Sunday, April 26, 2009

Geran bantu pusat latihan OKU

Sunday, April 26, 2009 |



GERAN kemasyarakatan berjumlah RM72,371 itu pasti melegakan Pertubuhan Keluarga Orang-Orang Bermasalah Pembelajaran (Perkobp).

Geran diberikan Yayasan UPS itu bertujuan membiayai projek kitar semula kertas di pusat persatuan terbabit.

Projek kitar semula kertas berkenaan adalah sebuah program vokasional lestari yang akan memberi peluang kepada anggota pertubuhan terbabit untuk mengasah kemahiran dagangan yang boleh menjana pendapatan supaya mereka boleh berdikari.

Geran Yayasan UPS itu akan membolehkan Perkobp membeli alat dan kelengkapan bagi pusat latihan orang kurang upaya yang dikendalikannya untuk menjalani latihan secara langsung mengenai cara mengitar semula kertas.

"Sumbangan Yayasan UPS ini bukan saja mencipta peluang baru bagi orang kurang upaya (OKU) untuk hidup secara berdikari. Malah, ia turut memberi sokongan dan galakan bagi keluarga mereka yang sentiasa mencari jalan untuk memberikan perkhidmatan penjagaan serta menganjurkan kegiatan paling bermanfaat untuk anak mereka," kata Presiden Perkobp, Peter Phang, pada majlis penyerahan geran berkenaan di ibu negara, baru-baru ini.

Perkobp, persatuan yang ditubuhkan sekumpulan ibu bapa prihatin terhadap kebajikan anak dewasa mereka yang mengalami masalah pembelajaran, sudah beroperasi sejak 1993.

Ia melancarkan projek vokasional seperti kerja pembungkusan, membuat kek dan kerja kebun untuk memberi latihan kepada penghuninya supaya mereka dapat menjalankan kegiatan ekonomi yang memberikan sumber pendapatan mapan.

Persatuan itu juga membentuk rangkaian sokongan bagi keluarga yang mempunyai anak bermasalah pembelajaran.

Pengarah Urusan UPS Malaysia, Vivian Chuah, berkata yayasan terbabit merangka dan menyokong penyelesaian inovatif bagi masalah sosial kerana ingin melakukan sesuatu yang berbeza menerusi perkhidmatan berasaskan masyarakat secara langsung.

"Ini adalah inisiatif kedua tahun ini yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat kurang upaya dan kami berbangga kerana dapat berganding bahu dengan Perkobp untuk membantu meningkatkan kesejahteraan ekonomi, pendidikan dan sosial orang yang mengalami masalah pembelajaran," katanya.

Dalam tempoh dua tahun ini, Yayasan UPS sudah menyumbang lebih setengah juta ringgit untuk menambah baik kedudukan ekonomi, pendidikan dan sosial pelbagai kumpulan masyarakat seperti Rumah Cheshire Selangor serta Persatuan Ibu Bapa Tunggal daerah Pekan, Pahang.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Naib Presiden Kanan, UPS Asia Pasifik (Daerah Selatan), Andy Connelly.

Sumber harian metro



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog