Friday, March 27, 2009

ADUN minta JKM kaji bantuan

Friday, March 27, 2009 |
KUANTAN – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diminta membuat kajian terhadap penyaluran bantuan kepada tiga anak orang kurang upaya pasangan Mohd Nawi, 50 dan Sabariah Taib, 48 di Kampung Batu Enam Kolek, Sungai Lembing, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah berkata, bantuan sebanyak RM50 setiap daripada mereka tidak mencukupi dan perlu dikaji semula.

Menurutnya, bantuan sejumlah itu tidak mampu memenuhi tuntutan terhadap keperluan mereka selain pendapatan yang diperoleh Mohd Nawi juga kecil untuk memberi kehidupan lebih selesa kepada nak-anaknya.

“Saya amat berharap JKM dapat mengkaji semula perkara ini kerana dengan mengambil kira keadaan hari ini, bantuan sebanyak ini tidak lagi mencukupi kepada mereka.

“Saya amat berharap bantuan ini dapat ditingkatkan kerana saya difahamkan ketua keluarga hanya bekerja sebagai tukang kebun dengan pendapatan bersih RM450 sebulan,” katanya ketika diminta mengulas nasib yang menimpa keluarga itu.

Dalam masa sama, Md Sohaimi turut mengulas tindakan Biro Infrastruktur, Ekonomi dan Perniagaan UMNO Bahagian Paya Besar mengadakan lawatan keluarga itu tanpa memaklumkan kepada penghulu atau ketua kampung terbabit.

Menurutnya, maklumat kepada penghulu dan ketua kampung amat penting untuk mengelakkan percanggahan berlaku sehingga boleh menimbulkan salah faham pihak berkenaan.

“Sebelum membuat lawatan biro sepatutnya memaklumkan kepada mereka berkenaan. Kita tidak mahu wujud sebarang masalah atau percanggahan maklumat sehingga menimbulkan suasana kurang selesa.

:“Kita amat mengalu-alukan lawatan daripada biro ini tetapi biarlah mengikut prosedur biasa kerana ia akan mempengaruhi hubungan dua hala kedua pihak pada masa akan datang,” katanya.


Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog