Tuesday, August 11, 2009

RM22 juta bantu OKU

Tuesday, August 11, 2009 |
Oleh ZAMZURINA AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 2 Ogos - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM22 juta sebagai bantuan modal kepada usahawan orang kurang upaya (OKU) untuk mengembangkan lagi perniagaan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, peruntukan itu akan disalurkan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) melalui Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGPOKU).

''Sejak Januari lalu hingga kini, sebanyak 134 usahawan OKU menerima geran masing-masing melalui SBGPOKU yang bernilai kira-kira RM5.5 juta.

''Pada masa sama, untuk mencapai objektif utama skim ini, usahawan OKU digalakkan menggaji pekerja daripada kalangan OKU juga," katanya ketika berucap pada mesyuarat agung Persatuan Pemulihan OKU ke-16 peringkat negeri di sini hari ini.

Berangkat merasmikan majlis tersebut ialah Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom dan Penaung Diraja persatuan tersebut, Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Muadzam Sultan Ahmad Shah.

Menurut Maznah, seramai 7,482 daripada 10,699 OKU di seluruh negara berjaya mendapat pekerjaan dalam sektor awam dan swasta.

''Jumlah tersebut menunjukkan usaha kerajaan melibatkan OKU dalam sektor awam sebanyak satu peratus hampir mencapai sasaran.

''Justeru, saya mencadangkan pula kepada sektor swasta menetapkan kuota sebanyak satu peratus untuk melibatkan OKU dalam organisasi mereka," jelasnya.

Dalam pada itu, tambahnya, seramai 16 usahawan OKU dari Pahang berjaya memperoleh geran di bawah SBGPOKU dengan nilai keseluruhan ialah RM772,813.

''Bagaimanapun, hanya 15 usahawan OKU menerima geran itu hari ini kerana seorang penerima iaitu Muhammad Ikhsan Mat Yunus, 24, yang mengalami kecacatan di kaki, meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya semalam.

''Arwah yang sepatutnya hadir menerima geran bernilai RM27,000 untuk mengembangkan bengkel motosikalnya meninggal dunia bersama adiknya dalam kemalangan itu," jelasnya.


Related Posts



0 comments:

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog