Friday, March 27, 2009

Alhamdullillah syukur, ada peruntukkan untuk OKU..

Friday, March 27, 2009 |

PAKEJ RANGSANGAN KEDUA EKONOMI NEGARA

TERAS KEDUA: MERINGANKAN BEBAN RAKYAT, TERUTAMA GOLONGAN MUDAH TERJEJAS

30. Usaha membasmi kemiskinan tetap menjadi agenda utama dan kita berazam untukmenghapuskan kemiskinan tegar menjelang tahun 2010. Kerajaan akan memastikan usaha yang berterusan dibuat untuk pekebun sawit dan penoreh getah yang terjejas pendapatan, dibantu dari segi skim tanaman semula, tanaman integrasi dan ternakan melalui agensi-agensi yang berkaitan. Sekiranya kumpulan pekebun-pekebun kecil ini mengalami kejatuhan harga kepala sawit dan getah yang menyebabkan pendapatan mereka kurang daripada paras garis kemiskinan, Kerajaan akan mempastikan mereka juga mendapat faedah daripada Skim Jaringan Keselamatan Sosial. Untuk meringankan beban rakyat terutamanya golongan mudah terjejas, usaha akan diambil untuk menambahkan pendapatan boleh guna isi rumah. Langkah ini juga akan memastikan agenda masyarakat penyayang terus diamalkan walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Semua ini membuktikan bahawa kita adalah barisan pembela rakyat yang menggalas amanah dengan penuh tanggung jawab.

31. Kerajaan telah memperuntukkan pelbagai subsidi, insentif dan bantuan bagipenggunaan bahan bakar, program jaminan makanan, skim biasiswa dan bantuanpendidikan serta program kebajikan masyarakat. Peruntukan subsidi dan bantuan lain berjumlah 34.1 bilion ringgit atau 22 peratus daripada jumlah belanja mengurus pada tahun 2008. Daripada jumlah ini, 18.1 bilion ringgit merupakan subsidi minyak, 6 bilion ringgit dalam bentuk bantuan termasuk bantuan pelajar, orang kurang upaya dan keluarga miskin dan 3 bilion ringgit untuk bantuan makanan serta 7 bilion bagi lain-lain bantuan.

32. Kerajaan sentiasa prihatin terhadap kerumitan yang dihadapi rakyat dan akanberusaha supaya harga barangan keperluan dan kos pengangkutan tidak membebankanrakyat.Sebagai langkah meneruskan usaha murni ini, Kerajaan menyediakan peruntukantambahan sebanyak 674 juta ringgit sebagai subsidi untuk mengelakkan kenaikan hargabahan makanan harian seperti gula, roti dan tepung gandum. Tanpa subsidi ini, harga gulaakan meningkat 47 sen sekilo, tepung gandum akan meningkat 60 sen sekilo dan roti bagi 400 gram meningkat 26 sen. Selain itu, Kerajaan juga telah menyediakan 480 juta ringgit supaya kadar tol tidak dinaikkan agar dapat membantu rakyat. Dengan ini, Kerajaan memperuntukkan 27.9 bilion ringgit bagi menampung keperluan subsidi untuk tahun 2009.

Harap-harap sampai golongan sasar ya...

Orang nak bantu ambil sahaja hehehe.


Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog