Sunday, April 26, 2009

Kumpul dana bantu OKU

Sunday, April 26, 2009 |



Sumber Harian Metro

ASALNYA, ia hanyalah kerja amal seminggu yang diadakan di seluruh Asia tetapi akhirnya, aktiviti sukarela itu dilanjutkan hingga sebulan.

Bulan Sukarela Global UPS yang sebelum ini dinamakan Minggu Sukarela Global UPS, diadakan sepanjang Oktober bagi rantau Asia Pasifik.

Untuk tujuan berkenaan, lebih 3,000 kakitangan syarikat UPS mengambil bahagian selama 14,000 jam.

Di Malaysia, seramai 201 kakitangan UPS bersama-sama keluarga dan rakan mereka melakukan kerja amal selama lebih daripada 1,300 jam untuk mengumpul dana bagi menganjurkan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak memerlukan dan orang kurang upaya.

Kakitangan UPS berjaya mengumpulkan lebih RM3,000 dengan menjual hasil kraf seperti kad ucapan dan permainan lembut yang dihasilkan oleh penghuni Yayasan Beautiful Gate di IOI Mall, Puchong, baru-baru ini.

Seramai 125 sukarelawan UPS menganjurkan aktiviti interaktif untuk kanak-kanak daripada Persatuan Kanak-Kanak Cerebral Palsy di Pulau Pinang dan Rumah Amal Cheshire, Johor. Sukarelawan berkenaan menjalankan kerja penyelenggaraan seperti membersihkan kawasan, berkebun dan mengecat kemudahan di kawasan berkenaan.

"Kami berharap sumbangan kami akan memberi inspirasi dan menyemai semangat kerja sukarela di kalangan rakyat Malaysia," kata Pengarah Urusan UPS Malaysia, Vivian Chuah.

Bulan Sukarela Global UPS dimulakan pada 2003 menerusi kerja khidmat masyarakat selama tujuh hari membabitkan kira-kira 1,000 sukarelawan.

Kakitangan UPS setempat memilih projek mereka sendiri sempena bulan sukarela berkenaan. Program yang dijalankan di Asia tahun ini termasuk Hari Hijau UPS di Hong Kong di mana sukarelawan membantu untuk membersihkan ladang termasuk merumput, membaja dan menyiram sayur-sayuran.

Di Jakarta, Indonesia, sukarelawan UPS berkhidmat di sebuah sekolah rendah termasuk melakukan kerja pembersihan, mengecat, memperbaiki kerosakan dan menyediakan makanan berkhasiat.

Sukarelawan UPS di Singapura pula membantu warga tua serta membantu kanak-kanak daripada Persatuan Sindrom Down untuk menjual bendera.

Di Taiwan, mereka meluangkan waktu bersama kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran manakala di anak-anak yatim di Osaka, Jepun pula berpeluang menghabiskan waktu bermain besbol, bola sepak dan pelbagai permainan lain bersama sukarelawan UPS.



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog