Monday, June 29, 2009

Petaling Jaya mesra OKU

Monday, June 29, 2009 |




Oleh Hidayatul Akmal Ahmad
hidayatulakmal@hmetro.com.my

TUNJUK..Siva Balan (kanan) bersama Sharipah melihat <br>tempat laluan OKU yang akan diperbetulkan <br>di program Zon Bersih Seksyen 52.
TUNJUK..Siva Balan (kanan) bersama Sharipah melihat
tempat laluan OKU yang akan diperbetulkan
di program Zon Bersih Seksyen 52.

PETALING JAYA: Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sekitar Petaling Jaya bakal menikmati keistimewaan apabila Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berhasrat mewujudkan kawasan 'Barrier City' atau kawasan bebas halangan di Seksyen 52, di sini.

Ahli Majlis MBPJ seksyen itu, Anthony Siva Balan Thanasayan, berkata hasrat mewujudkan kawasan itu bermula pada 1991 namun disebabkan kurang kemahiran dan kepakaran, projek itu terpaksa ditangguhkan.

"Selain mewujudkan kawasan itu, kami juga mahu menjadikan kawasan berkenaan sebagai kawasan yang bersih, hijau dengan bau yang menyenangkan selaras dengan seruan kerajaan negeri yang mahu menjadikan Selangor sebagai negeri bersih menjelang Mei 2010.

"Dengan adanya kawasan ini nanti, tiada lagi diskriminasi antara golongan OKU dengan yang normal, sebaliknya semua dapat merasai kemudahan yang disediakan.

"Bilangan golongan OKU meningkat setiap tahun dan perlu diingat, OKU bukan sahaja bermaksud kecacatan anggota badan, tetapi penyakit seperti strok, kencing manis dan buta juga turut diambil kira.

"Kami juga teraju utama dalam menjayakan kawasan mesra OKU di antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sedia ada," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ, Sharipah Marhaini Syed Ali, berkata selain seksyen 52, MBPJ turut memilih lokasi Jalan Gasing sebagai kawasan sesuai untuk dijadikan kawasan bebas halangan dan kawasan zon bersih.

"MBPJ mahu menjadikan kedua-dua kawasan ini sebagai model kepada kawasan lain yang memberi kemudahan kepada golongan OKU.

"Lawatan tapak ini juga bertujuan membuat penilaian terhadap keadaan semasa, mengkaji kesesuaian lokasi bagi aktiviti yang dicadangkan di samping mengenal pasti cadangan penambahbaikan kemudahan lain yang perlu dijalankan," katanya.



Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog