Saturday, May 2, 2009

OKU “besi” berbasikal solo dari Kuching ke Miri

Saturday, May 2, 2009 |
Ekspedisi Solo Berbasikal Orang Kurang Upaya (OKU) yang menampilkan seorang anak tempatan, Junaidi Pauzan akan memulakan jelajah berbasikal secara solo dari Bandaraya Miri ke Bandaraya Kuching sejauh 900 kilometer.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Damai merangkap Pengerusi Program Ekspedisi Solo Orang Kurang Upaya 2009 berkata, program tersebut akan diadakan pada 1 Julai hingga 21 Julai depan dan mengambil masa selama 21 hari.
Jelas beliau lagi, Junaidi akan memulakan perjalanan dari Pejabat Residen Miri dan setiap perjalanan akan mengambil masa lapan hingga sembilan jam sejauh 50 hingga 60 kilometer sehari.

Abdul Rahman berkata antara bandar-bandar yang akan menjadi tempat persinggahan beliau adalah Bintulu, Sibu, Sarikei, Sri Aman dan Serian sebelum berakhir di Waterfront, Kuching.
Tambah beliau, Junaidi adalah seorang atlet OKU yang mewakili negeri Sarawak dalam sukan paralimpik selain pernah mencipta rekod peribadi dengan berenang merentasi Laut China Selatan dari Pulau Satang Besar ke Pantai Santubong sejauh 19 batu dalam masa 8 jam 30 minit pada tahun 2008.

“Objektif ekspedisi ini diadakan adalah agar Junaidi mampu menjadi ‘role model’ kepada anak-anak muda supaya mempunyai keyakinan dan semangat yang tinggi untuk berjaya dalam kehidupan selain sebagai cabaran kepada kemampuan
golongan OKU untuk membuktikan bahawa mereka juga berkemampuan untuk menyahut cabaran seperti orang biasa,” ujarnya.
Tambah Abdul Rahman lagi, Junaidi telah memulakan latihan sebagai persediaan ekspedisi solo tersebut.
Ekspedisi ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).


Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog