Sumber Harian Metro
KUALA LUMPUR: Golongan orang kurang upaya (OKU) di Lembah Klang bakal menikmati suasana lebih selesa dan mudah serta dilayan mesra apabila menggunakan perkhidmatan tren komuter di Lembah Klang, tidak lama lagi.
Ini berikutan langkah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menambah pelbagai kemudahan mesra OKU antaranya taktil (laluan khas untuk orang buta), lif dan laluan tanjakan di lima stesen komuter selain ruang khas untuk golongan itu di dalam tren.
Pengarah Urusannya, Datuk Abd Radzak Abd Malek, berkata kemudahan terbabit yang menelan belanja RM10 juta diperoleh daripada bajet Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) akan bermula Julai ini dan dijangka siap Mei tahun depan
"Lima stesen terbabit iaitu di stesen KTM Komuter Rawang, Sungai Buloh, Bandar Tasik Selatan, Serdang dan Shah Alam adalah tambahan kepada tujuh stesen yang sudah dilengkapi kemudahan terbabit di stesen KL Sentral, Segambut, Bank Negara, MidValley, Subang Jaya, Kajang dan Seremban.
"Antara kemudahan yang disediakan termasuk lif, taktil, ramp laluan masuk, tandas khas dan tempat meletak kenderaan untuk OKU," katanya.
Seminar Kebangsaan ILC 2024
1 month ago
0 comments:
Post a Comment