Tuesday, June 30, 2009

Guna teknologi canggih dalam pembelajaran OKU

Tuesday, June 30, 2009 |

Guna teknologi canggih dalam pembelajaran OKU


Shahrizat Abdul Jalil memangku Muhammad Aliff Danial Sazli, 4 tahun ketika berada di dalam bilik multi sensori di PDK 4 Divisyen Desa Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 25 Jun - Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di seluruh negara perlu menggunakan teknologi canggih bagi memudahkan pembelajaran orang kurang upaya (OKU).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, peralatan terkini yang lebih sesuai dengan perkembangan semasa juga mampu mempercepatkan proses pemulihan golongan berkenaan.

"Kita yakin melalui penggunaan peralatan berteknologi tinggi mampu memberi keselesaan kepada golongan ini sekali gus memantapkan lagi pembelajaran mereka,'' katanya.

Beliau berucap pada majlis penyerahan bantuan wang tunai RM280,000 bagi pembinaan 14 buah bilik terapi multi sensori di PPDK 4 Divisyen, Kompleks Perumahan Desa Tun Hussein Onn di sini hari ini.

Sumbangan syarikat Procter & Gamble (Malaysia) Sdn. Bhd. (P&G) itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yuri Hermida kepada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kebajikan Masyarakat, Halijah Yahya.

Bilik terapi multi sensori berfungsi membantu perkembangan minda kanak-kanak OKU termasuk mereka yang menghidap palsi serebrum, autisme, disleksia dan sindrom down.

Mengulas lanjut, Shahrizat memberitahu, untuk pembangunan golongan OKU, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM60.2 juta setahun.

"Setiap bulan kita memperuntukan lebih RM3,000 untuk perbelanjaan asas di setiap PPDK seluruh negara,'' katanya.

Beliau turut menggesa PPDK menubuhkan yayasan sendiri bagi memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan kepada mereka.

"Penubuhan yayasan itu akan memudahkan pusat tersebut menjalankan aktiviti selain mempertingkatkan kebajikan,'' katanya.



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog