Thursday, March 26, 2009

Jangan risau jodoh di tangan Tuhan. Kita sabar dan terus mencari.

Thursday, March 26, 2009 |
Soalan:

SAYA seorang wanita berusia 42 tahun dan belum berkahwin. Saya adalah insan kurang upaya, iaitu mengalami cacat pendengaran, sukar mendengar dengan baik jika berbual di telefon tetapi tidak ada masalah jika berbual secara berhadapan. Saya tidak bekerja tetap hanya mengambil upah menjaga anak orang. Saya tinggal dengan ibu bapa manakala adik beradik lain sudah berkahwin atau merantau atas tuntutan kerja.

Umi, dalam usia ini saya ingin berkahwin, tapi belum ada jodoh. Saya sudah banyak kali bercinta tapi tak menjadi. Ada keluarga teman lelaki yang tidak dapat menerima saya atas sebab saya kurang pendengaran. Saya reda jika ditakdirkan untuk terus membujang tetapi sebagai insan biasa, saya ingin berkeluarga dan menimang cahaya mata.

Saya tidak tahu adakah insan di luar sana yang sudi untuk menemani hari tua saya sebagai suami?

Hana

HANA yang istimewa, anda seolah-olah berasa tidak selesa dengan anugerah Allah. Hakikatnya semua kita sama kecuali takwanya. Di dunia ini ramai orang yang fizikalnya sempurna tapi belum ditemukan cinta oleh Allah sama seperti anda.

Maka bukan kecacatan itu menjadi sebab untuk tidak bertemu jodoh. Umi ada kawan yang hidup di kerusi roda, tapi punya anak dan suami. Dia bahagia dengan anugerah Allah padanya dan ditemukan pilihan mengikut doanya hasil dia menghargai dirinya seadanya. Oleh itu, Umi mohon dengan sungguh-sungguh supaya Hana menerima ketentuan Allah mengenai keadaan anda sepenuhnya dengan rasa syukur. Perasaan ini akan membuat anda menyayangi diri sepenuhnya. Orang yang mampu menyayangi dirinya akan mampu menyayangi orang lain dan meraih sayang dari orang lain.

Jika ini dapat dilakukan pasti anda akan kelihatan ceria, pasrah dan tidak memikirkan kekurangan anda tapi membina kekuatan dari segi keterampilan anda yang lain. Bukan kekurangan fizikal itu penyebab anda belum berkahwin tapi mungkin belum cukup usaha untuk membina diri menjadi ceria, jujur dan ikhlas.

Sesungguhnya jodoh kita sudah ditentukan sejak lahir. Hanya kita tidak cukup usaha untuk menemuinya atau Allah belum mahu menemukan. Tidak ada pertemuan berlaku sendiri tanpa diusahakan. Mungkin anda tak cukup bersedia, berusaha kerana mungkin kurang bergaul dengan orang ramai dengan penuh yakin dan ikhlas sehingga anda kelihatan kekok atau kita belum cukup ikhlas doanya kepada Allah. Mungkin anda juga belum cukup beribadah untuk menyucikan hati kepada Allah hingga timbul perasaan seolah-olah terputus anda dari rahmat Allah.

Mungkin anda belum cukup kawan untuk menjadi orang tengah memperkenalkan anda pada orang lain atau kita belum cukup usaha untuk jadi baik sebagai modal untuk orang jatuh cinta pada kita. Antara modal utama yang perlu dibangun dalam diri ialah sikap ambil berat, memahami dan mempercayai. Oleh itu dari sekarang jangan memikirkan kekurangan anda tapi fikirkan anda ingin menambah kebaikan pada diri anda supaya dapat membina hubungan yang lebih ikhlas dengan orang di sekitar anda. Belajarlah mengisi masa agar kita sentiasa ceria dengan menambah ilmu dan kemahiran menampilkan diri secara selesa dan bersahaja tapi dihiasi dengan tiga ciri tadi dan menyenangkan diri sendiri dan orang lain di sekitar anda. Namun, paling penting senangkan Allah, bina hubungan dengan Allah semesra mungkin hingga anda berasa anda tidak perlu yang lain selain Allah dalam hidup.

Suka Umi perturunkan untuk Hana kata-kata Ibnu Abbas, "Jika Allah mencabut cahaya dari kedua-dua mataku, maka dalam lisan dan pendengaranku masih ada cahaya. Kalbuku sangat cerdas, akalku tidak bengkok dan dalam mulutku ada keteguhan laksana pedang yang tajam". Hana hanya kurang pendengaran sedikit saja, anggota yang lain sempurna dan berfungsi dengan baik. Yakinlah anugerah itu adalah sebuah kebaikan bagi anda seperti yang disebut Allah "boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu." QS Al-Baqarah:216). Semua ini adalah qada Allah sama ada yang buruk atau yang baik. Apa pun yang mendatang terima dengan rasa syukur dan mewah ucapan memuji dan terima kasih atas semua kebaikan yang anda terima. Jangan berikan harta sebagai balasan kerana harta akan habis tapi pujian dan terima kasih akan kekal terasa dijiwa seumur hidup. Amalkan ini dengan ikhlas, pasti anda akan kelihatan lebih jelita dan lebih menarik.

-Berita Harian Online


Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog