SEREMBAN 1 April - Setelah hampir dua tahun menunggu, seorang anggota polis yang dipotong kaki kanannya akibat penyakit kencing manis akan menerima kaki palsu sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.
Sebelum ini, Koperal T. Balakrishna, 48, yang pernah diserang angin ahmar terpaksa menggunakan kerusi roda sumbangan rakan-rakannya untuk bergerak.
Dia berkata, kaki palsu yang bakal diterima itu dapat membantu memudahkan lagi pergerakannya.
''Saya gembira menerima kaki palsu setelah sekian lama menunggu," ujarnya ketika ditemui di rumahnya dekat Senawang di sini selepas dikunjungi Pengerusi Badan Perhubungan MIC negeri, Datuk T. Rajagopalu.
Hadir sama ialah Penolong Pengarah Kanan (Bahagian Bantuan) JKM negeri, Hashim Kidam.
Dalam pada itu, Rajagopalu memberitahu, JKM negeri perlu memproses permohonan kad orang kurang upaya (OKU) Balakrishna sebelum bantuan disalurkan.
Menurut beliau, kelulusan kad OKU akan mengambil masa kira-kira seminggu dan selepas itu JKM negeri akan memproses permohonan untuk mendapatkan kaki palsu yang dikemukakan oleh Balakrishna.
''Balakrishna perlu hadir ke Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan JKM di Bangi, Selangor supaya ukuran untuk kaki palsunya boleh diambil," jelasnya.
Menurut Rajagopalu, JKM hanya dapat memberi bantuan kaki palsu kepada Balakrishna pada masa ini kerana dia masih lagi dibayar gaji bulanan oleh majikannya.
Tambah beliau, bantuan tidak dapat disalurkan segera kepadanya memandangkan Balakrishna tidak mendaftar dengan JKM negeri sebelum ini.
Sehubungan itu, katanya, beliau meminta orang ramai yang ingin memohon bantuan kebajikan supaya menghubungi JKM negeri untuk mendapatkan maklumat lanjut atau pendaftara
-Utusan Online
0 comments:
Post a Comment