SHAHRIZAT bertemu OKU yang tidak puas hati mengenai penarikan semula bantuan kewangan bagi golongan OKU di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR, 24 April : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberi jaminan akan mengkaji semula peraturan menyekat orang kurang upaya (OKU) menerima elaun kebajikan sekiranya mereka memiliki televisyen atau Astro.
Menterinya, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberi jaminan itu selepas berbincang dengan sekumpulan 12 OKU yang mengunjungi pejabatnya di sini, semalam.
"Anda memberitahu saya untuk melihat semula peraturan ini, saya akan melihatnya... saya berasakan permintaan ini adalah wajar dan saya akan melihatnya kembali. Kita akan kembali dengan jawapan yang realistik," kata Shahrizat. Beliau turut menegaskan peraturan itu tidak bertujuan untuk mendiskriminasi OKU.
Shahrizat berkata demikian mengulas laporan akhbar New Straits Times, semalam, bahawa golongan OKU yang memiliki televisyen atau Astro di rumah masing-masing disekat daripada menerima bantuan kebajikan.
Beliau kemudian menjelaskan, peraturan itu hanya dikuatkuasakan terhadap mereka yang tergolong di bawah skim OKU yang tidak mampu bekerja dan diberi bantuan RM150 sebulan.
"Apabila OKU mempunyai kemudahan Astro di rumah mereka... ini ditakrifkan sebagai petanda OKU sudah mampu berbelanja lebih... dalam konteks ini untuk hiburan. "Tindakan menggunakan Astro dianggap sebagai perbelanjaan bulanan tambahan yang mengurangkan penggunaan wang bantuan untuk keperluan asas," katanya.
Bagaimanapun, Shahrizat menegaskan peraturan itu tidak menjejaskan dua lagi skim kebajikan untuk pekerja kurang upaya dan penjaga OKU lumpuh yang menerima bantuan bulanan RM300.
"Mereka yang masih menguat kuasa peraturan ini terhadap dua kategori OKU terbabit boleh diambil tindakan. Bagaimanapun, saya akan mengkaji semula peraturan berkaitan pemilikan Astro dan televisyen," katanya.
Terdahulu, keadaan agak tegang di ruang menunggu kementerian terbabit dengan beberapa individu membawa sepanduk mengutuk peraturan itu tetapi suasana kembali tenang sebaik Shahrizat tiba.
Beliau kemudian berjabat tangan dengan semua OKU yang berada di ruang menunggu kementeriannya sambil bertanya nama dan latar belakang sebelum menarik sebuah kerusi duduk bersama mereka untuk mendengar masalah dibangkitkan.
-Berita Harian

0 comments:
Post a Comment