Wednesday, August 12, 2009

Prihatin OKU-Ziarah dan Sumbangan Untuk Keluarga En Fadil

Wednesday, August 12, 2009 |



Lokasi: Flat Sri Pahang
Tarikh: 12 Januari 2009
Masa: 10.30am

Alhamdulillah hari ini Muslim Aid Asia dapat menyalurkan sumbangan untuk En Fadil sekeluarga. Kami bersyukur kerana mendapat respon yang bagus sejak berita tentang keluarga En Fadil ini disiarkan dalam blog saya bulan lepas. Kali ini dengan hasil sumbangan orang ramai, untuk tabung OKU Muslim Aid Asia, kami dapat menghantar barangan mentah seperti beras, minyak masak, ikan bilis, vitamin C, telur, bawang kecil, susu tepung, susu pekat dan air Musoffa (menurut En Fadil, dengan titisan air Musoffa, alhamdulillah penglihatan anaknya dapat menjadi terang sedikit).

En Fadil dan isterinya Pn Norasmawati merupakan OKU penglihatan. Mereka mengharapkan jualan tisu pada siang hari untuk menampung keperluan sekeluarga. En Fadil dan isterinya dikurniakan dua orang anak iaitu Nur Ain, 4 tahun dan Firdaus, 3 tahun. Kedua dua anaknya ini juga mengalami masalah penglihatan, dan telah disahkan bahawa Firdaus kini mengidap katarak.

En Fadil begitu bersungguh-sungguh untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Walaupun dengan penglihatan yang hanya 15% nampak, ia tidak menghalang untuk En Fadil dan isteri untuk terus menjual tisu di kawasan Chow Kit dan sekitar. Menurutnya lagi, buat masa ini hanya dengan menjual tisu sahaja mereka dapat peroleh pendapatan.

En Fadil dan isterinya berharap untuk memulakan perniagaan kecil, seperti menjual surat khabar, prepaid, gula-gula, dan mereka berdua amat memerlukan sebuah tapak stall perniagaan. Kawasan yang pernah dipohon oleh En Fadil seperti di Putra LRT, KL Sentral tetapi tidak mendapat respon yang memberangsangkan.

Kami di Muslim Aid Asia berharap kepada pembaca blog ini, yang ingin membantu En Fadil untuk memulakan perniagaan, agar dapat menghubungi kami di 03-2288 1996. Pada yang ingin menghulurkan sumbangan, juga boleh hubungi saya di nombor tersebut. Jutaan terima kasih juga pada sukarelawan Muslim Aid Asia, Nizam dan Eyta juga pada penaja yang telah membantu memberi maklumat dan telah membantu mendapatkan barangan sumbangan ini.

Muhammad bin Kamarulazizi
Muslim Aid Asia

Sumber : Muslim Aid Asia


Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog