Friday, April 17, 2009

Kemudahan awam mesra OKU

Friday, April 17, 2009 |




Oleh YANG CHIN MEE
pengarang@utusan.com.my

MOHAMMED Hanif Omar (tiga dari kiri) menerima buah tangan daripada orang kurang upaya, Nurul Ain Abdul Rashid pada Majlis Perasmian Pembukaan Kelab Kecergasan Ampang Jaya khas untuk golongan orang kurang upaya sambil disaksikan Ong Tee Keat (kanan) di Ampang Jaya, semalam.

KUALA LUMPUR 13 April - Kementerian Pengangkutan menggesa pengusaha pengangkutan awam supaya menyediakan kemudahan awam yang lebih mesra golongan orang kurang upaya (OKU).

Menterinya, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, beliau mendapati kebanyakan pengusaha tidak memandang serius keperluan itu dan usaha penambahbaikan harus disegerakan.

"Pengusaha-pengusaha telah berjaya menyediakan pelbagai kemudahan untuk kegunaan orang awam, tetapi malangnya kebanyakannya tidak mengambil kira keperluan golongan OKU.

"Seperti sedia maklum, perkhidmatan pengangkutan awam masih dikuasai pelbagai agensi dan kementerian.

"Oleh itu, saya telah mengarahkan pengusaha-pengusaha terbabit mempercepatkan proses penambahbaikan kemudahan mesra OKU ini bagi mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis perasmian Pusat Vokasional Kelab Kecemerlangan Ampang Jaya (KKAJ) khas untuk OKU dekat sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Resorts World Bhd. (RWB), Tun Mohammed Hanif Omar; Pengarah Eksekutif RWB, Tan Sri Alwi Jantan; Presiden KKAJ, Kapten K. Bala dan Setiausaha KKAJ, Md. Rodzi Saad.

Menurut Tee Keat, beliau telah mengarahkan Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) supaya mengambil kira semua aspek penting dalam menyediakan kemudahan mesra OKU misalnya dari segi reka reka bentuk yang meliputi ruang antara gerabak kereta api dan platform.

"Kita sedar ia satu cabaran kepada pengusaha memenuhi spesifikasi yang diperlukan OKU lebih-lebih lagi kebanyakan stesen dibina oleh pemaju yang berlainan.

"Bagaimanapun, kita akan tingkatkan pemantauan terhadap perkhidmatan pengangkutan awam sama ada di bawah kuasa tadbir demi tujuan menaikkan taraf kemudahan yang lebih mesra OKU," katanya.



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog