Friday, March 27, 2009

Mahu melancong ke Britain?

Friday, March 27, 2009 |

Mahu melancong ke Britain?
Jangan risau. Kerana pelbagai kemudahan disediakan untuk pelawat Orang Kurang Upaya di Britain.
Diskaun untuk panggung wayang,pusat pelancongan dan pelbagai aktiviti kesenian juga disediakan.
Tambang pun dah murah. Kerana tawaran yang menjimatkan dari Air Asia X.

Kalau wang lebih apa salahnya. Sesekali melancong yang penting tempatnya mesti mesra OKU.

Untuk maklumat lanjut sila baca artikel di bawah :

Pelawat kurang upaya di Britain

Britain mengalu-alukan pelawat yang kurang upaya. Banyak tempat-tempat awam, termasuk yang khas untuk pelancong, kini boleh diakses oleh pengguna kerusi roda dan semakin banyak hotel dan restoran berbesar hati untuk menerima orang kurang upaya dan penjaga mereka. Diskaun istimewa boleh didapati di tempat-tempat pelancongan, pertunjukan dan konsert. Telefon box office lebih awal untuk menempah tempat duduk atau peralatan istimewa. Lihat juga National Accessible Schemes (lihat nota dibawah) untuk maklumat tentang tempat tinggal dengan kemudahan istimewa untuk pelawat kurang upaya.


Nombor-nombor berguna yang boleh dihubungi


Holiday Care/Tourism for All Holidays Ltd
7th Floor - Sunley House
4 Bedford Park
Croydon
CRO 2AP
Tel: +44 (0)845 124 9971 (Mon & Tues 9-5; Wed to Fri 9-1)
Faks: +44 (0)845 124 9972
Minicom: 0845 124 9976
E-mel: (Maklumat): holiday.care@virgin.net
Laman web: www.holidaycare.org.uk

Dengan kerjasama dengan lembaga pelancong wilayah dan kebangsaan, Holiday Care diiktiraf untuk memeriksa tempat tinggal di UK berdasarkan piawaian 'Tourism for All' National Accessible Scheme.

Holiday Care mempunyai pengkalan data mengenai lebih daripada 1,000 buah hotel, hartanah dengan kemudahan sendiri, bangunan “bed and breakfast” dan ladang yang telah diperiksa dan diberi kategori akses. Selain daripada memberi maklumat tentang tempat tinggal yang boleh diakses, Holiday Care juga boleh menempah tempat tinggal untuk anda. Pek informasi tentang pelbagai jenis perkhidmatan untuk pelawat kuranng upaya boleh didapati.


Artsline
54 Chalton Street
London NW1 1HS
Tel: +44 (0)20 7388 2227
Faks: +44 (0)20 7388 2653
Emel: access@artsline.org.uk
Laman Web: www.artsline.org.uk

Organisasi ini memberi maklumat untuk orang kurang upaya tentang akses kepada aktiviti seni di London. Pengkalan data mereka yang komprehensif meliputi panggung wayang, galeri, muzium, pusat pelancongan, teater dan lain-lain tempat.

Ketahui dengan lebih lanjut tentang kemudahan untuk pengembara kurang upaya di Brita




Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog