Monday, December 7, 2009

Cerita EGM. Bahagian satu.

Monday, December 7, 2009 |

Pagi itu jam 9:40, bas datang bawa aku dan bendahari di Bayan Lepas.  Selepas itu, bertolak ke jeti.  Jam 10:30, bas sampai ke jeti untuk mengambil para ahli yang akan ke EGM SBM kat Gopeng.  Pemandu bas kami bernama Niki.  Beliau ni bagus.

 

Pagi tu, memang sungguh lapar.  Jam 12:00 tengahari, berhenti di Bukit Merah untuk makan tengahari.  Di situ, aku makan dua pinggan besar nasi.  lauk dia, kuah kari daging.  Pinggan saja besar, tapi nasinya sikit.

 

Jam 12:30 tengahari, bertolak terus menuju ke Gopeng.  Sementara itu, kak Rosnah dan You Koon beritahu, mereka pula, sedang berhenti makan.  Kak Rosnah pulak, banyak celaka, orang call dia berpuluh kali, dia haram tak angkat telefon.  Apa pasai kak?  Habaq mai.  Rupanya, dia tak sedar ada panggilan masuk.  Ha, jadi lain kali, jangan simpan telefon dalam beg.  Orang KL khabarnya, berhenti selama setengah jam lebih kurang untuk makan.

 

Jam 2:30 petang, orang KL dah sampai.  Itulah laporan You Koon.  Kami pula, masih terkial-kial mencari, mana dialah Hill City Hotel.

 

Kepada tukang fax, lain kali, tolonglah print besar-besar sikit peta atau plan yang nak diberi kepada semua cawangan sebagai panduan ke sesuatu distinasi.  Ni, print tu, kecik.  Payah nak nampak.  pemandu bas pun kata, “awat kecik sangat?”

 

Jam 2:45 petang, kami sampai di hotel.  Kami pi duduk kat kerusi sat sementara tunggu kunci bilik.  15TH minit kemudian, dah dapat kunci.  Aku di bilik 487.  Selaih aku, ada tiga orang lagi iaitu bendahari, Swarn Singh dan marimutu  Semuanya buta-buta belaka.  Swarn singh tu adalah nampak kelabu-kelabu asap.

 

Selepas itu, aku pun sibuklah hantar sms kepada rakyat-rakyat SBM Penang untuk memberikan maklumat terkini dan sedikit panduan.  Antaranya, panduan meminta barangan di bilik hotel yang tidak cukup.

 

Sementara itu, aku terpaksa panggil pihak kaunter berbelas kali sebab, banyak barang dalam bilik takdak.  Antaranya gayung dan pelbagai.  Aku juga terpaksa panggil kaunter sebanyak empat kali sebab nak tau cara-cara mengoperasikan tv yang ada di bilik tu.  Ha, dapatlah tengok kartun kat tv9 sekarang.  Wah!  Seronok.

 

Masalah bilik mula timbul.  Kerani telefon aku beritahu, kami berempat kena pindah bilik.  masa tu, Ah Hong dan Singh dah keluar untuk makan.  Aku kata, pindah, pindahlah.  Selang beberapa minit kemudian, kerani panggil balik kata tak payah.  Hmm, ok lah jawab aku.  Aku terus dengar kartun kat tv9.

 

Sementara itu, aku terus menyalurkan info-info kepada rakyat-rakyat SBM Pulau Pinang melalui sms.  Teknologi ada, pakai saja.

 

Lebih kurang 5:30 petang, ketua team blog suara Oku menghubungi aku.  Beliau beritahu, hari Oku di MAB amat berjaya.  Beliau sempat bertemu dan membuat sedikit temubual dengan encik Havez Halim.  Team Suara Oku akan menyiarkan rencana hari OKU di MAB itu di blog tidak lama lagi.  Aku terus menghubungi Fadzlin Hiezrie untuk menyampaikan berita baik ini.

 

Jam 7:30 malam, kami turun makan.  Selepas makan, jam 9:00 ada taklimat rengkas pulak dah.

 

Ha, rupanya, masalah bilik, belum lagi selesai.  Tengah-tengah syiok dengaq Buletin Utama kat tv3, seorang petugas datang dengan membawa dua orang rakyat SBM Pulau Pinang.  Mereka harus diletakkan di bilik kami.  Jadinya, bilik kami ada enam orang.  Alamak, itu singh sudah nak marahlah.  petugas itu berkata, dia hanya ikut arahan saja.

 

Bincang punya bincang, akhirnya, mereka kembali ke bilik mereka semula.  Sebabnya, bilik 409 yang mereka duduk tu, dah dikosongkan oleh pemandu bas pasai pemandu bas dah ada dua bilik lain khabarnya.

 

Cerita bilik ni akan dimuatkan dalam edisi pindah-memindah bilik.

 

Jam 9:00 malam, kami turun.  Taklimat sudah bermula.  Jam 9:25 malam, taklimat selesai.  Aku mendengar hashim memanggil aku.  ha, aku pun pergi jumpa Hashim.  kami keluar makan.  Aku, hashim, cik merah dan Suriati.  Tak taulah siapa tu Suriati.  Anak hashim Salleh bawak kereta.  Kami pergi Medan Gopeng.  Di situ, aku makan sepinggan mi goreng, cik Merah makan nasi campur dan Suriati makan mi juga kalau tak salah.  hashim minum nescafe aku minum nescafe ais dan anaknya Salleh minum susu carrot.

 

Hari tu, cik merah belanja.  RM 30 lebih.  Selepas itu, kami pun balik.  hashim dah mengantuk sangat.  elepas dia dan Suriati menghantar cik Merah ke bilik, dia hantar aku ke bilik.

 

Malam tu, aku tidur jam 2:00 pagi.

 

(Bersambung)



Related Posts



1 comments:

Maiyah said...

wah sronok tu, byk plak masalah dlm bilik tu kan

Post a Comment

Statistik

Perhatian kepada pengunjung blog Suara Oku..

Blog ini adalah bertujuan untuk memberi informasi terkini dan memperjuangkan nasib Orang Kelainan Upaya(OKU) di Malaysia.

Justeru itu pihak blog memohon jasa baik pengunjung untuk menyumbang sebarang informasi berkenaan kempen,artikel dan apa sahaja yang melibatkan OKU.
Pihak blog juga ingin mengajak rakan-rakan di luar yang berminat untuk menulis mengenai OKU untuk menyertai kami terutamanya daripada golongan OKU sendiri.
Pihak blog juga amat menghargai sekiranya rakan-rakan membuat pautan blog ini di blog anda.

Sebarang pertanyaan dan cadangan silalah email pada :
suaraoku@gmail.com.
-Terima Kasih-

"Bukan Wang Yang Ku Pinta, Cuma Secebis Perhatian "

OKU'S Supporter Blogger

OKU'S Supporter Blogger

Pandangan Anda


ShoutMix chat widget

Followers

 
Copyright © Suara OKU | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog