Sunday, April 5, 2009

Orang Kurang Upaya(OKU) juga mampu berjaya jika di berikan peluang.

Sunday, April 5, 2009 |


Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM


SIK – Orang kurang upaya (OKU) mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan Allah S.W.T.

Ini dibuktikan oleh Encik Ridzuan Ahmad, 32, Kampung Masjid Jeneri, Sik, di mana beliau telah membuktikan dengan usaha serta keazaman untuk memajukan diri dapat dilakukan walaupun dirinya berada dalam serba kekurangan.

Beliau yang cacat pada tangan serta kaki telah berjaya menjalankan perniagaan, iaitu menyediakan perkhidmatan sistem bunyi, atau dikenali sebagai ‘PA system’ sejak tiga tahun yang lalu dengan bermodalkan RM4,000.

Perniagaan ini adalah milikan tunggal, tetapi beliau turut dibantu oleh beberapa penduduk kampung serta kawan-kawan yang sudi menolongnya ketika proses mengangkat serta pemasangan alat-alat sistem bunyi tersebut.

Menurut Ridzuan, ‘PA system’ beliau selalunya ditempah pada majlis perkahwinan serta rasmi dan ceramah yang diadakan di sekitar Sik. Namun, tempahan ini adalah bermusim, memandangkan program-program berkenaan tidak diadakan setiap hari.

“Orang guna PA system ni bila ada kenduri kahwin, ceramah saja, jadi pendapatan saya mengikut musim, jika banyak tempahan, banyaklah dan sebaliknya,” jelas beliau.

Beliau yang menyertai Persatuan OKU Daerah Sik menyuarakan hasrat yang terbuku di hati mengenai peluang-peluang kerjaya yang terdapat di Malaysia ini tidak mampu diceburi oleh golongan seperti mereka disebabkan masyarakat masih tidak yakin dengan keupayaan serta kemahiran mereka.

“Saya mewakili kawan-kawan yang senasib dengan saya memberi cadangan agar pihak kerajaan pantau kesulitan yang dialami oleh kami agar dapat berdikari seperti orang sempurna yang lain.

“Dengan ini, kami tidak perlu lagi mengharapkan sumbangan serta bantuan daripada orang ramai bagi menampung keperluan hidup, saya bernasib baik dapat jalan kerja ni untuk sara hidup,” ujar beliau.

Jadi, sebagai manusia yang sempurana fizikal dan mental, hargailah nikmat serta kesempurnaan yang dikurniakan Allah S.W.T. dengan berusaha sedaya yang mungkin untuk kemajuan diri.
-Warta Darul Aman


Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog