Saturday, March 28, 2009

200 pelajar Orang Kurang Upaya(OKU) lepasan SPM akan terima biasiswa kerajaan

Saturday, March 28, 2009 |

2,000 biasiswa lepasan SPM

KOTA KINABALU 27 Mac - Kerajaan menawarkan 2,000 peluang biasiswa melanjutkan pelajaran bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negara tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok berkata, tawaran itu dibahagi kepada empat kategori iaitu 20 peratus untuk pelajar terbaik di seluruh negara dan 60 peratus untuk pelajar yang layak.

Katanya, 10 peratus lagi adalah untuk pelajar dari Sabah dan Sarawak manakala 10 peratus lagi dikhaskan bagi kes tertentu seperti pelajar orang kurang upaya (OKU).

''Bagaimanapun, Sabah dan Sarawak mempunyai sedikit keistimewaan kerana selain mendapat 10 peratus atau sebanyak 200 biasiswa, mereka turut layak memohon kategori yang lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah (SM) Shan Tao, di Likas, dekat sini, hari ini.

Menurutnya, 10 peratus biasiswa untuk Sabah dan Sarawak itu akan dibahagi sama rata iaitu masing-masing mendapat lima peratus atau 100 biasiswa untuk setiap negeri.

''Dengan cara ini, kita harap akan dapat atasi semua masalah yang timbul pada tahun-tahun lepas di mana ada pemohon yang ditemuduga tetapi apabila diumumkan keputusan, ramai yang tidak puas hati," katanya.

Bagaimanapun, jelasnya, biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar Sabah dan Sarawak adalah khusus untuk bumiputera sahaja.

Beliau memberitahu, sebelum ini tidak sampai 100 biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar Sabah dan Sarawak.

''Sebenarnya ini adalah persaingan, mungkin mereka juga layak cuma kelayakan mereka tidak setanding dengan pencapaian pelajar sekolah di Semenanjung,'' katanya.

Beliau berkata, bagi 60 peratus atau 400 biasiswa yang ditawarkan kepada semua pelajar yang layak di seluruh negara, 60 peratus atau 720 biasiswa adalah untuk bumiputera manakala 40 peratus atau 480 biasiswa lagi untuk bukan bumiputera.
-Utusan Online


Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog