Showing posts with label Semangat OKU. Show all posts
Showing posts with label Semangat OKU. Show all posts

Sunday, October 25, 2009

OKU Perlu Belajar Berdikari : Elak Eksploitasi Diri dan Dihina 0 comments

Sunday, October 25, 2009 |


Orang Kurang Upaya.

Pada namanya, kita sebagai manusia mesti ada rasa kasihan.

Tapi kenapa mesti mengeksploitasikan diri sendiri?

Mintak sedekah sana sini.

Orang kurang upaya ni, bukannya kurang segala tubuh badan. Sikit je.

Mungkin takder kaki, tapi masih ada mata, dan tangan.

Mungkin takder mata, tapi masih ada tangan dan kaki.

Mungkin takder tangan, tapi masih ada kaki.

Well, I personally know a person yang memang sejak dari lahir tak ada both hands. But he went to school like normal people, belajar macam biasa.

He writes, he eats, with his legs. Tuhan bagi flexibility to his legs, so he can do everything dengan kaki. Alhamdulillah, he managed to enroll himself as a law student in UiTM. Malah, dia masih ada kudrat untuk join MERCI ke Acheh dan memberi pulak bantuan kepada orang lain yang dikira lebih memerlukan.

Semua orang ada pendapat masing-masing.

Bagi saya, they should lead a normal life. Go to normal schools, Bergaul with normal people. Because selagi they are normal mentally, maksudnya mereka normal. But of course during exams, and their learning hours should be extended, and maybe the teachers should give some support whenever they need it. Tapi jangan sampai merendahkan diri sendiri dan minta dikasihani. Itu jalan mudah.

Tak salah kalau kita derma kepada OKU yang sedang berusaha. Jual barang, for example tissue packet. Kalau rasa nak bantu, beli lah tissue tu, kalau jual RM 1, bayar la RM 2. Takpe. Tapi yang berjalan ke hulu ke hilir bawa tong kosong dengan tongkat, kepit baby bawah ketiak mintak sedekah… itu tak patut.

Bayangkan, orang buta pun masih boleh menganyam tikar. Sebab Tuhan tu Maha Kuasa. Setiap orang ada cacat celanya, dan ada kemahiran masing-masing. Gunakan lah dengan sehabis baik. Gambar yang di atas ni, orang-orang buta sedang sailing. Sebab bagi mereka, mereka cacat penglihatan, tapi tangan dan kaki masih boleh digunakan.
God Bless.
Hari ni, ada pulak berita OKU ditangkap kerana merogol gadis bawah umur. Hmm.. bila nak mintak belas kasihan, tahu nak mengasingkan diri dari normal people, tak payah kerja sebab cacat, tak sama macam orang lain. Tapi, bila nafsu dah macam binatang, “saya hanya manusia biasa”.

Dekat KL Sentral, hari tu tengah ramai-ramai orang jalan tu, ada lah satu mamat OKU ni, konon mintak sedekah, tapi bermain dengan ‘anu’ nya kat situ. Aduhai...

Tak tahu nak kata.

Our RearView

read more

Monday, June 15, 2009

Gantikan 'Orang Kurang Upaya' Dengan 'Orang Kelainan Upaya' 0 comments

Monday, June 15, 2009 |
Gantikan 'Orang Kurang Upaya' Dengan 'Orang Kelainan Upaya'

KEMAMAN, 13 Jun (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek mencadangkan agar penggunaan istilah 'orang kelainan upaya' (OKU) diperluaskan bagi menggantikan 'orang kurang upaya'.

Menurut beliau istilah orang kelainan upaya lebih menggambarkan keistimewaan dan kelebihan golongan itu berbanding istilah lama yang memberi maksud lebih negatif dan seolah-olah merendahkan keupayaan golongan itu.

"Kita mungkin terlalu terikut dengan perkataan bahasa Inggeris 'disable' yang menggambarkan ketidakupayaan serta kelemahan golongan ini sedangkan sebenarnya mereka mempunyai kelainan dan kelebihan luar biasa yang kadang kala tidak terdapat pada orang normal.

"Contohnya, atlet paralimpik yang mempunyai semangat dan iltizam yang tinggi, serta kebolehan yang kadang kala manusia sempurna sendiri tidak mempunyai keupayaan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup program 'Higher Institution National Expedition and Camping (HINEX) 2009' di sini hari ini.

Katanya, golongan OKU juga tidak ketinggalan menyumbang jasa dalam pembangunan negara termasuk menjadi pembuat kraftangan, doktor, guru, pensyarah, serta ahli perniagaan.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ahli Exco Majlis Pengakap Malaysia Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Rektor Kolej Universiti TATI, Dr Mohd Rozilan Mamat.

-- BERNAMA

Apa kata mereka?

1)Ulasan blog Amazing Syafiah

Sejak saya mendapat seorang cahaya mata terpilih, persepsi saya terhadap kehidupan ini berubah. Saya melihat mereka sebagai golongan yang hebat kerana kita tidak melalui apa yang mereka lalui. Kita tidak berada di atas meja bedah. Kita tidak rasa bagaimana kepala dijahit dan di'kopek'.

Apa ada pada istilah? Saya secara peribadi tak suka betul label dan perkataan OKU ni seperti mana saya tidak menggemari perkataan disable @ retard. Terfikirkah kita perbualan seperti ini mungkin wujud, "Ah.. dia tu OKU. Susah nak bergerak. Buat apa nak ambil dia bekerja?". Dengan wujudnya istilah ini, kita telah dengan tidak sengaja melabelkan/mengkategorikan golongan tersebut. Kelainan upaya dengan kurang upaya sama je. Tetap hasilkan label "OKU" jugak.

Inilah mentaliti masyarakat. Masyarakat perlu dididik untuk menghormati dan lebih sensitif terhadap golongan yang hebat ini. Ini tidak.. kadangkala segelintir yang educated pun pandang lain macam je bila orang² hebat ni lalu berhampiran mereka. Ada yang memandang sekali, banyak yang memandang banyak kali. Kepala anak saya mungkin saja nampak "kemek", dia mungkin saja tidak boleh duduk pada usia setahun lebih.. so what? Itu baru pandangan dan lirikan mata, belum lagi yang berkata-kata.

Di Indonesia misalnya, di penghujung bulan Mei 2009 golongan terpilih ini dikehendaki untuk memakai sign "for their safety". Perbincangan tersebut telah dibentangkan di dalam Parlimen Indonesia. Dan hasilnya, orang² terpilih ini telah mengadakan demonstrasi jalanan.

Dipetik dari blog Dianne:

But it says something about a society when they think the onus is on the person with a disability to label themselves as such, rather than on the road users to take due care with ALL pedestrians.



Disabled people demonstrate for equal rights in Jakarta


Saya bersetuju dengannya. Sepatutnya masyarakat mengambil tindakan proaktif untuk menjaga satu sama lain ketika di jalanraya apatah lagi menjaga golongan yang terpilih ini.

Bagaimana pula dengan pendirian anda?

p/s : Sorry la... saya tetap beranggapan kepala "kemek" dan perangai Syafiah tu adalah satu yang normal. Ya.. normal untuk saya yang melaluinya.


2)Ulasan blog Uthaya Shankar

Penggunaan istilah “Orang Kelainan Upaya” menggantikan “Orang Kurang Upaya” bukan sesuatu yang baru dalam kalangan ahli Kavyan.

Berbekalkan pengalaman saya sendiri bergaul bersama beberapa OKU, ternyata mereka bukan “kurang upaya” sebaliknya memiliki “kelainan upaya”.

Antara rakan-rakan saya yang secara kebetulan tergolong sebagai OKU ialah Sumitha Ramasami, Bathmavathi Krishnan dan Prakash Suriyamurthy.

Malah, saya mengenali Thivya, gadis dari Simpang, Taiping yang buta, pekak dan bisu sejak bayi tetapi jauh lebih berbakat daripada “Orang Upaya”.

“Kelainan” upaya golongan OKU ada juga saya “lahirkan” melalui beberapa cerpen yang turut dimuatkan dalam Kathakali.

Tentu sahaja “kelainan upaya” yang saya “lahirkan” melalui karya adalah berdasarkan kekaguman saya terhadap beberapa individu OKU yang saya kenali secara peribadi.

Apapun, tentulah hakikat OKU lebih sesuai disebut sebagai “Orang Kelainan Upaya” dan bukannya “Orang Kurang Upaya” tidak dipandang orang apabila dinyatakan oleh pihak Kavyan atau “Rakyat” atau OKU sendiri.

Beberapa OKU yang saya temui memang tidak setuju dengan label “kurang upaya” tetapi tentulah suara mereka tidak didengar oleh mana-mana media.

Sebaliknya, kenyataan itu menjadi berita penting apabila disebut oleh Menteri Belia dan Sukan, lalu dilaporkan oleh kebanyakan media pada 14 Jun 2009.

Siapalah Kavyan, siapalah OKU dan siapalah Rakyat berbanding menteri.

SuaraOKU Kata : Sokong istilah ini ditukar 100% !!!

read more

Saturday, May 2, 2009

OKU “besi” berbasikal solo dari Kuching ke Miri 0 comments

Saturday, May 2, 2009 |
Ekspedisi Solo Berbasikal Orang Kurang Upaya (OKU) yang menampilkan seorang anak tempatan, Junaidi Pauzan akan memulakan jelajah berbasikal secara solo dari Bandaraya Miri ke Bandaraya Kuching sejauh 900 kilometer.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Damai merangkap Pengerusi Program Ekspedisi Solo Orang Kurang Upaya 2009 berkata, program tersebut akan diadakan pada 1 Julai hingga 21 Julai depan dan mengambil masa selama 21 hari.
Jelas beliau lagi, Junaidi akan memulakan perjalanan dari Pejabat Residen Miri dan setiap perjalanan akan mengambil masa lapan hingga sembilan jam sejauh 50 hingga 60 kilometer sehari.

Abdul Rahman berkata antara bandar-bandar yang akan menjadi tempat persinggahan beliau adalah Bintulu, Sibu, Sarikei, Sri Aman dan Serian sebelum berakhir di Waterfront, Kuching.
Tambah beliau, Junaidi adalah seorang atlet OKU yang mewakili negeri Sarawak dalam sukan paralimpik selain pernah mencipta rekod peribadi dengan berenang merentasi Laut China Selatan dari Pulau Satang Besar ke Pantai Santubong sejauh 19 batu dalam masa 8 jam 30 minit pada tahun 2008.

“Objektif ekspedisi ini diadakan adalah agar Junaidi mampu menjadi ‘role model’ kepada anak-anak muda supaya mempunyai keyakinan dan semangat yang tinggi untuk berjaya dalam kehidupan selain sebagai cabaran kepada kemampuan
golongan OKU untuk membuktikan bahawa mereka juga berkemampuan untuk menyahut cabaran seperti orang biasa,” ujarnya.
Tambah Abdul Rahman lagi, Junaidi telah memulakan latihan sebagai persediaan ekspedisi solo tersebut.
Ekspedisi ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

read more

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog