Thursday, April 16, 2009

Pusat Vokasional khas bantu OKU berdikari

Thursday, April 16, 2009 |
KUALA LUMPUR 13 April - Resorts World Berhad (RWB) dengan kerjasama Kelab Kecergasan Ampang Jaya (KKAJ) telah menubuhkan sebuah Pusat Vokasional khas untuk orang kurang upaya (OKU).

Pusat itu menawarkan latihan kemahiran hidup kepada OKU bagi membantu mereka berdikari.

Timbalan Pengerusinya, Tun Mohammed Hanif Omar berkata, golongan OKU seharusnya diberi peluang sama rata untuk meningkatkan pendapatan untuk diri sendiri.

Kata beliau, golongan OKU sering dianggap beban kepada masyarakat dan tidak diberi peluang yang sewajarnya untuk mempelajari sesuatu kemahiran, apatah lagi meningkatkan kemampuan diri.

"Seandainya kita mengambil langkah pertama untuk membantu golongan ini serta membekalkan pembelajaran dan kemahiran yang relevan, sudah tentu mereka dapat berdikari dan berupaya menjaga diri sendiri.

"Berbekalkan latihan vokasional seumpama ini, mereka bukan sahaja dapat membiayai diri sendiri, malah juga dapat menyara ahli keluarga lain melalui kemahiran yang dipelajari," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Pusat Vokasional KKAJ untuk OKU dekat sini hari ini.

Peserta program latihan vokasional itu akan menerima elaun RM200 sebulan untuk membiayai kos perbelanjaan makanan dan pengangkutan.

Barangan yang dihasilkan seperti buku nota, makanan ringan dan sebagainya akan diedarkan kepada rangkaian perniagaan yang telah dikenalpasti untuk dijual.

Sebahagian hasil jualan akan dikongsi bersama, manakala yang selebihnya akan disalurkan kembali untuk membiayai kos pelaksanaan program tersebut.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pusat tersebut boleh menghubungi Md. Rodzi Saad di talian 019-6648443.

Sementara itu, Tee Keat berkata, berbanding dengan bantuan kebajikan dari segi kewangan, golongan OKU sebenarnya lebih memerlukan peluang daya saing yang sama rata dengan manusia biasa.

"Kita seharusnya memastikan bahawa mereka diberi peluang untuk mendapatkan latihan yang sewajarnya serta membekalkan peluang berdaya saing yang sama rata kepada mereka. Ini lebih bermakna," katanya.
-Utusan


Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog