dan Zarina Hamzah menerima Anugerah Canselor pada Konvokesyen USIM di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 2 Ogos - Dua peniaga pasar tani dari Kluang, Johor, terkejut apabila anak mereka, Nurul Khairunissa Esman, 23, diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja pada majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini semalam.

Md. Sahad Ahmad, 58, dan isterinya, Suriah Abas, 42, sebelum ini tidak diberitahu oleh anaknya mengenai penerimaan anugerah itu.

''Nurul cuma menjemput kami untuk menghadiri majlis konvokesyen di Putrajaya dan tidak memberitahu bahawa dia akan menerima anugerah.

''Saya dan isteri terkejut apabila Nurul diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja, kami amat gembira dengan kejayaan itu,'' kata Md. Sahad ketika ditemui selepas menghadiri majlis Konvokesyen USIM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.

Nurul Khairunissa berjaya menamatkan pengajian Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan purata nilai gred kumulatif (PGNK) 3.95 dan memasuki Senarai Dekan pada setiap semester.

Dia sengaja merahsiakan kejayaan itu daripada ibu bapanya kerana mahu merancang satu kejutan untuk mereka.

Menurutnya, penerimaan Anugerah Pelajaran Diraja amat bermakna kerana dia berjaya menyempurnakan pesanan terakhir arwah ayah kandungnya.

''Anugerah ini amat bermakna kepada saya kerana antara pesanan terakhir arwah ayah ialah dia mahu saya belajar sehingga ke peringkat tertinggi yang mampu.

''Ayah meninggal dunia semasa saya belajar dalam darjah tiga,'' katanya.

Nurul Khairunissa memberitahu, dia akan mencari kerja dan menimba pengalaman sebelum meneruskan pelajaran pada tahap yang lebih tinggi.

''Saya ingin memberi laluan kepada adik-adik lain yang juga mahu melanjutkan pengajian ke peringkat universiti,'' katanya.

Sementara itu, Ahmad Tarmizi Mahmud dari Dungun, Terengganu, yang mengikuti pengajian Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa juga dipilih sebagai pemegang Anugerah Pelajaran Diraja USIM.

Seorang pelajar orang kurang upaya (OKU), Muhamad Al Hafis Zakaria yang mengikuti pengajian Sarjana Muda Komunikasi juga berjaya mencuri tumpuan apabila kekurangan fizikal tidak menghalangnya untuk menerima ijazah.

''Saya sebelum ini telah menjalani latihan praktikal di stesen televisyen tempatan dan bercita-cita untuk bekerja dalam bidang penyiaran,'' katanya.

-Utusan


read more

RM22 juta bantu OKU 0 comments

Oleh ZAMZURINA AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 2 Ogos - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM22 juta sebagai bantuan modal kepada usahawan orang kurang upaya (OKU) untuk mengembangkan lagi perniagaan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, peruntukan itu akan disalurkan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) melalui Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGPOKU).

''Sejak Januari lalu hingga kini, sebanyak 134 usahawan OKU menerima geran masing-masing melalui SBGPOKU yang bernilai kira-kira RM5.5 juta.

''Pada masa sama, untuk mencapai objektif utama skim ini, usahawan OKU digalakkan menggaji pekerja daripada kalangan OKU juga," katanya ketika berucap pada mesyuarat agung Persatuan Pemulihan OKU ke-16 peringkat negeri di sini hari ini.

Berangkat merasmikan majlis tersebut ialah Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom dan Penaung Diraja persatuan tersebut, Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Muadzam Sultan Ahmad Shah.

Menurut Maznah, seramai 7,482 daripada 10,699 OKU di seluruh negara berjaya mendapat pekerjaan dalam sektor awam dan swasta.

''Jumlah tersebut menunjukkan usaha kerajaan melibatkan OKU dalam sektor awam sebanyak satu peratus hampir mencapai sasaran.

''Justeru, saya mencadangkan pula kepada sektor swasta menetapkan kuota sebanyak satu peratus untuk melibatkan OKU dalam organisasi mereka," jelasnya.

Dalam pada itu, tambahnya, seramai 16 usahawan OKU dari Pahang berjaya memperoleh geran di bawah SBGPOKU dengan nilai keseluruhan ialah RM772,813.

''Bagaimanapun, hanya 15 usahawan OKU menerima geran itu hari ini kerana seorang penerima iaitu Muhammad Ikhsan Mat Yunus, 24, yang mengalami kecacatan di kaki, meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya semalam.

''Arwah yang sepatutnya hadir menerima geran bernilai RM27,000 untuk mengembangkan bengkel motosikalnya meninggal dunia bersama adiknya dalam kemalangan itu," jelasnya.

read more

70 peratus daripada OKU berdaftar dengan JTK sudah dapat kerja 2 comments

KUANTAN 2 Ogos — Kira-kira 70 peratus golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mendaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) sudah berjaya memperolehi pekerjaan sehingga ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Senator Datuk Maznah Mazlan berkata daripada 10,699 OKU yang berdaftar dengan JTK sehingga ini, 7,482 daripadanya berjaya ditempatkan dalam pelbagai sektor pekerjaan.

“Bagaimanapun, bilangan OKU adalah lebih daripada itu dan pihak kementerian akan berusaha untuk mencari pekerjaan yang sesuai buat mereka sekiranya mereka mendaftar degan JTK,” katanya ketika berucap pada majlis Mesyuarat Agung Persatuan Pemulihan OKU (PPOKU) Pahang dan Karnival Pekerjaan OKU peringkat Pahang di sini, hari ini.

Majlis yang dirasmikan Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom itu turut dihadiri Penaung Diraja PPOKU, Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mua’adzam Sultan Ahmad Shah.

Maznah turut menggesa majikan sektor swasta agar membantu kerajaan dalam mengambil sekurang-kurangnya satu peratus pekerja dari golongan berkenaan sebagai pengiktirafan kepada pencapaian akademik dan usaha gigih mereka.

Sementara itu beliau berkata 134 usahawan termasuk 17 di Pahang memperolehi kelulusan mendapat Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU (SBGP-OKU) bernilai RM5.5 juta dalam tempoh antara Januari dan Julai tahun ini.

Katanya dianggarkan 257 peluang pekerjaan disediakan menerusi usahawan yang menerima skim tersebut. - Bernama

read more

Kenaikan elaun hadiah berharga 0 comments

KUALA LUMPUR 31 Julai - Kenaikan kadar Elaun Kenangan sebanyak 500 peratus adalah hadiah paling berharga kepada bekas anggota pasukan keselamatan yang dikurniakan pingat kebesaran negara sempena Hari Pahlawan tahun ini.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Mohamad Abdul Ghani berkata, ini satu kejutan yang pasti akan membawa kegembiraan kepada bekas perajurit tersebut.

Jelasnya, hadiah tersebut menunjukkan kerajaan hari ini prihatin terhadap para pejuang bangsa yang pernah menjadi benteng terakhir negara bagi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan tanah air.

"PBTM sememangnya mengharapkan bantuan kerajaan bagi membantu meringankan beban bekas perajurit ini untuk meneruskan kehidupan sebagai orang awam selepas bersara.

"Namun, kita tidak sangka yang ganjaran tersebut meningkat sehingga 500 peratus berbanding yang diperoleh penerima sebelum ini. Kita sangat menghargai jasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas keprihatinan beliau," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Najib hari ini mengumumkan kenaikan kadar Elaun Kenangan sebanyak 500 peratus kepada anggota pasukan keselamatan yang dikurniakan pingat kebesaran negara berkuat kuasa 1 Julai ini.

Menurut Mohamad, selain 'hadiah' tersebut, PBTM juga berharap, kerajaan dapat meningkatkan kadar elaun bekas anggota keselamatan Orang Kurang Upaya (OKU) yang tercedera semasa berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya, kini terdapat kira-kira 1,600 bekas anggota ATM OKU yang menerima kadar elaun agak rendah iaitu kira-kira RM300 sehingga RM400 sebulan bergantung kepada kecacatan anggota badan yang dialami.

"Saya berharap pihak kerajaan tidak terlepas pandang tentang keperitan dan kesengsaraan yang dialami bekas anggota ATM OKU untuk meneruskan kehidupan harian dengan pendapatan sedemikian.

"Mereka (bekas anggota OKU) ini juga pernah berjuang bermati-matian, malah telah mengalami kecederaan semasa mempertahankan negara," katanya.

-Utusan

read more

Friday, June 26, 2009

The Star Online PJ folk question the need for another upgrade 0 comments

Friday, June 26, 2009 |

PJ folk question the need for another upgrade

THE Section 5 Petaling Jaya Residents Association is questioning the rationale behind spending a substantial amount of ratepayers money to upgrade the pedestrian pavement along Jalan Gasing since the current one had only been in use for seven months.



They said the pavement built with interlocking bricks was in excellent condition and had already been resurfaced in December last year.

"We do not know why the bricks need to be replaced and we are informed that the project cost RM1.2mil," association president Johan Tung Abdullah said.

Ripped apart: The old paving slabs have been pulled up to make way for tactile blocks.


Barely seven months later, part of the new pavement was cut out and tactile blocks were inserted to make the pavements more disabled friendly. This, the residents discovered, cost about RM200,000.

"We are very unhappy with what's happening now. Why did they replace the interlocking bricks in the first place and why did they only make it disabled friendly seven months later? Why the poor planning?" Johan asked.

He said while creating disabled- friendly features was commendable, the council should also survey the area to see if there was a demand.



"We are of the opinion that the previous administration and its councillors had spent ratepayers' money in a rushed and irresponsible manner as evidenced by the Petaling Jaya Municipal Council (MBPJ) having to spend additional money to rip apart the seven-month-old pavement to install disabled-friendly features," he said.

The association also questioned the need to replace the road name plaques in the neighbourhood as the old ones were still in good condition.

"Ratepayers in 2006 protested against a 10% increase in assessment and this is a good example why the protest was valid as the council seems to lack good financial governance and accountability in its expenditure," Johan said.

He said the residents demanded for a reduction in assessments for landed property owners since serviced apartment owners had enjoyed a 2% drop in assessment rates this year.



"Our assessment rates were raised from 8% to 8.8% in 2006 but property owners in premium areas such as Bangsar and Bukit Damansara pay only 6% to 7%," he said.

All-Petaling Jaya Residents Associations Coalition (APAC) chairman Liew Wei Beng did not welcome the upgrading of the pavement, either.

"Has the council done any survey to see how many blind people would use the facility to justify the high amount of money spent? The councillor involved in the decision should explain the move," he said.



"If it is only for the use of one or two blind persons, then it is certainly not justifiable as there are a lot more old drains, roads and infrastructure in Petaling Jaya in need of an upgrade," he added.

Petaling Jaya mayor Datuk Mohamad Roslan Sakiman said he was not aware of the upgrading of Jalan Gasing's pedestrian pavement and would demand a report from the council's engineering department.

"The move was made without consulting me and I would not have agreed to it.

"Anyway, I take the complaint positively and will table it to the board of councillors," he said.



On the replacement of road name plaques, he said the move was necessary to enhance Petaling Jaya's image as a city.

"The city cannot remain unchanged for decades. In fact, we need to replace the street lamp posts to spruce up the city's image.

"Can you imagine coming back to Petaling Jaya 10 years later and discover that nothing has changed? That should not be the way," he said.



read more

Tuesday, June 23, 2009

SPA sedia 3,500 jawatan untuk OKU 0 comments

Tuesday, June 23, 2009 |


MURUGIAH bertanyakan sesuatu kepada peserta Kem Motivasi Keluarga Integrasi Orang Kelainan Upaya di Petaling Jaya, semalam.


PETALING JAYA - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kini berusaha memenuhi kuota sekurang-kurangnya tujuh peratus atau 3,500 daripada 50,000 kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) akhir tahun ini.



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah berkata, Kabinet memutuskan perkara itu dan mempelawa golongan berkenaan menyertai sektor awam agar mereka tidak berasa tersisih.



"Kerajaan menggalakkan lebih ramai golongan OKU memohon jawatan ini terutamanya bagi mereka yang berkelulusan dan tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan penghantaran kira-kira 200 golongan OKU ke Kem Motivasi Keluarga Integrasi OKU di sini semalam.



Menurut Murugiah, golongan OKU perlu mengambil peluang itu untuk mengisi kekosongan jawatan yang ada memandangkan kerajaan telah memperbaiki skim gaji dan kemudahan kepada penjawat awam.



Sumber : Kosmo


read more

Launching of Web Accessibility Campaign, 25 Jun, 2009 0 comments

serving the blind since 1951
PRESIDENT VICE PRESIDENTS COUNCIL MEMBERS
YB Senator Prof Datuk Dr Ismail Dato' L Krishnan Prof. Datuk (Dr) Abdullah Mailm Baginda En. S. Hadi Abdullah
Bin Md. Salleh Mr. Liew Yoon Loy Prof. Dr. M. Chandra Sekaran (Dr) S. Radha Krishnan
Prof. Dato' Dr Veera Ramani Datin Fauziah Mohd Ramly Mr. S. Santhirasegaran
DEPUTY PRESIDENT Mr. P. Navaratnarajah Dato' Sayed A. Rahman Sayed Mohd.
Dato' S. Kulasegaran HON TREASURER Dr. P.O. Thomas Datin Tina Ali Kadir
Dato' Mohamad Iqbal Prof Dr. S. Balabaskaran Dr. Zakaria Osman
EX OFFICIO EX OFFICIO Secretary/
Dato' Meme Zainal Rashid En. Bong Muk Shin Executive Director
(Director General, Dept. Social Welfare, Malaysia) (Director, Dept. Special Education, Malaysia) Mr. George Thomas
MAB/ap/ict
17 June 2009
To the addressee,
Launch of Web Accessibility Campaign for Visually Impaired Persons by Deputy
Minister of Science, Technology & Innovation.
The Malaysian Association for the Blind (MAB) has been promoting access to information for the Blind
through ICT and multimedia (websites). MAB have started training personnel of IT Dept. at the Ministry of
Women, Family and Community Development to develop websites with W3C compliances by abiding various
concepts to achieve the above.
The Malaysian Association for the Blind is happy to announce that YB Tn Hj Fadillah Bin Yusof,
Deputy Minister of Ministry of Science, Technology and Innovations (MOSTI) will launch the Campaign for
Web Accessibility for the Blind as well as witness the MoU signing between Binary University College & MAB for
special projects on access for the Blind and cheque presentations from DENSO and Sony in promotion of ICT for
the Blind.
We would be most grateful if you could kindly attend this function. Your support is greatly appreciated.
Date: 25 June 2009 (Thursday)
Time: 9.30 am
Venue: Kompleks MAB (at Dewan MAB)
Jalan Tebing, Off Jalan Tun Sambanthan 4, 50470 Brickfields, K L
(Programme enclosed)
Yours sincerely
MALAYSIAN ASSOCIATION FOR THE BLIND
(George Thomas)
Executive Director
CC: YB Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh, President MAB


read more

Monday, June 22, 2009

Guru Cacat Penglihatan Terima Anugerah Guru Cemerlang 0 comments

Monday, June 22, 2009 |
       
BUKIT MERTAJAM, 18 Jun (Bernama) -- Cacat penglihatan bukan penghalang bagi seorang guru untuk menjadi pendidik cemerlang, sebaliknya ini membolehkannya lebih memahami pelajar-pelajar yang senasib dengannya.

Teow Cheng Poo, 49, guru Pendidikan Khas di SMK (P) St George, Pulau Pinang sudah sembilan tahun mengabdikan diri sebagai pembimbing kepada pelajar-pelajar cacat penglihatan sepertinya di sekolah berkenaan.

"Saya tidak pernah merasakan bahawa ianya sebagai satu beban untuk mengajar walaupun saya mempunyai masalah penglihatan dan menggunakan sistem braille dalam kelas," kata guru perempuan ini ketika dihubungi selepas menerima Anugerah Guru Cemerlang sempena sambutan Hari Guru Peringkat Negeri di sini, Khamis.

Anugerah itu disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di Dewan Mutiara Politeknik Seberang Perai.

Teow, yang cacat penglihatan sejak berusia 7 tahun, mengajar mata pelajaran Ekonomi, Bahasa Inggeris dan Sejarah untuk pelajar-pelajat Tingkatan Satu hingga Enam di sekolah berkenaan dan tidak pernah merasa terbeban dengan subjek yang sukar itu.

Selain mengajar pelajar cacat penglihatan, beliau juga mengajar kelas bimbingan untuk pelajar normal di luar waktu sekolah dan mendapat bantuan daripada rakan-rakan normal untuk memeriksa buku latihan mereka.

"Sekarang, dengan adanya teknologi canggih, sistem pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan kami banyak mengaplikasi sistem pendidikan melalui komputer yang mempunyai suara," katanya.

Beliau berkata, anugerah yang diterimanya itu akan menjadi pendorong untuk beliau lebih berusaha memperbaiki prestasi perkhidmatannya.

Selain anugerah guru cemerlang, majlis hari ini juga mengangkat tiga pendidik di Pulau Pinang sebagai Tokoh Guru Negeri dan mereka ialah pesara guru, Datuk Chuang Keng Kung, 71; Nora L. Isa, 58; dan K.Mohan, 64.

Chuang, yang pernah menjadi guru kanan pentadbiran di SJK (C) Kong Min Cawangan 2 berkata, kerjaya sebagai guru memang tidak dapat menjamin kekayaan tetapi ia memberikan kepuasan apabila murid-murid yang dididik berjaya dalam pelajaran dan bidang yang mereka ceburi.

Menurutnya, penglibatan beliau dalam bidang perguruan didorong oleh bapanya yang menganggap kerjaya guru itu adalah sesuatu yang mulia dan kerana itu tujuh daripada 12 adik beradiknya berkecimpung dalam bidang berkenaan.

Sumber: BERNAMA

read more

Wednesday, June 17, 2009

Orang Kurang Upaya (OKU) kini Orang Kelainan Upaya 0 comments

Wednesday, June 17, 2009 |


Kurang Upaya Secara Am

Orang yang kurang upaya (OKU) adalah :

"Seseorang yang tidak dapat menguruskan kehidupan sehariannya dengan sempurna akibat daripada masalah mental atau fizikal"

Lebih kurang 10% dari populasi penduduk mengalami pelbagai peringkat kurang keupayaan. Daripada jumlah tersebut, 6% boleh menyesuaikan diri dengan kekurangan mereka, 4% memerlukan rawatan pemulihan dan hanya 1% mengalami kurang upaya yang teruk.

Orang yang kurang upaya/cacat biasanya mempunyai kelebihan lain. Sebagai contoh, orang cacat penglihatan tidak mampu melihat, tetapi mempunyai deria lain yang lebih baik dari orang yang normal.

Walau bagaimanapun, perkara terpenting adalah belajar untuk menggunakan sepenuhnya kemampuan yang sedia ada.

Apakah jenis-jenis kurang upaya/ kecacatan?

  • Kecacatan penglihatan/buta
  • Kecacatan pendengaran/pekak
  • Kecacatan fizikal
    • contohnya 'Cerebral palsy, Stroke, Muscular Dystrophy, kecederaan tulang belakang, pemotongan anggota (Limb amputation)
  • Gangguan intelektual dan masalah dalam pembelajaran seperti terencat akal, 'dyslexia'
  • Masalah tingkahlaku seperti 'Autism, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)'
  • Masalah komunikasi

Walaupun kurang upaya/kecacatan telah diklasifikasikan namun seseorang itu mungkin boleh mendapat lebih dari satu jenis ketidakupayaan/kecacatan. Ia mampu menjejaskan seseorang pada masa-masa tertentu dalam hidupnya.

Apakah penyebab kurang upaya/kecacatan?

  • Sebab utama di kalangan bayi:
    • Genetik contohnya 'Downs Syndrome, Muscular Dystrophy'
    • Stress/tekanan kepada kandungan ibu terutamanya dalam 3 bulan kehamilan;
      • Penyakit semasa kehamilan seperti kencing manis, darah tinggi
      • Penyalahgunaan ubat seperti akohol, ubat-ubat tidak mematuhi preskripsi, merokok
      • Jangkitan kuman akibat 'rubela, syphilis'
    • Kekurangan zat makanan semasa hamil seperti kurang 'folic acid' boleh menyebabkan keadaan tertentu contohnya 'spina bifida, microcephaly, anencephaly
    • Kecederaan semasa hamil atau semasa proses melahirkan bayi yang menyebabkan kandungan lemas yang boleh menyebabkan kerosakkan kepada otak seperti 'Cerebral palsy'
    • Bayi mengalami penyakit kuning yang teruk (Kenicterus)

  • Sebab utama dikalangan kanak-kanak dan orang dewasa:
    • Jangkitan kuman seperti 'Heamophilus Influenza B' yang menyebabkan jangkitan pada selaput otak (meningitis) atau 'encephalitis' yang disebabkan oleh 'measles'
    • Kemalangan atau kecederaan seperti kecederaan fizikal, akibat bahan kimia, akibat terbakar kepada tubuh
    • Kekurangan zat makanan yang teruk seperti kekurangan vitamin A boleh menyebabkan rabun/buta
    • Kekurangan 'iodine' dalam badan yang menyebabkan keadaan 'Congenital Hypothyroidism' (terencat akal & susuk badan pendek)
    • Komplikasi dari penyakit-penyakit tertentu seperti kencing manis, angin ahmar (stroke)

Bolehkah kurang upaya/kecacatan ini dicegah?

Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kemungkinan mendapat kecacatan:

  1. Amalkan cara hidup yang sihat. Elakkan mengambil dadah, alkohol atau merokok.
  2. Elakkan dari terlibat dalam kemalangan atau kecederaan
  3. Dapatkan suntikan perlalian:
    • Setiap wanita perlu mendapatkan suntikan 'rubella' dan vaksin 'tetanus'
    • Setiap kanak-kanak perlu mendapatkan suntikan mengikut jadual perlalian yang terkini
  4. Rancang kehamilan anda. Dapatkan nasihat dari doktor/petugas penjagaan kesihatan berkenaan menjarakkan kehamilan, pembekalan 'folic acid' dan diet yang seimbang
  5. Memastikan sentiasa hadir pada setiap temujanji di klinik semasa proses kehamilan.

Saringan untuk kurang upaya atau kecacatan

Perlukah saringan untuk mengesan kurang upaya dilakukan?

YA

  1. Orang dewasa mungkin boleh memahami dan menerima kehilangan keupayaan deria mereka. Bagaimanapun dalam sesetengah kes, penilaian yang berterusan adalah perlu untuk mengesan awal kecacatan tersebut seperti:
    • Dapatkan ujian pendengaran secara berkala di tempat kerja
    • Melakukan ujian penglihatan secara berkala kepada pesakit-pesakit kronik seperti kencing manis

  2. Kanak-kanak tidak sedar atau tahu apa yang dimaksudkan dengan 'normal', oleh itu ibubapa, penjaga dan guru-guru mesti peka berkenaan perkembangan normal kanak-kanak tersebut. Jika berlaku kelembapan dalam perkembangannya, kanak-kanak tersebut mesti dibawa untuk saringan dan mengenalpasti masalah.

Bagaimana untuk mengesan kurang upaya atau kecacatan di kalangan kanak-kanak?

  • Melakukan pemeriksaan yang berkala dan tetap sepanjang kehamilan.
    • Pemeriksaan fizikal
    • 'ultrasound' kepada wanita hamil risiko tinggi terutama pada peringkat awal kehamilan

  • Ujian cecair 'amniotic' untuk mengesan keganjillan terhadap kromosom(amniocentesis)
  • Membuat penilaian perkembangan kanak-kanak di peringkat klinik-klinik kesihatan dalam perkara-perkara berikut:
    • Pergerakkan kasar
    • Kemahiran halus fungsi tangan
    • Menguruskan kehidupan seharian
    • Komunikasi dan pendengaran
    • Tingkahlaku dan kemahiran sosial

Langkah pemulihan

Apa yang perlu dibuat bila kurang-upaya atau kecacatan telah dikenal pasti?

Penjaga perlu memastikan kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat/kurang upaya:

  1. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
    • Borang pendaftaran ada disediakan di Jabatan Kebajikan Masyarakat/klinik kesihatan dan hospital-hospital.
    • Borang tersebut mesti disahkan oleh doktor bertauliah
    • Orang kurang upaya tersebut akan menerima kad pengenalan khas yang membolehkan mereka mendapat faedah-faedah di sebabkan oleh kecacatan mereka.
  2. Mendapatkan perkhidmatan pemulihan yang berkaitan dengan kecacatan mereka seperti:
    • Perubatan:
      • Langkah pemulihan dari segi :
        • Pemulihan anggota
        • Pemulihan carakerja
        • Pemulihan pertuturan
        • Kaunseling yang juga terdapat di hospital kerajaan dan swasta dan sesetengah klinik.

    • Pendidikan:.
      • Kanak-kanak kurang upaya perla didaftarkan dengan Jabatan Pendidikan Khas.

    • Sosial:
      • Untuk membolehkan orang kurang upaya belajar bergaul dengan orang lain.
      • Program Intervensi Awal di sesetengah klinik kesihatan.
      • Pusat Pemulihan 'Community Based' yang terdapat di seluruh negeri.

    • Latihan Vokasional.
      • Ada disediakan di sesetengah pusat di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan jenis kecacatan tertentu.

Bagaimana orang kurang upaya atau cacat boleh mendapatkan pekerjaan?

Maklumat tentang pekerjaan dan penempatan pekerjaan boleh dididapati dari:

Kumpulan Sokongan

  • Malaysian Council for Rehabilitation
    Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
    No 16 Lorong Utara A
    4th Floor, Room 3
    46200 Petaling Jaya, Selangor.
    Tel: 03-7955 3510

read more

Monday, June 15, 2009

Gantikan 'Orang Kurang Upaya' Dengan 'Orang Kelainan Upaya' 0 comments

Monday, June 15, 2009 |
Gantikan 'Orang Kurang Upaya' Dengan 'Orang Kelainan Upaya'

KEMAMAN, 13 Jun (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek mencadangkan agar penggunaan istilah 'orang kelainan upaya' (OKU) diperluaskan bagi menggantikan 'orang kurang upaya'.

Menurut beliau istilah orang kelainan upaya lebih menggambarkan keistimewaan dan kelebihan golongan itu berbanding istilah lama yang memberi maksud lebih negatif dan seolah-olah merendahkan keupayaan golongan itu.

"Kita mungkin terlalu terikut dengan perkataan bahasa Inggeris 'disable' yang menggambarkan ketidakupayaan serta kelemahan golongan ini sedangkan sebenarnya mereka mempunyai kelainan dan kelebihan luar biasa yang kadang kala tidak terdapat pada orang normal.

"Contohnya, atlet paralimpik yang mempunyai semangat dan iltizam yang tinggi, serta kebolehan yang kadang kala manusia sempurna sendiri tidak mempunyai keupayaan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup program 'Higher Institution National Expedition and Camping (HINEX) 2009' di sini hari ini.

Katanya, golongan OKU juga tidak ketinggalan menyumbang jasa dalam pembangunan negara termasuk menjadi pembuat kraftangan, doktor, guru, pensyarah, serta ahli perniagaan.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ahli Exco Majlis Pengakap Malaysia Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Rektor Kolej Universiti TATI, Dr Mohd Rozilan Mamat.

-- BERNAMA

Apa kata mereka?

1)Ulasan blog Amazing Syafiah

Sejak saya mendapat seorang cahaya mata terpilih, persepsi saya terhadap kehidupan ini berubah. Saya melihat mereka sebagai golongan yang hebat kerana kita tidak melalui apa yang mereka lalui. Kita tidak berada di atas meja bedah. Kita tidak rasa bagaimana kepala dijahit dan di'kopek'.

Apa ada pada istilah? Saya secara peribadi tak suka betul label dan perkataan OKU ni seperti mana saya tidak menggemari perkataan disable @ retard. Terfikirkah kita perbualan seperti ini mungkin wujud, "Ah.. dia tu OKU. Susah nak bergerak. Buat apa nak ambil dia bekerja?". Dengan wujudnya istilah ini, kita telah dengan tidak sengaja melabelkan/mengkategorikan golongan tersebut. Kelainan upaya dengan kurang upaya sama je. Tetap hasilkan label "OKU" jugak.

Inilah mentaliti masyarakat. Masyarakat perlu dididik untuk menghormati dan lebih sensitif terhadap golongan yang hebat ini. Ini tidak.. kadangkala segelintir yang educated pun pandang lain macam je bila orang² hebat ni lalu berhampiran mereka. Ada yang memandang sekali, banyak yang memandang banyak kali. Kepala anak saya mungkin saja nampak "kemek", dia mungkin saja tidak boleh duduk pada usia setahun lebih.. so what? Itu baru pandangan dan lirikan mata, belum lagi yang berkata-kata.

Di Indonesia misalnya, di penghujung bulan Mei 2009 golongan terpilih ini dikehendaki untuk memakai sign "for their safety". Perbincangan tersebut telah dibentangkan di dalam Parlimen Indonesia. Dan hasilnya, orang² terpilih ini telah mengadakan demonstrasi jalanan.

Dipetik dari blog Dianne:

But it says something about a society when they think the onus is on the person with a disability to label themselves as such, rather than on the road users to take due care with ALL pedestrians.



Disabled people demonstrate for equal rights in Jakarta


Saya bersetuju dengannya. Sepatutnya masyarakat mengambil tindakan proaktif untuk menjaga satu sama lain ketika di jalanraya apatah lagi menjaga golongan yang terpilih ini.

Bagaimana pula dengan pendirian anda?

p/s : Sorry la... saya tetap beranggapan kepala "kemek" dan perangai Syafiah tu adalah satu yang normal. Ya.. normal untuk saya yang melaluinya.


2)Ulasan blog Uthaya Shankar

Penggunaan istilah “Orang Kelainan Upaya” menggantikan “Orang Kurang Upaya” bukan sesuatu yang baru dalam kalangan ahli Kavyan.

Berbekalkan pengalaman saya sendiri bergaul bersama beberapa OKU, ternyata mereka bukan “kurang upaya” sebaliknya memiliki “kelainan upaya”.

Antara rakan-rakan saya yang secara kebetulan tergolong sebagai OKU ialah Sumitha Ramasami, Bathmavathi Krishnan dan Prakash Suriyamurthy.

Malah, saya mengenali Thivya, gadis dari Simpang, Taiping yang buta, pekak dan bisu sejak bayi tetapi jauh lebih berbakat daripada “Orang Upaya”.

“Kelainan” upaya golongan OKU ada juga saya “lahirkan” melalui beberapa cerpen yang turut dimuatkan dalam Kathakali.

Tentu sahaja “kelainan upaya” yang saya “lahirkan” melalui karya adalah berdasarkan kekaguman saya terhadap beberapa individu OKU yang saya kenali secara peribadi.

Apapun, tentulah hakikat OKU lebih sesuai disebut sebagai “Orang Kelainan Upaya” dan bukannya “Orang Kurang Upaya” tidak dipandang orang apabila dinyatakan oleh pihak Kavyan atau “Rakyat” atau OKU sendiri.

Beberapa OKU yang saya temui memang tidak setuju dengan label “kurang upaya” tetapi tentulah suara mereka tidak didengar oleh mana-mana media.

Sebaliknya, kenyataan itu menjadi berita penting apabila disebut oleh Menteri Belia dan Sukan, lalu dilaporkan oleh kebanyakan media pada 14 Jun 2009.

Siapalah Kavyan, siapalah OKU dan siapalah Rakyat berbanding menteri.

SuaraOKU Kata : Sokong istilah ini ditukar 100% !!!

read more

Tuesday, June 9, 2009

Capaian OKU di Portal Perpustakaan Negara 0 comments

Tuesday, June 9, 2009 |

CAPAIAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)

  • Portal Perpustakaan Negara Malaysia menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Bagi pengguna cacat penglihatan, panduan penggunaan W3C adalah seperti berikut:
  • Dapatkan IE Page Reader di sini
  • Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun MS Speech API. Jika anda menggunakan Windows2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini
  • Anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech Engine . Speech Engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain
  • Untuk arahan selanjutnya bagi menggunakan komponen ini, sila klik di sini
  • Maklumat lanjut mengenai W3C
Sumber : PNM

read more

Sunday, June 7, 2009

AKTA OKU menjamin kualiti hidup OKU? 0 comments

Sunday, June 7, 2009 |



SUATU forum membincangkan Akta Orang Kurang Upaya 2008: Apa Seterusnya? telah diadakan di auditorium Majlis Peguam pada 17 Januari 2009. forum tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Dr. Ng Yen Yen. Walau bagaimanapun beliau telah tidak dapat hadir dan menghantar wakilnya.


Dalam ucapan alu-aluan, presiden Majlis Peguam Malaysia telah menggesa kerajaan untuk lebih proaktif dalam memastikan komitmen yang jitu bagi membangunkan OKU di negara ini.

Dalam sesi pertama yang dipengerusikan oleh Hon Kai Ping, perbincangan tentang Akta Tersebut secara pandangan seimbas lalu telah dimulakan. Helen L. M. Chin selaku pengerusi penganjuran telah menyentuh serba sedikit sejarah panjang ke arah pewartaan Akta Tersebut. Dalam pembentangannya, beliau antara lain menyentuh akan beberapa peruntukan yang boleh dikatakan bercanggah sama sendiri dalam Akta Tersebut.

Seksyen 41 Akta Tersebut misalnya telah memperuntukkan suatu perlindungan kepada kerajaan dan badan-badan di bawahnya dari tindakan undang-undang. Dalam masa yang sama Seksyen 42 pula menyebut akan pemakaian Akta Perlidungan Pihak-Pihak Berkuasa Awam 1948 yang lebih dikenali sebagai PAPA. PAPA adalah suatu undang-undang yang menggalurkan peruntukkan undang-undang bilamana pihak berkuasa awam berhadapan dengan tindakan undang-undang oleh mana-mana pihak.

Kedua-dua peruntukan ini menimbulkan kekeliruan yang amat nyata. Dalam masa yang sama kerajaan boleh dilindungi dari tindakan undang-undang dan juga boleh tertakluk kepada tindakan undang-undang.


Helen seterusnya membincangkan Seksyen 28 Akta Tersebut yang memperuntukkan hak kepada pendidikan kepada OKU sejak kanak-kanak hingga ke peringkat tinggi termasuklah pendidikan sepanjang hayat. Beliau merujuk suatu peraturan yang digubal di bawah Akta Pendidikan 1996 yang dikhususkan kepada sistem pendidikan khas. Apa yang menghairankan, peraturan di bawah Akta Pendidikan 1996 tersebut memperkenalkan suatu konsep "educable" iaitu keupayaan menerima pendidikan dan "uneducable" iaitu ketidakupayaan menerima pendidikan. Hanya kanak-kanak yang terjatuh di bawah "educable" sahaja yang akan mendapat pendidikan khas. Justeru apakah maknanya peruntukan seksyen 28 Akta OKU 2008 yang memberihak pendidikan kepada semua OKU sejak kanak-kanak? Percanggahan ini merupakan suatu yang jelas dan sehingga kini tiada suatu keselarasan dibuat.


Panel kedua iaitu Bathmavathi Krishnan yang merupakan setiausaha Malaysian Confederation for The Disabled melebarkan lagi kepincangan-kepincangan yang terdapat dalam Akta OKU 2008. antara yang disentuh beliau termasuklah penubuhan Majlis Kebangsaan Bagi Orang-orang Kurang Upaya di bawah seksyen 3. selain 9 orang ahli Majlis yang ditetapkan di bawah perenggan (2), subperenggan (j) turut menetapkan 10 orang perlu dilantik dari mereka yang faham perihal OKU. 10 orang ahli lantikan di bawah perenggan (j) tersebut tidak pula secara nyata menyebut sama ada mereka yang dilantik itu merupakan OKU atau sebaliknya. Ketidaktentuan tentang perlantikan 10 ahli majlis itu menggusarkan kerana tiada suatu ketetapan khusus yang diperuntukkan bagi memastikan perlantikan 10 orang tersebut benar-benar berupaya membawa perubahan dan membangunkan nasib OKU.


Majlis di bawah Akta OKU 2008 ini merupakan suatu antiti yang amat penting kerana ia berupaya membuat peraturan bagi kepentingan OKU dan membuat kawal selia terhadap undang-undang yang sedia ada bagi kepentingan OKU.

Keupayaan majlis ini amatlah diharapkan bagi memastikan kepentingan OKU dalam negara benar-benar tyerpelihara.


Panel ketiga, Mohammad Faizal Che Yusof yang merupakan seorang peguam OKU penglihatan lebih menyentuh dari aspek pelaksanaan Akta OKU 2008. sebagai contohnya dalam aspek pendidikan, beliau membangkitkan akan pelbagai unit dan jabatan yang terlibat dalam membangunkan pendidikan khas seolah-olah berasingan dari sudut perlaksanaan dengan sistem pendidikan khas yang ingin dibina di bawah Akta Pendidikan 1996. beliau membangkitkan ada antara guru-guru pendidikan khas sama ada di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Khas atau langsung di bawah Kementerian Pelajaran yang tidak memahami sistem pendidikan khas yang didokong. Amat menghairankan bilamana ada guru-guru yang mengajar murid OKU penglihatan yang tidak berupaya membaca tulisan braille. Malah ada antara guru-guru ini bergantung kepada pelajarnya untuk membaca tulisan braille.


Mohammad Faizal turut menyarankan agar suatu pusat serenti diwujudkan bagi membantu ke arah perlaksanaan seksyen 29 iaitu hak pekerjaan kepada OKU. Pusat sereti tersebut amat diperlukan bagi menyokong OKU yang memulakan kerjaya bagi membantu OKU terbabit memberi perkhidmatan terbaik meskipun dalam keupayaan terbatasnya.

Pada kesempatan tersebut, beliau turut mencadangkan agar suatu syarikat berkaitan kerajaan diwujudkan bagi menyediakan suatu sistem pemilikan perumahan yang mampu dimiliki oleh OKU. Pada masa kini OKU dihalang memiliki kediaman sendiri bilamana berhadapan dengan kesulitan memperolehi pinjaman rumah dan karenah politik bilamana cuba mendapatkan peruntukan rumah-rumah yang disediakan kerajaan.


Dalam sesi kedua, panel pertamanya iaitu Ravi Nekoo mengkhususkan hak-hak yang wajar diberi kepada OKU bila berhadapan dengan proses pendakwaan atau seumpamanya. Beliau membangkitkan akan tiadanya prasarana bagi membantu OKU dalam sistem keadilan jenayah seperti juru bahasa yang sesuai kepada OKU pendengaran di mahkamah-mahkamah dan tiadanya mereka yang pakar di balai-balai polis yang berupaya menangani OKU mental yang terlibat dengan kes-kes jenayah. Keadaan ini hanya akan mendatangkan kesulitan kepada OKU yang terlibat seterusnya mewujudkan ketidakadilan kepada mereka.


Rata-rata panel foruim bersetuju bahawa Akta OKU 2008 hanyalah suatu dokumen yang lebih bersifat kosmetik dan amat diragui akan keupayaannya membela golongan OKU secara berkesan. Meskipun begitu, mereka turut bersetuju Akta Tersebut suatu langkah permulaan yang perlu dituruti dengan komitmen yang sepenuh dan sewajarnya oleh semua pihak terutamanya kerajaan.

Dalam sesi soal jawab, hampir kesemua peserta yang berpeluang menyampaikan pandangan menyatakan akan kekecewaan mereka terhadap pembelaan kepada OKU meskipun Akta OKU 2008 telah diwartakan.


Bagi Mohammad Faizal, OKU hanya terbela bilamana golongan itu dapat dikaitkan dengan kepentingan politik parti yang memerintah. Tanpa dorongan politik, nasib OKU dalam negara ini disifatkan kabur dan tidak menentu. Pandangan beliau tersebut dikaitkan bilamana pembentangan Akta OKU 2008 dibuat secara tergesa-gesa tanpa suatu tinjauan yang meluas dari mereka yang sewajarnya. Ini ditambah pula kelulusan di Dewan Rakyat tanpa dibahaskan dan hanya dibahaskan oleh seorang senator dewan di peringkat Dewan Negara. Ini menunjukkan nasib OKU dalam negara bukanlah menjadi isu utama oleh kebanyakan ahli politik lantas pelbagai kepincangan diserlahkan dalam akta yang diwartakan pada 7 Julai 2008 yang lalu.


Harus disedari bahawa bilangan OKU akan meningkat dari semasa atas pelbagai faktor dan antarabangsa mengiktiraf bahawa Kurang Upaya adalah suatu konsep yang sentiasa berkembang sekaligus meruntun suatu perancangan yang rapi. 22 Muharam 1430H.


Sumber : Buletin Prihatin


read more

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog