Dipetik dari sini.
Hai salam sejahtera. Kita berjumpa lagi di sini.
Amboi, menyirap darah Ss bila mendengarkan kisah ustaz gatai ni dari teman Ss. Begini ceritanya.
Biasalah, Ss ni suka menolong orang. Jadi, Ss telah sempatlah menolong beberapa rakan dari negara jiran. Tolong punya tolong, Sup sap, sup sap, maka terdengarlah suatu alkisah seorang buta yang tak sedar diri ni. Si buta tua ganyut ni jadi ustaz kat negeri nilah. Ustaz yang bertopengkan setan.
Si ustaz ni diberitakan jatuh hatilah kat seorang gadis. Si gadis ni memang tak suka. lagi pun, si ustaz ni, dah tua ganyut. Dah ada bini pun. Si ustaz ni, orang Malaysia. Berasal dari kelantan dan menetap di Kuala Lumpur. Dah 16 tahun mengajar di sana. Khabarnya, kontrak dah nak habis tahun 2011 kalau tak silap.
Apabila dia dapat tahu yang gadis ni ada berkenalan dengan orang Malaysia untuk belajar komputer, dia terus menasihati gadis itu supaya jangan percaya kat orang buta Malaysia. Kononnya, orang buta Malaysia ni, tolong tak ikhlas, bagi itu dan ini dan bila dah terhutang budi, tergadailah body. Dia bagi contoh seorang computer instructur kat MAB dan seorang gadis di sana.
Ni Ss nak tanyalah si buaya darat tua ni, siapa yang tak boleh dipercayai? kamikah atau hang yang tak boleh dipercayai? Kata dulang, paku serpih, mengata orang, dia yang over lebih.
Hang tu, dah tua. Rumah kata pergi, kubur kata mari. Janganlah suka mengambil kesempatan terhadap mereka yang masih tidak terbuka mindanya. Janganlah sewenang-wenangnya melemparkan fitnah terhadap orang. Awak tu ustaz, apakah hukumnya memfitnah?
Kalau nak tahu, dia ada lantik spy kat sini untuk memberikan laporan padanya apa yang berlaku. Tapi itulah, kuasa tuhan mengatasi segalanya. Setiap apa yang dia buat, kami tahu kesemuanya. Dia akan tanya kat spy dia siapa yang gadis tu sedang berbual dan pelbagai. Tetapi, manusia merancang, tuhan yang menentukan. Semuanya bocor ke tangan kami semua.
menurut laporan dari sumber Ss di sana, pernah suatu hari gadis tu ke rumah pak ustaz tu. Ustaz tu suruh si gadis membuka tudung. Ambil gambar pulak tu. Inikah gelagat ustaz? Eee’eee’eee’eee’eee! Malunya!
Menurut sumber lagi, gadis tu pernah tegur si buaya darat ni. “Awak tu ustaz, mana boleh tengok rambut kami?” Buaya darat ni jawab, “di sana ustaz tapi di sini tidak.” Ha cuba tengok, dia jatuhkan maruah ustaz.
Kepada si gadis, Ss nasihatkan, pandai-pandailah jaga diri. Ingatlah, reformasikan minda, kuatkan semangat. Jangan dibiarkan diri diperkotak-katik. Tuhan mengurniakan darjat yang tinggi kepada wanita, oleh itu, perjuangkanlah hak-hak anda.
0 comments:
Post a Comment